steadyaku47

Friday, 11 September 2015

SEDEKAH......INSYAALLAAH.






1:39/1:39


104,981 Views
Hanizan Ponasir posted a video from 5 September to his Timeline.

Ini kisah betul2 berlaku semalam..betul2 berlaku di hadapan mata saya.

Selepas selesai urusan bisnes saya, saya bergegas menuju ke masjid Sultan Abu Bakar. Masjid yang pasti saya kunjungi setiap kali ke Johor bahru

Selepas solat asar, saya masuk terus ke dalam kereta. Ketika sedang berbual2 dgn shbt saya @soulfiqri, cermin kereta saya diketuk oleh seorang hamba Allah berbangsa Cina.

Nyonya ni meminta ihsan saya utk mendermakan sedikit wang kepadanya, sbbnya kalau x dpt carik duit yang secukupnya, dia akan dihalau dari bilