DALAM MAHKAMAH TINGGI
DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH
PERSEKUTUAN
PERBICARAAN
JENAYAH NO: 45-9-2009
PENDAKWA RAYA
LAWAN
DATO’ SERI ANWAR BIN
IBRAHIM
KENYATAAN DARI KANDANG MAHKAMAH
Nama saya Anwar
Bin Ibrahim. Saya adalah Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Pada tahun
1990-an, saya merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
sehinggalah saya dipecat pada September 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu
iaitu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad setelah saya enggan meletak jawatan. Beliau
telah memberikan kata dua kepada saya samada meletak jawatan serta-merta atau
berdepan dengan akibat buruk termasuklah pertuduhan jenayah bagi salahlaku seks
dan tuduhan rasuah.
Saya enggan tunduk
kepada ugutan tersebut dan segala-galanya bergejolak. Penyingkiran saya secara zalim dan mengaibkan
dirancang serentak dengan serangan ganas media yang dikuasai sepenuhnya oleh Dr.
Mahathir. Peristiwa ini meledakkan demonstrasi secara besar-besaran di seluruh
negara dan mencetuskan gerakan pembaharuan (islah) yang dikenali dalam sejarah negara kita sebagai
era Reformasi.
Selepas
beberapa siri perbicaraan pameran dan palsu yang telah mengenepikan
undang-undang serta keterangan dan tatacara jenayah yang dicabuli
sewenang-wenangnya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah, saya telah disabitkan
bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun.
TUDUHAN TERHADAP SAYA
Saya secara tegas menafikan
tuduhan terhadap saya. Dengan penuh yakin saya ingin menyatakan
pada mana-mana ketika bahawasanya saya tidak pernah melakukan
sebarang perlakuan seks dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tanpa
sebarang keraguan saya menegaskan bahawa dakwaan beliau adalah satu fitnah
jahat dan satu pendustaan keji.
Dakwaan ini merupakan satu
cubaan keji dan hina untuk menjatuhkan nama baik saya dan mengaibkan
maruah keluarga saya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa mereka
boleh melakukan apa sahaja termasuk ugutan penjara untuk 20 tahun lagi. Namun percayalah saya tidak akan menyerah dan
dengarlah ikrar saya, mereka tidak akan dapat menundukkan saya untuk sujud
mengalah. Malah ia akan memperteguh keyakinan untuk meneruskan perjuangan
sehingga kebenaran terserlah akhirnya. Betapa sekalipun badai melanda, namun
menyerah tidak sekali.
Merujuk Jean Racine,
penyair agung Perancis dalam karya beliau, Phaedra:
“Kalian harus tahu
bahawa saya tidak sedikit pun gentar dengan kezaliman yang kalian lakukan bahkan
ianya memperkukuh tekad untuk memelihara maruah diri dan nama baik saya.”
Insha-Allah,
saya sedia pertahankannya dengan jiwa raga saya. Kata-kata Nelson Mandela yang
diungkapkan dari kandang mahkamah ketika perbicaraan sumbang dan palsu yang
terkenal sebagai “Perbicaraan Rivonia 1963” di bawah rejim Apartheid:
“Saya telah berjuang menentang
ketuanan kulit putih dan saya telah menentang ketuanan kulit hitam. Saya
mengidamkan kewujudan masyarakat demokratik dan merdeka di mana rakyat dapat
hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dengan peluang yang setara. Ia
merupakan cita-cita murni yang saya perjuangkan dalam kehidupan ini namun jika
terpaksa, saya sanggup mati demi mempertahankannya.”
Pada tahun 1998, dengan mata ditutup
dan tangan digari, saya telah dibelasah kejam oleh Ketua Polis Negara dan
dibiarkan terdampar hampir mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di
Bukit Aman. Alhamdulillah, masih terdapat beberapa orang anggota polis yang
menunjukkan simpati dan prihatin cuba membantu saya pada ketika itu setelah
kecederaan parah.
Kemudiannya, terdedah muslihat untuk
menutup kes tersebut oleh Abdul Gani Patail (kini Peguam Negara) dan Musa
Hassan (Ketua Polis Negara tatkala saya didakwa dalam pertuduhan kini). Perkara
ini dilakukan dengan pengetahuan Dato’ Yusuf Zainal Abidin, ketua pihak
pendakwaan dan beliau turut bersubahat dengan mereka.
Semua nama-nama tersebut terkait secara
langsung ataupun tidak langsung dengan perbicaraan pameran dan palsu 1998.
Muslihat mereka bertambah dahsyat manakala mereka bersekongkol menyembunyikan
keterangan bersabit skandal mata lebam dan percubaan menghalang proses
pengadilan. Kesemua mereka ini merupakan orang-orang yang sama terlibat dengan
giatnya dalam pendakwaan terhadap saya. Seperti mana yang disebut, res ipsa
loquitur (sudah terang lagi bersuluh), namun dalam hal ini, saya
tidak berbicara tentang kecuaian tetapi pembuktian jenayah dalam perancangan
jahat dan konspirasi “paling keji”.
Keadaan sedemikian memaksa saya memilih
untuk membuat kenyataan dari kandang mahkamah. Dan dalam kenyataan ini, saya
dengan sedaya upaya melafazkan dengan benar untuk menangkis fitnah, penipuan
dan muslihat jahat yang telah dikisahkan selama ini. Memetik Shakespeare:
“Dan mari kami gegarkan ke telinga
kamu sekali lagi,
Setelah sekian lama terlindung
daripada ceritera kami...”
Sejak dari awal lagi perbicaraan ini
dinafikan padang sama rata malah dikendalikan secara tidak saksama kendati
kuasa dan muslihat pendakwaan.
Pihak Pendakwaan Gagal Melaksanakan
Tugas Dengan Profesional
1) Meskipun hal yang dianggap biasa dalam prosiding jenayah tidak terpenuhi
dalam kes saya, pihak pendakwaan tuntas enggan menyerahkan bahan-bahan penting
buat pembelaan saya, termasuk:
a) senarai saksi pendakwaan;
b) nota pemeriksaan utama yang dicatat oleh pegawai perubatan mengenai pengadu
di Hospital Kuala Lumpur (HKL);
c) kenyataan saksi (termasuk pengadu) dan;
d) sampel forensik dan bahan-bahan untuk pemeriksaan dan pengesahan yang bebas.
Semua ini telah menyebabkan asas pembelaan saya terbatas malah menyebabkan
ketidakadilan yang parah. Secara waras, satu-satunya kesimpulan yang dapat
dirumuskan seseorang itu daripada kedegilan pendakwa dalam tindakan jahat ini
bahawasanya terdapat muslihat tangan-tangan tersembunyi dan pastilah ianya
bertentangan dengan perintah Tuhan.
2) Kegagalan Yang Arif untuk menegur kenyataan pihak yang bermusuh dengan saya
yang mengulas mengenai aspek-aspek perbicaraan ini dengan maksud menghina dan
mengaibkan saya. Perkara tersebut
termasuklah persoalan sama ada saya patut memberi sampel DNA atau tidak; menyalahkan
pihak pembelaan kononnya sengaja melengahkan prosiding ini; dan menghebahkan
maklumat yang tertakluk atas perintah larangan. Ulasan-ulasan umum ini telah
dibuat tanpa menghiraukan perintah Yang Arif.
Ulasan tersebut dibuat oleh para pemimpin tokoh politik UMNO, termasuk
Dato’ Sri Najib dan dirancang melalui kawalan media cetak dan elektronik seperti
Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times dan TV3. Singgungan yang
berterusan oleh Perdana Menteri dan pemimpin UMNO dalam media dan sanggahan negatif
mengenai perkembangan perbicaraan jelas bermaksud mempengaruhi Yang Arif dan
menggambarkan motif politik di sebalik pertuduhan itu.
3) Tindakan terbaru secara angkuh pada hari Selasa dan Rabu lalu di TV3 yang
menyiarkan rakaman wawancara pengadu menyebut perkara-perkara yang jelas
menghina prosiding berkenaan perbicaraan ini. Secara khusus, gambaran pengadu sebagai
mangsa yang merupakan seorang Muslim yang warak dan bertaqwa yang bersedia
mengangkat sumpah (mubahalah) dengan menggunakan kalimat dari Al-Quran.
4) Tetapi kebenaran terserlah ketika perbicaraan ini sedang berlangsung. Si
pengadu yang sudah bertunang tanpa malu berselingkuh dengan anggota pasukan
pendakwaan. Selain hubungan sulit ini menjejaskan kewibawaan pasukan pendakwa,
topeng keluhuran budi pekerti si pengadu hancur berkecai disebabkan terdedah skandal
hubungan sulit dengan pendakwaraya wanita yang juga merupakan tunangan orang.
5) Kendati begitu, si pengadu dengan bantuan seluruh jentera dakyah UMNO dan
media mereka telah mencanangkan fitnah terhadap saya. Hakikatnya kesemua usaha
ini dibuat untuk menghina saya dengan perkiraan mempengaruhi perjalanan
prosiding dan mengancam saksi-saksi perbicaraan ini. Di sebalik kesemua pencerobohan
ketara ini, Yang Arif tuntas gagal bertindak terhadap sebarang tindakan
menghina mahkamah.
Kewajipan suci seorang hakim tidak
sekadar bersemayam di atas kerusi tetapi melaksanakan tanggungjawab termasuk
mengeluarkan notis terhadap sesiapa saja yang mencabar kewibawaan keadilan.
Saya teringatkan bidalan Latin:
“Judex Habere Dabet Duos Sales, Salem Sapicutiae, Ne Sit
Insipidus, Et Salem Conscientiea, Ne Sit Diabolous”
(Seorang hakim harus mengecap dua garam, garam kebijaksanaan; seandainya tawar
dan garam suara nurani, seandainya dia terjebak ciri syaitan).
Jawatan seorang hakim merupakan antara
yang paling mulia di negara ini. Hakim ialah suara penggubal undang-undang dan
badan untuk melaksanakan keadilan. Beliau memastikan keseimbangan di antara eksekutif dan rakyat.
Malah yang paling utama sekali dalam
menjalankan tugasnya, seorang hakim wajib insaf akan perintah Allah:
“...jangan sekali-kali kebencian
kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” – (Surah Al-Maidah : 8)
Ketika Perang Dunia Kedua pada tahun
1942, dalam Liversidge lawan Anderson, Lord
Atkin berkesempatan untuk menegaskan dalam House of Lords:
Salah satu tunggak Kebebasan yang
telah diterima pakai sekian lama bahawa seorang hakim itu tidak selayaknya
mengagungkan mana-mana individu serta berada di kalangan subjek dan sebarang menghalang
sesiapa sahaja termasuk percubaaan menceroboh oleh penguasa terhadap kebebasan
beliau. Maka waspadalah terhadap apa juga tindakan paksaan yang diwajarkan undang-undang.”
Merujuk kepada kes saya, Yang Arif sesungguhnya
telah menyaksikan sikap permusuhan pihak pendakwaan dan sesungguhnya ianya
tidak mengurangkan bidang kuasa Yang Arif terutama demi memelihara kewibawaan mahkamah
dari terus dihina. Malangnya kami merasa bingung mengapa Yang Arif memilih
untuk tidak berbuat demikian. Apa yang berlaku bukanlah tradisi terbaik badan
kehakiman. Dalam perbicaraan pembunuhan Banting sekarang ini, Yang Arif Datuk
Akhtar Tahir mengambil tanggungjawab untuk memanggil penerbit televisyen
tempatan atas klip yang ditayangkan semasa slot Buletin Utama yang berkaitan
dengan pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Dato’ Sosilawati Lawiyah dan
tiga yang lain. Keratan laporan akhbar dilampirkan bersama. Yang Arif Datuk
Akhtar Tahir dengan berani memperlihatkan kegigihan kehakiman atas nama hak
asasi dan memenuhi syarat penting perbicaraan yang adil.
Lebih menakjubkan, manakala skandal Timbalan
Pendakwaraya Farah Azlina Latiff terdedah mempunyai hubungan sulit dengan Mohd
Saiful Bukhari tidak langsung diambilkira oleh Yang Arif. Perilaku sumbang
tersebut sewajarnya memaksa Yang Arif bertindak lantaran ia menjejaskan hak
saya dibicara secara adil. Sebagai salah seorang anggota pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latiff akan
mempunyai maklumat berkaitan kertas siasatan justeru Mohd Saiful Bukhari akan –
menerusi hubungan sulit ini – akan memperolehi semua kenyataan yang diberikan saksi-saksi,
termasuk saksi alibi saya.
Yang Arif malah tidak menyanggah Farah
Azlina Latiff kerana mengadakan hubungan sulit dengan Mohd Saiful Bukhari. Apa
yang telah dilakukan hanyalah membawa keluar Farah Azlina Latiff daripada
pasukan pendakwaan atas permintaan pendakwa yang sekaligus mengesahkan secara
terbuka kewujudan hubungan terlarang itu. Farah Azlina Latiff tidak menafikan
dakwaan yang dikenakan terhadap beliau. Begitu juga Mohd Saiful Bukhari tidak
dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk menafikan hubungan jelek itu.
Peguam Negara telah secara terbuka
menyatakan sebab-sebab yang akan diberikan kemudian terhadap hubungan sulit
tersebut. Namun sehingga kini belum terdapat sebarang penjelasan disediakan
meskipun terdapat maklumat di sebaliknya.Yang Arif di akhir kes pendakwaan
memutuskan bahawa kesaksian Mohd Saiful Bukhari adalah benar dan berwibawa.
Saya petik kenyataan Yang Arif seperti berikut:
“Tiada satu pun daripada pemeriksaan
balas yang panjang ke atas Mohd Saiful Bukhari atau daripada keterangan
saksi-saksi pendakwaan lainnya yang boleh ditafsirkan bahawa keterangan Mohd
Saiful Bukhari sebagai sesuatu yang meragukan. Saya menemukan keterangan Mohd
Saiful Bukhari sebagai kukuh. Beliau telah dengan benar dan tanpa menokok
tambah atau memperbesar-besarkan keterangan yang diceritakannya secara
terperinci setiap minit bagaimana beliau telah diliwat ole tertuduh pada tarikh
dan tempat yang dinyatakan dalam pertuduhan. Saya mendapati beliau seorang saksi yang benar dan
keterangannya adalah berwibawa serta seandainya diterima akan mengukuhkan
kesemua fakta-fakta yang diperlukan untuk membuktikan dakwaan terhadap
tertuduh.”
Para peguam saya menegaskan Yang Arif
telah dengan ini menghakimi saya dari awal lagi sebelum pengadilan sebenar. Yang
Arif sepatutnya hanya memutuskan keabsahan keterangan akan siapakah yang
bercakap benar pada saat penggulungan pembelaan, di mana saya dijangka akan
memberi keterangan secara bersumpah. Para peguam saya tidak pernah, pada
bila-bila masa pun merujuk kepada petikan di atas secara berasingan. Mereka
menumpukan perhatian terhadap perkara nyata sama ada saksi itu benar atau
tidak, akan diputuskan pada penggulungan hujah kes pembelaan.
Peruntukan-peruntukan dalam Seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah menyediakan
panduan kepada seorang hakim tetapi ia tidak dipatuhi. Seksyen tersebut perlu
diulangi di sini. Ia menyatakan:
“Pada penggulungan perbicaraan,
mahkamah hendaklah menimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan sebelumnya
dan hendaklah memastikan sama ada pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui
keraguan munasabah.”
Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas,
saya sesungguhnya telah dinafikan ruang membela diri secara keterangan
bersumpah. Bermakna tindakan tersebut gagal memastikan saya mendapat perbicaraan
yang adil serta menjamin kesaksamaan.
Mahkamah Rayuan Bertindak Sumbang
Permohonan saya ke Mahkamah Rayuan
supaya Yang Arif menarik diri atas alasan membuat penghakiman awal yang akan
mengakibatkan penghakiman berat sebelah telah pun didengar pada 6 Julai 2011.
Satu salinan perintah tersebut dilampirkan bersama-sama ini. Tiada penghakiman
bertulis dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu. Rayuan tersebut telah
ditolak sekaligus berdasarkan bantahan awal pihak pendakwaan bahawa rayuan
tersebut bukannya satu perintah muktamad. Demikian alasan yang diberikan
mahkamah terbuka. Tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang dari itu. Mahkamah
Rayuan malah mengambil masa tidak lebih dari lima minit untuk melupuskan rayuan
tersebut.
Anehnya tanpa pengetahuan saya atau
para peguam saya, pada waktu yang sama terdapat penghakiman setebal 40 halaman
atas nama Yang Arif Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak juga bertarikh 6
Julai 2011. Satu salinan penghakiman itu dilampirkan bersama-sama kenyataan
ini.
Persoalannya ialah, mengapa Mahkamah
Rayuan tidak membaca 91 perenggan keputusan penghakiman bertarikh 6 Julai pada
hari tersebut? Jelas sekali, penghakiman tersebut berada di tangan beliau pada
6 Julai tetapi secara rahsia telah disembunyikan daripada pengetahuan saya dan
awam. Surat bertarikh 11 Ogos 2011 kepada para peguam saya beserta satu salinan
penghakiman turut dilampirkan dalam kenyataan ini. Seperti biasa, Yang Arif pastinya
memperolehi manfaat membaca penghakiman tersebut yang pastinya akan tambah
memburukkan lagi sikap berat sebelah Yang Arif terhadap saya. Penghakiman
tersebut merupakan satu serangan terbuka terhadap saya dan akan saya rujuk
selanjutnya. Memadai ditegaskan kini bahawa penghakiman Mahkamah Rayuan
tersebut yang ditulis selepas 6 Julai 2011 dan mengandungi kritikan keras
terhadap saya tanpa peluang untuk menjawabnya.
Ini menimbulkan persoalan: rayuan itu
telah ditolak in limine (segera), berdasarkan
alasan bahawa keputusan Yang Arif tersebut itu bukanlah ‘perintah muktamad’.
Sepatutnya perkara itu telah berakhir kerana ia akur bahawa mahkamah tidak
mempunyai kuasa untuk melayan rayuan itu. [Yang Arif Datuk Haji Abdul Malik Bin
Haji Ishak membisu semasa penghujahan terhadap bantahan awal]. Penghujahan
penghakiman tersebut tidak menyentuh alasan dan faktor lainnya. Itu saja
keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu tanpa menambah sedikit pun.
Bantahan awal tersebut dirujuk, tetapi tidak sebagai bahagian utama
penghakiman. Bahagian utama penghakiman itu melangkau lebih jauh lagi. Ia sekadar
digunakan untuk menyerang saya.
Jika begitu, mengapa Datuk Haji Abdul
Malik Bin Haji Ishak melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya sepanjang
penghakiman tersebut? Beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat
demikian malah ini merupakan penyalahgunaan kuasa kehakiman ketara atau sebenarnya satu muslihat mengampu
penguasa politik? Tidak ada lagi hujah munasabah untuk menjelaskan mengapa
beliau melancarkan serangan keji terhadap saya dengan menyatakan dalam
perenggan seperti berikut:
‘[5] Kes
ini akan tercatat dalam sejarah. Ia akan tersenarai sebagai satu-satunya kes di
dalam negara kita atau dalam lingkungan negara-negara Komanwel di mana perayu
selaku tertuduh secara berterusan dan konsisten memfailkan satu demi satu
permohonan untuk menggugurkan hakim perbicaraan daripada terus mendengar dan
menyambungkan pendengaran perbicaraan liwat yang sedang berlangsung.
[6] Si
perayu seolah-olah mencuba sedaya upaya melengahkan perbicaraan kes liwatnya
atas alasan yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, ini mengecewakan pihak
pendakwa dan menimbulkan kejengkelan masyarakat awam.
[15] Ia
merupakan suatu kritikan yang tidak munasabah [terhadap hakim yang arif]
bermaksud untuk menipu dan mengelirukan masyarakat awam. Adalah mudah untuk
mengkritik tetapi sentiasa sukar untuk mewajarkan.
[18] Adalah
amat sukar untuk kami menerima Notis Usulan yang difailkan berdasarkan kepercayaan tulen bahawa hakim
perbicaraan bersikap tidak adil terhadap perayu.
[49] Pertuduhan
diperihalkan secara jelas apa yang dilakukan perayu kepada Mohd Saiful Bukhari
Bin Azlan [SP1]. [Adalah prinsip asas dalam undang-undang bahawa keterangan,
bukan pertuduhan, yang akan membuktikan kesalahan].
[50] Perbicaraan
ini dilengah-lengahkan tanpa kewajaran. Ia mendapat liputan luas media.
[56] Setelah
memaparkan sikap jelik yang bercanggah dengan etika kehakiman, Datuk Haji Abdul
Malik Bin Haji Ishak kini tanpa segan silu berleter mengenai kewibawaan sistem
kehakiman yang baik. Namun apa yang kedengaran tidak lebih dari suara sumbang
berat sebelah:
“Prasyarat
sistem kehakiman yang baik adalah kebebasan dan tidak berat sebelah. Bagi
sistem kehakiman yang kukuh dan berkesan, kesaksamaan para hakim amatlah
penting. Namun tidak dinafikan bahawa keyakinan orang ramai terhadap sistem
kehakiman juga dibentuk dan diacu melalui penampilan.”
Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak telah
meremehkan penghakiman hakim-hakim di Mahkamah Rayuan termasuk Richard
Malanjum, kini Hakim Besar (Sabah dan Sarawak). Walaupun dia tidak mempunyai
bidangkuasa untuk berbuat demikian. Singgungan tersebut jelas bermaksud menghina
mereka apabila menyatakan:
‘[72] Rowstead
tidak menganggap “bahaya sebenar berat sebelah” sebagai hujah dalam menentukan
sama ada JC yang arif sepatutnya menarik dirinya sekalipun Mahkamah Persekutuan
telah awal-awal lagi menggunakan hujah tersebut dalam kes berikut:
(a) Majlis Perbandaran Pulau Pinang lwn Syarikat Bekerjasama-sama Serbaguna
Sungai Gelugor dengan Tanggungan [1993] 3 MLJ 1, FC; dan
(b) Mohamed Ezam bin Mohd Nor & lain-lain lwn Ketua Polis Negara [2002] 1
MLJ 321, FC
[73] Berikutnya
cadangan Rowstead bahawa permohonan
penarikan diri hakim untuk didengar oleh seorang hakim lain adalah agak
radikal. Kami menegaskan permohonan penarikan diri dalam kes seperti ini, wajar
didengar di peringkat permulaan oleh hakim perbicaraan, selanjutnya oleh
mahkamah ini.
[74] Rowstead tidak membuat pertimbangan atau mengambilkira Seksyen 3 dari Akta Keadilan
Jenayah (CJA) yang dibaca bersama Seksyen 50(1)(a) CJA dan Penyata Penjelasan
tambahan.
[75] ‘Permohonan
penarikan diri yang disebut di dalam Notis Usul mengambilkira perbicaraan
panjang yang dan memperlihatkan muslihat si perayu di setiap sudut dan sisi dalam
usahanya untuk menjejaskan perjalanan kes perbicaraan jenayah pihak perayu bagi
suatu kesalahan meliwat SP1. Kes ini adalah ibu kepada semua perbicaraan di
Malaysia.
[Sesungguhnya saya berhak untuk menggunakan kesemua ruang perundangan yang
ada. Tidak terdapat sebarang usaha untuk dari mana-mana pihak untuk menghalang
saya dari berbuat demikian dengan memohon suatu perintah bagi mengisytiharkan
saya terlibat dalam tuntutan guaman yang mendangkalkan.]
Seperti yang dirujuk sebelumnya dalam
kenyataan ini, Yang Arif pastinya berpeluang membaca penghakiman ini setelah ia
diedarkan melalui surat bertarikh 11 Ogos 2011. Ini bermakna Datuk Haji Abdul
Malik Bin Haji Ishak mendakwa saya sebagai berperibadi buruk.
Berdasarkan perkara tersebut , apakah
mungkin saya dijamin dibicarakan secara adil atau seolah-olah mendapat imbasan
perbicaraan yang adil? Lantaran itu hakim sekarang terheret memperkukuh sikap
berat sebelah terhadap saya?
Apakah munasabah untuk saya memberi
keterangan bersumpah apabila Timbalan Pendakwa Raya memiliki penghakiman yang
sama yang boleh digunakan terhadap saya dalam pemeriksaan balas? Yang Arif
tidak boleh mengenepikan apa yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Malik
Bin Haji Ishak dalam penghakiman bertarikh 6 Julai 2011 memandangkan ianya
suatu penghakiman yang panjang.
Sesungguhnya ini adalah satu skandal!
Tambahan pula, mengapa penghakiman
tersebut tidak dibacakan di mahkamah terbuka meskipun ia ditulis selepas tengah
malam pada 5 Julai 2011, supaya saya dapat membalas dan mematahkan kesemua
dakwaan yang dibuat oleh Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak terhadap saya?
Prinsip asas dalam perundangan adalah
seseorang tidak harus dihakimi tanpa diberi peluang pembelaan. Tiada sesiapa
menyangkal hakikat tersebut. Seawal 12 Ogos 1999, Mahkamah Persekutuan,
mahkamah tertinggi di tanah air ini dalam Insas Bhd dan Anor lwn Ayer
Molek Rubber Company Bhd dan lain-lain,
selepas merujuk sumber undang-undang berkaitan persoalan tersebut, memutuskan:
‘Singgungan menyelar Mahkamah Rayuan
terhadap Mahkamah Tinggi, pemohon dan peguam mereka patut dilupuskan dari
penghakiman Mahkamah Rayuan, kerana ia menjurus untuk mengheret dan mencemar seluruh
pentadbiran undang-undang. Penghakiman harus berteraskan hukum dan tidak wajar
menyimpang daripada kewarasan, kesederhanaan dan berhemah. Ia juga tidak
seharusnya memaparkan emosi dan hilang pertimbangan seperti yang dipaparkan
dalam penghakiman Mahkamah Rayuan.’
Merujuk kepada kes di Mahkamah Agung
India, State of Pradesh lwn Mohd Naim, Mahkamah Persekutuan mengambil kira
penghakiman tersebut;
‘Seandainya terdapat satu teras dalam
pentadbiran keadilan, ianya adalah perkara berikut: kebebasan para hakim mesti
dikekalkan dan mereka mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugas secara bebas,
tanpa rasa takut dan tanpa campur tangan sesiapa pun termasuk oleh mahkamah
ini. Pada masa yang sama, tatkala menyatakan pendapat mereka, para hakim dan majistret
mesti didasari pertimbangan keadilan, kesaksamaan dan kekangan diri. Sering
berlaku manakala kenyataan yang terlalu umum didapati bercanggah dengan tujuan
asal ianya dibuat. Prinsip kehakiman mengakui bahawa kenyataan menyelar individu
atau penguasa sewajarnya diberi pertimbangan oleh mahkamah sekiranya : (a) Pihak
yang dibicarakan atau kelakuannya masih dalam pertimbangan mahkamah mempunyai
peluang untuk menjelas atau membela dirinya; (b) sama ada terdapat keterangan jelas
mengenai tingkah lakunya yang mewajarkan kenyataan tersebut dikeluarkan dan (c)
sama ada ianya perlu untuk maksud membuat keputusan kes itu, sebagai sebahagian
daripadanya, untuk mencela perilaku tersebut. Juga diakui bahawa pengumuman
kehakiman mestilah berdasarkan hukum dan biasanya tidak menyimpang daripada
kewarasan, kesederhanaan dan berhemah.’
Dalam kes Insas, Mahkamah Persekutuan menerima pakai apa yang disebut dalam AM Mathur
lwn Pramod Kumar Gupta & lain-lain
tatkala menolak semakan petisyen lemah yang mengandungi kata-kata menghina
terhadap Encik AM Mathur, peguam kanan dan juga mantan Ketua Peguam Negeri.
Mahkamah justeru memperakui,
‘Kekangan dan disiplin kehakiman
diperlukan untuk pentadbiran keadilan yang teratur sepertimana keberkesanan
pasukan tentera. Kewajipan kekangan, merendah diri dalam menyempurnakan tugas
harus menjadi tema malar segar kepada para hakim kita. Mutu penghakiman adalah
penting seperti juga langkah mempertahan kebebasan badan kehakiman. Kekangan
kehakiman dalam hal ini mungkin lebih baik dikenali sebagai rasa hormat
kehakiman, iaitu rasa hormat oleh badan kehakiman. Rasa hormat kepada
orang-orang yang dihadapkan ke mahkamah serta lain-lain institusi negara; pihak
eksekutif dan badan perundangan. Sewajarnya terdapat sikap saling hormat
menghormati. Apabila teras ini gagal dipertahan atau apabila pengadu dan orang
awam percaya bahawa hakim berkenaan telah gagal dalam memelihara prinsp-prinsip
tersebut; ia akan menjejaskan kewibawaan para hakim mahupun proses kehakiman. Sesungguhnya
jawatan hakim amat berkuasa. Para hakim bukan sahaja mempunyai kuasa untuk
membuat keputusan mengikat, keputusan mereka mengabsahkan penggunaan kuasa oleh
pegawai lainnya. Para hakim mempunyai kuasa muktamad dan kuasa tersebut tidak
boleh dipertikai. Namun mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasa mereka dengan
ulasan keterlaluan, teguran kasar yang tidak sopan mengkritik peguam dan
saksi-saksi. Kami akui bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk bertindak dengan
bebas berdasarkan keyakinan mereka terhadap sebarang perkara yang dikemukakan
kepada mereka untuk diputuskan, namun menjadi prinsip umum bahawa demi menjamin
keluhuran pentadbiran keadilan, maka dihalang membuat kenyataan menghina terhadap individu atau pihak
berkuasa yang di dalam pertimbangan melainkan jika ia benar-benar perlu untuk
membantu keputusan mahkamah dengan menyinggung perlakuan mereka.’
Ketua Hakim India, Bhagwati dalam State of Madya Pradesh &
lain-lain lwn Nandlal & lain-lain, tatkala menolak
keras kecaman hakim, menyatakan:
‘Sebagai kesimpulan kita boleh
perhatikan bahawasanya para hakim tidak harus menggunakan bahasa yang kesat dan
leteran mengutuk dalam mengkritik kelakuan pihak-pihak atau saksi-saksi mereka.
Mereka mesti bertindak dengan waras, sederhana dan kekangan diri. Mereka harus
tawaduk mengakui mereka bukanlah serba sempurna dan apa-apa kecaman keras dan
cacian yang dilemparkan oleh mereka terhadap mana-mana pihak boleh disalah
anggap serta tidak wajar dan tidak berasas. Justeru mereka boleh menyebabkan
kemudaratan serta mengakibatkan ketidakadilan. Dalam kes ini, pemerhatian yang
dibuat dan kecaman yang dinyatakan oleh Bam Lal J sama sekali tidak berasas dan
tidak munasabah dan tidak wajar dibuat.’
Maka dalam keadaan sedemikian,
bagaimana mungkin saya memberikan keterangan bersumpah?
Tatkala mengeluarkan perintah agar
saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan untuk ditemuduga di mahkamah,
Yang Arif telah secara terbuka dalam mahkamah ini memberikan ruang mudah kepada
saksi-saksi tersebut bahawa mereka boleh menolak untuk ditemuramah. Ini
menjejaskan proses keadilan. Yang Arif melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya
dilakukan oleh seseorang yang memikul amanah menegakkan keadilan. Malah,
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah
Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan SAC Dato’ Rodhwan
Ismail yang dipaparkan sebagai berperanan penting dalam keterangan SP1 datang
ke bilik temuduga mengulangi hujah yang sama iaitu, “Kami tidak bersedia untuk
ditemubual”. Perdana Menteri malah menyebut Yang Arif mencadangkan kemungkinan
tersebut. Oleh kerana mereka merupakan saksi penting, pihak pembelaan terpaksa memilih
untuk mengeluarkan perintah sapina untuk memaksa mereka hadir ke mahkamah.
Keputusan Yang Arif itu memaksa saya untuk tidak memberi keterangan secara bersumpah.
Saya tegaskan sesungguhnya saya terlah bersedia dan sanggup memberikan
keterangan bersumpah, akan tetapi kecacatan yang dipaksakan ke atas saya, di
mana tatacara Yang Arif mengendalikan perbicaraan ini dan bagaimana penghakiman
Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Julai 2011 yang telah sampai ke pengetahuan Yang
Arif berkenaan perkara yang telah saya nyatakan sebelum ini.
Sesungguhnya perbicaraan saya ini suatu
konspirasi politik dan sewajarnya Yang Arif tidak terjerumus ke dalam kancah dengan
mencadangkan saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan boleh menolak
untuk ditemuduga. Ini bukan dalam bidangkuasa Yang Arif untuk mencadangkan sedemikian.
Saksi alibi saya yang telah dimaklumkan
kepada pihak pendakwa juga tersenarai dalam senarai saksi pendakwa yang tidak
dibekalkan kepada peguam pembela. Mereka adalah saksi alibi pembelaan. Saya
dimaklumkan hal ini pertama kali berlaku.
Malah pemilik unit 11-5-2, Haji
Hasanuddin Abd Hamid telah diganggu secara berterusan di mana kenyataan beliau telah
dirakam selama tiga puluh jam. Perkara ini dijelaskan apabila beliau telah
ditemubual oleh para peguam di hadapan saya. Siasatan polis telah dengan
sengaja merencat pembelaan saya.
Ianya suatu persendaan tatkala pihak
pendakwaan menawarkan pada penggulungan kes mereka seorang saksi alibi bernama
Fitria Binti Dipan tetapi menurut pengakuan mereka sendiri tidak dapat dikesan!
DAKWAAN PENGADU ADALAH REKAAN SEMATA-MATA
Seperti yang saya katakan sejak awal
lagi, saya menafikan segala tuduhan yang direka pengadu terhadap saya.
Pengadu menyatakan dalam keterangannya
pada 26 Jun, 2008, beliau tiba di Kondominium Desa Damansara pada jam 2:45
petang untuk membincangkan urusan kerja dan menyerahkan dokumen yang dikirimkan
Ibrahim Yaakob [Ketua Staf saya] kepada saya. Katanya lagi dia memberhentikan
vannya di pos keselamatan dan menyebut nama kod 'Mokhtar' kepada pengawal kondominium
sebelum dibenarkan masuk. Dia meletakkan kenderaannya dan mengambil lif untuk
ke Unit 11-5-1 di mana saya dikatakan berada di meja makan di ruang tamu. Dia
mengatakan bahawa dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan.
Beliau memberitahu mahkamah tentang bagaimana kesatnya saya meminta seks.
Perkara berikut terdapat di dalam
lampiran.
Apabila disoal, beliau menjawab bahawa
SP1 merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi
tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur. Perlu diperhatikan pada
peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika
pemeriksaan utama (examination-in-chief),
meninggalkan bilik kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk
mengunci pintu dari dalam.
Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk
ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini,
pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walaubagaimanapun dia tidak
berbuat demikian. Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang
dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Alasannya
kerana beliau takut. Namun alasan tersebut itu bertentangan dengan segala fakta.
Beliau adalah seorang lelaki di awal dua puluhan, enam kaki, mempunyai fizikal
yang sihat serta cergas dan mempunyai hubungan dengan pegawai atasan polis dan
golongan elit politik, di samping dengan akses kepada lingkungan dalaman
kekuasaan. Tambahan lagi, beliau pernah menjadi mahasiswa operatif UMNO yang
penting, menjalani latihan rapi yang dikendalikan Biro Tata Negara di bawah
Jabatan Perdana Menteri. Manakala saya seorang lelaki berusia 60 tahun,
mempunyai sejarah kecederaan belakang dan telah menjalani pembedahan belakang
yang besar dan juga tidak memegang apa-apa posisi kuasa. Jika benar saya boleh
memberikan apa-apa jenis pengaruh yang tidak wajar atau tekanan mental
kepadanya, ini boleh dengan mudahnya diselesaikan dengan satu panggilan telefon
kepada kenalan-kenalannya yang mempunyai kuasa itu. Berkenaan dengan ketakutan
terhadap kecederaan fizikal, adalah sesuatu yang memerlukan khayalan yang jauh
untuk mencadangkan bahawa saya boleh menyebabkan apa-apa kecederaan fizikal
kepadanya.
Ketika pemeriksaan balas, bukti penting
yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Beliau mengakui bahawa dia
membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak
menggunakannya. Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah
menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran
dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau
koyakan. Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa
dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya. Yang menakjubkan,
tiada usaha yang dibuat oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan
segera. Sebaliknya, beliau menghadiri satu acara PKR pada hari esoknya. Pada
sebelah malam, beliau menyertai mesyuarat Anwar Ibrahim Club di rumah saya
tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada emosi atau fizikal
apatah lagi trauma. Sebaliknya, beliau menjalankan urusannya dengan cara yang
tenang dan yakin. Oleh itu, kelakuannya benar-benar tidak konsisten dengan
dakwaannya.
Dalam apa jua keadaan, dia tidak
membuat laporan polis dan tidak mendapatkan rawatan perubatan, walaupun dua
hari sebelum perbuatan yang dikatakan itu, beliau telah bertemu dengan Dato’
Sri Najib dan Rosmah serta telah bercakap di telefon dengan Musa Hassan dan
bertemu dengan Rodhwan di sebuah hotel.
Adalah jelas, dari keterangan di atas,
bahawa pengadu telah berbohong walaupun Y.A., dengan terdapat bukti sebaliknya
yang menyakinkan, mendapati dia seorang saksi yang benar pada penutup kes pihak
pendakwa. Ini bertentangan dengan logik akal, apatah lagi undang-undang.
Kemudian lagi, keterangan pakar
berkaitan DNA yang dibawa sepanjang kes pendakwa melalui PW4, Dr Seah Lay Hong
dan PW5, Nor Aidora bt Saedon sangat dipersoalkan kerana maklumat penting
berkaitan analisis DNA oleh kedua-dua saksi itu yang sepatutnya diberikan
kepada mahkamah tetapi secara mencurigakan mereka berdua tidak memberitahu
maklumat tersebut sedangkan mereka mengesahkan kewujudan maklumat itu.
Kemungkinan bahawa sampel yang dianalisis telah tercemar dan ditempatkan tidak
langsung diambil kira walaupun kemungkinan itu begitu jelas sekiranya analisis
dilakukan menurut garis panduan yang ditetapkan oleh komuniti forensik
antarabangsa. Panduan antarabangsa tidak dipedulikan, terang-terangan diabaikan
oleh PW4 dan PW5 untuk menyesuaikannya demi kes pendakwaan. Adalah jelas jika
kemungkinan yang dinyatakan itu diperiksa, kesimpulan yang dicapai akan sangat
berbeza kerana air mani pengadu telah dijumpai dalam duburnya sendiri, ada
bukti yang jelas bahawa terdapat spesimen selain dari Lelaki Y di sekeliling
punggung pengadu, kawasan rektum bawah dan atas dan terdapat bukti-bukti yang
jelas sampel telah diceroboh sebelum dihantar untuk analisis. Dalam keadaan sedemikian,
integriti sampel tersebut sudah pasti dicurigai. Tambahan pula, integriti PW4 juga
dipersoalkan kerana dia dengan mudah menolak kemungkinan yang sangat tinggi
bahawa sampel yang dihantar kepadanya sudah mengalami kemerosotan ke tahap
tertentu sebelum sampai kepadanya. Hakikatnya sampel yang dihantar untuk
analisis bukanlah yang telah diambil daripada pengadu.
Perbicaraan dalam Perbicaraan
Tindakan seperti Gestapo ketika saya
ditahan dan seterusnya penahanan dan soal siasat oleh polis semua menampakkan
tangan-tangan kekuasaan politik yang merencanakan. Apakah yang menyebabkan
perlunya untuk menghantar sekumpulan komando bertopeng untuk melaksanakan
penangkapan jika bukan satu percubaan mempamerkan kuasa politik dan untuk
memaparkan dendam kesumat? Fakta-fakta yang mengejutkan ini benar-benar telah
diabaikan oleh Y.A.
Y.A.telah membuat ketetapan yang awal
untuk menolak bagi mendapatkan semula item-item tertentu termasuk botol air,
tuala Good Morning, ubat gigi dari lokap di IPK, Kuala Lumpur di mana saya
telah ditahan semalaman dari 16.7.08 hingga 17.7.08. Walau bagaimanapun, anda
telah mengubah ketetapan ini kemudiannya yang merupakan sesuatu yang paling
mengejutkan dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Walaupun dalam Bicara dalam Bicara,
saya telah merujuk kepada peranan Taufik dan Supt. Jude Pereira, pendakwa telah
memilih hanya untuk memanggil Taufik dalam bantahan dalam Bicara dalam Bicara.
Taufik cuba untuk menghasilkan salinan fotostat waran tangkap yang hanya
ditanda sebagai ID dan oleh itu, tidak boleh dianggap sebagai keterangan dalam
Bicara dalam Bicara. Satu salinan fotostat dokumen tidak boleh diterima sebagai
keterangan dalam mahkamah. Dalam Bicara dalam Bicara bukti utama bagi dokumen
itu sepatutnya telah diberikan jika rekod asal telah hilang atau musnah.
Pihak pendakwa tidak dapat menutup
kelemahan dengan mengeluarkan waran tangkap asal sewaktu perbicaraan utama. Ia
adalah bukti bahawa 3 salinan waran tangkap berada dalam milikan Supt. Jude
Pereira. Bukti waran tangkap terdapat semasa Bicara dalam Bicara.
Malah, Supt. Jude Periera, di mana
peranannya yang telah dibangkitkan oleh saya semasa Bicara dalam Bicara,
memilih untuk tidak memberi keterangan serta salinan asal waran tangkap Bicara
dalam Bicara.
Tatkala Bicara dalam Bicara lah, Supt.
Jude Periera sepatutnya memberi keterangan. Adalah jelas menyalahi
undang-undang bagi mahkamah untuk menerima keterangan Supt. Jude Periera ketika
perbicaraan umum dengan tujuan untuk menyangkal bukti saya dalam Bicara dalam
Bicara bahawa profil DNA dari tuala Good Morning, berus gigi dan botol air
mineral telah diperolehi dengan
kaedah-kaedah yang tidak adil dan cara yang salah dan oleh kerana itu penahanan
saya adalah menyalahi
undang-undang.
Malah, keterangan Supt. Jude Pereira
dalam perbicaraan umum mengesahkan bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada
Peraturan 20 Peraturan-peraturan Lokap, 1953 bahawa saya, selepas saya
ditangkap pada 16.7.08, telah tidak diletakkan di dalam lokap dari 6.00 petang
hingga 6.00 pagi di hari berikutnya. Peruntukan-peruntukan Peraturan 20 adalah
mandatori.
Berdasarkan fakta-fakta tersebut,
membawa saya ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) adalah melanggar Peraturan 20.
Justeru mendapatkan profil DNA daripada item-item yang dinyatakan tadi oleh
pihak polis merupakan cara yang salah dan kaedah yang tidak adil. Ini
diburukkan lagi dengan bukti-bukti bahawa Supt. Jude Periera dalam perbicaraan
umum menyatakan bahawa dia tidak mengarahkan anggota polis yang menjaga lokap
untuk tidak menyentuh barang yang dinyatakan walaupun anggota polis dalam
perbicaraan umum sebelum Bicara dalam Bicara, jelas berkata bahawa Supt. Jude
Periera telah berbuat demikian.
Makanya, Supt. Jude Periera, dalam
keterangan bersumpah dalam perbicaraan utama, menyokong dakwaan pembela bahawa
kaedah yang tidak adil dan cara yang tidak adil telah digunakan oleh pihak
polis untuk mendapatkan profil DNA daripada item-item yang dinyatakan itu.
Daripada perintah yang dibuat oleh
mahkamah untuk tidak menerima barang-barang itu, adalah jelas ia adalah
berdasarkan kepada cara dan kaedah yang tidak adil yang digunakan oleh polis
dengan maksud bahawa dengan helah dan tipu daya pihak polis cuba untuk mendapatkan
bukti DNA itu.
Dalam apa jua keadaan, daripada keterangan
DSP Taufik yang diberikan dalam Bicara dalam Bicara dan perbicaraan umum,
alasan penahanan tidak diberikan olehnya kepada saya di Segambut kerana jelas
bercanggah dengan keterangan S.N. Nair dan saya sendiri.
Soal mencabar bukti yang diberikan
dalam perbicaraan utama oleh DSP Taufik dan Supt. Jude Periera tidak timbul.
Penegasan yang dibuat secara bersumpah oleh saya bahawa saya telah ditangkap
dengan kaedah yang tidak adil dan menyalahi undang-undang dan cara yang tidak
adil yang telah digunakan untuk mendapatkan profil DNA dalam Bicara yang dalam
Bicara langsung tidak dicabar oleh pihak pendakwaan dengan membawa bukti yang
sah di sisi undang-undang untuk membantah penegasan itu. Malah, Y.A. sewajarnya
membuat kesimpulan yang bertentangan terhadap pihak pendakwaan kerana mereka
gagal untuk berbuat demikian.
BUKTI FORENSIK
Kes pendakwaan bergantungkepadaketeranganDNA,iaitu kononnya"penemuan cecair
air mani" atau "sperma".
Ia merupakan satu-satunya bukti forensik pihak pendakwaa, malah
keseluruhan kes mereka bergantung kepada “keterangan” ini. Namun, asas
pembuktian pihak pendakwa goyah,
akan tetapiinitidakmenghalang mereka untuk bersubahat dengankekuasaan
serta kemudiannyamelancarkankempenmemburuk-burukkansaya.
Hakikatnya tidak ada sebarang bukti sama sekali, DNA
atau lain-lainnya, yang pernah dijumpai di tempat perlakuan tersebut dikatakan
terjadi, tidak di kamar mandi, bilik tidur, permaidani atau
di tempat lain di mana bukti itu sepatutnya telah dijumpai.
Supt. Pereira, walaupun
telah diarahkan untuk menyimpan sampel HKL(ditandakan B1 ke B10) ke dalam
peti sejuk, dengan sengaja
melanggar arahan Dr Siew Sheue Fong (Doktor
Forensik HKL) serta mengakui beliau telah melakukan pelanggaran serius terhadap IGSO, apabila beliau dengan sengaja menyimpan sampel HKL dalam
kabinet pejabatnya selama kira-kira 43jam sebelum menyerahkannya kepada ahli
kimia. (malah beliau menyatakan bertanggungjawab sepenuhnya
kerana melanggar IGSO). Kita harus
sedar bahawa kononnya perlakuan liwat itu didakwa berlaku dua hari sebelum sampel
itu diambil. Di tambah lagi
dengan kelewatan selama 43jam untuk menyerahkannya kepada ahli kimia,
bermakna sampel itu sudah
berusia sekurang-kurangnya 90jam sebelum ia diperiksa ahli kimia tersebut. Tidak
syak lagi, telah berlaku
kemerosotoan mutu spesimen. Namun, pihak
pendakwaan tetap menyatakan sebaliknya.
Dalam apa jua keadaan, kelewatan selama 43jam
untuk menyerahkan sampel itu kepada ahli kimia menyebabkan integriti sampel
tersebut dipersoal, kerana ianya telah rosak akibat bakteria. Selain itu,dengan tidak menyimpan sampel di simpanan
barang kes polis(yang
mana hanya Supt Jude Pereira sahaja punya akses), beliau telah dengan sengaja
melanggar peraturan IGSO serta memberi peluang kepada mereka yang lain untuk punyai akses kepada sampel itu
dan dengan mudah untuk mensabotaj sampel tersebut. Kenapa hal ini dipandang sebelah mata?
Supt
Jude Pereira tidak ada alasan yang munasabah samada yang didasari undang-undang
atau berasaskan amalan untuk membukaP27(sebuah beg besar kalis rosak,
mengandungi ke semua sampel HKL yang telah ditutup dan yang telah diserahkan kepada
beliau). Sampel-sampel itu ditandai dengan B1 sehingga B10.Ternyata tindakan tersebut
merupakan upaya untuk memperolehi sampel-sampel tertentu kerana ianya tidak kalis
sabotaj dan sengaja ditutup dengan pita mudah tanggal serta penutup kertas mudah
tanggal HKL.
Dr Siew
Sheue Fong, tatkala di mahkamah, sentiasa enggan untuk
merujuk nota perubatan beliau semasa pemeriksaan balas walaupun seringkali gagal mengingati butir-butir terperinci. Ketika waktu rehat misalnya, beliau
kelihatan mencuri-curi melihat notanya. Doktor
ini tidak jujur dan tidak berlaku adil terhadap kerjayanya yang menuntut beliau
bersikap adil serta bebas. Seringkali pula kedua-dua mereka, DrSiew dan Dr Mohd
Razali Ibrahims engaja
enggan menjawab soalan-soalan penting
yang dikemukakan oleh peguam saya. Meskipun begitu, keterangan
Dr Siew dan Dr Razali telah diterima tanpa ragu.
Dr Seah
Lay Hong (Ahli Kimia) memberi keterangan bahawa apabila beliau menerima 12sampel
HKL, ada 2 sampel yang ditanda ianya diambil pada tarikh berbeza, beliau
mengaku tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan penjelasan daripada Dr Siew. Beliau mengaku bahawa beliau percaya Dr Siew. Peguam saya tuntas membantah tindakan yang melanggari
garis panduan makmal antarabangsa dan peraturan Jabatan Kimia Malaysia tersebut
. Walaupun tindakan itu dan kegagalan untuk mematuhi
peraturan yang ketat
didedahkan, keterangan DrSeah telah diterima
sepenuhnya sedangkan ianya sepatutnya ditolak sama sekali kerana tidak cekap
dan kecuaian yang melampau.
Keterangan yang dikemukakan pembelaan membongkar
kepalsuan hujah pendakwa yang dikatakan mempunyai bukti “cecair air mani” atau “sperma”. Ianya
tidak berasas sama sekali. Bukti tersebut hanyalah rekaan pihak pendakwa
semata-mata. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan sejarah serta
rekod pihak pendakwaan sebelum ini. Jikalah benar pihak pendakwa punya bukti
forensik seperti yang diperkatakan sudah pasti bukti-bukti tersebut akan dijaga
rapi, tidak seperti yang saya ungkapkan di atas, bahawa betapa cuainya mereka
mengendalikan sampel-sampel tersebut.
RINGKASAN
Tuan Yang Arif telah gagal untuk memastikan perbicaraan yang adil seperti
yang ditunjukkan, antara lain, oleh contoh-contoh berikut:
1.Keengganan anda semasa perbicaraan ini untuk memerintahkan bahan-bahan
penting diberikan kepada pembelaan saya, sungguhpun kebanyakannya anda fikir sebagai relevan, malahan
tuntutan keadilan mengkehendaki
anda agar sepatutnya memerintahkan ia boleh diberikan sebelum
perbicaraan. Kegagalan anda berlaku adil dan menggunakan budi bicara kehakiman
terhadap perintah pendedahan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan
undang-undang Malaysia tetapi melanggar piawaian antarabangsa sesebuah negara moden yang menjunjung kedaulatan
undang-undang.
2.Keengganan anda untuk mengambil peduli dan bertindak sewajarnya dengan menuntut
pertanggungjawaban terhadap perbuatan mereka yang terang-terangan membocor dan
menerbitkan melalui media permohonan pendakwaan sebelum perkara itu didengar di
mahkamah. Anda juga bersikap acuh tidak acuh terhadap bantahan saya di atas
segala pencerobohan ini. Ini telah
dengan sengaja atau tanpa disedari memudahkan konspirasi untuk
memburuk-burukkan saya di khalayak awam sedangkan ketika itu perbicaraan sedang
berlangsung.
3.Kegagalan anda untuk memerintahkan saksi-saksi
penting bagi pembelaan saya untuk
hadir perbicaraan memberikan keterangan, di mana penglibatan mereka cukup nyata
dan jelas terhadap isu-isu berkaitan perbicaraan dan melalui pengakuan
bersumpah serta diakui oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat saksi-saksi ini
kepada media. Saksi-saksi ini berkaitan dengan keadaan di mana si pengadu
datang untuk membuat aduan awal berkaitan saya. Semua keterangan ini berkaitan
si pengadu.
4.Anda mendapati si pengadu sebagai "seorang saksi benar" pada
penggulungan kes pendakwaan. Ini jelas sikap menghukum yang berat sebalah terhadap
saya. Oleh yang demikian, anda telah menafikan hak perlembagaan saya untuk
mendapatkan perbicaraan yang adil dan kerana itu melayakkan saya untuk
dilepaskan tanpa syarat serta tuduhan terhadap saya digugurkan. Tanpa
menghiraukan perkara ini, anda bukan sahaja gagal untuk mengeluarkan perintah
pembebasan saya tetapi telah menolak bulat-bulat penarikan diri anda daripada
terus mengadili perbicaraan ini.
5. Untuk anda menyimpulkan si pengadu ialah seorang saksi benar tanpa
terlebih dahulu mendengar keterangan pembelaan akan menyebabkan penerusan
perbicaraan ini menjadi usaha sia-sia. Apalah gunanya untuk saya mengemukakan
keterangan untuk menunjukkan bahawa si pengadu sebenarnya pembohong jika anda
telah mendapati"dia seorang saksi yang benar" serta keterangannya
boleh dipercayai dan muktamad, oleh yang demikian ia tidak dapat disangkal? Ia
tidak dapat dipertahankan dan undang-undang tidak membenarkan anda melakukan
apa yang anda telah lakukan.
6. Penemuan anda bahawa si pengadu telah memperkuat keterangan dirinya
dengan membuat aduan kepada doktor-doktor perubatan terhadap serangan seksual
merupakan suatu kesilapan yang amat nyata. Selain itu, ia mengenepikan penemuan
klinikal bahawa tiadanya penembusan. Anda juga gagal untuk menyoal kenapa
pendakwaan tanpa sebab yang jelas enggan memanggil pegawai perubatan yang
pertama memeriksa si pengadu untuk memberi keterangan di mahkamah. Apakah tidak
terlintas di fikiran anda bahawa kegagalan ini berpunca daripada niat untuk
menyembunyikan bukti yang tidak berpihak kepada pihak pendakwaan?
7.Anda menerima bulat-bulat bukti forensik yang menguatkan keterangan
daripada si pengadu dalam keadaan terdapat kebimbangan yang jelas bagaimana sampel-sampel
tersebut diperolehi, dilabel, disimpan dan dianalisa.
KESIMPULAN
Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya.
Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap
perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan
betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi ini
bukanlah perbicaraan jenayah. Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan
saya tidak mencabar mereka dari terus berkuasa.
Pada tahun 1998, Tun DrMahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik
menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban saya ke penjara selama 15 tahun
sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang dikenakan
ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan.
Dato’ Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat kekusaan
samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat
perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang.
Usaha
untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan
Rakyat pada pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila
sekatan undang-undang yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan
saya bertanding kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen
Permatang Pauh itu disusuli pula dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia.
Oleh
yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan
selepas kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum
saya bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang
terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok
daripada skrip fitnah 1998. Hanya pada episod terbaru ini, tiada episod hitam mata
lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para konspirator
telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah
terbaru kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya.
Ini dibuat setelah menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa
ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk
yang dilakukan sebelum ini sukar diterima malahan dicemuh rakyat.
Kerana
itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa
sedaya upaya berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak
muda yang lemah, naif dan tidak berdosa. Si pengadu digambarkan sebagai seorang
yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya perlu dipercayai walaupun bukti
menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang disingkir
dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya
dan semata-mata digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap
saya. Namun mahkamah memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia
sesungguhnya seorang saksi yang benar.
Konspirasi
ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan
isterinya Rosmah Mansor. Berdasarkan pengakuan si
pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya
di kediaman mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah
seksual. Kenyataan awal Dato’ Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu
semata-mata untuk berbincang mengenai biasiswa
merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas
pendedahan dibuat melalui media sosial dan blog-blog internet. Dato’ Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat
dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah dibangkitkan
di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan. Ternyata
pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana
teliti agar tidak menemui jalan buntu. Kemungkinan tersebut lebih nyata
manakala BN yang dipimpin UMNO kian tergugat dan mungkin kehilangan kuasa
kepada Pakatan Rakyat.
Pertuduhan utama konspirasi
ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap
saya kononnya melakukan liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan
kewibawaan saya menjelang kempen menjelang pilihanraya kecil tersebut. Bagi
mencapai tujuan ini,
serangan media ganas dan jijik dilancarkan
serentak, antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan
itu bukanlah berkaitan isu-isu
sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan
fitnah terhadap diri saya dengan tujuan mencemar akhlak saya di mata rakyat.
Para
dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak
pendakwaan yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh
negara secara jelek dan lucah untuk membunuh keperibadian saya secara terancang
sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan
dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar keperibadian saya demi
memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah Maha Besar,
Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak
15,000.
Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar
sama sekali. Dato’ Sri Najib menyangka dengan menghancurkan masa depan saya, maka
sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk
pemerintahan.
Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke
penjara sekali lagi serta memastikan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai
UMNO terus memerintah.
Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun
maksud dan tujuannya hanyalah suatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya membenci Yang Arif
atau menyimpan dendam terhadap
sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang tertuduh ini adalah apa yang saya
yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari berkhidmat demi
rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di
Pusat Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh.
Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan
tetapi kerana keyakinan saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan
ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi Mahathir yang berusia lebih dari
dua dekad.
Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk
bercakap apa yang saya tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap
kebenaran. Dan keyakinan ini dibawa setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada
empat puluh tahun dimana suku daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh. Hakikatnya
saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi
kerana kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada
tahun 1998, saya telah menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan
autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad itu.
Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan
sebelumnya kerana keluhuran mahkamah
telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana
skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub. Saya nyatakan
sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda
tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik
diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya
menggunung banyaknya. Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala
pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan
penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil
menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan.
Dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hakim, firman al- Quran:
“ .. Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil..”
Surah
An-Nisaa: 58
No comments:
Post a Comment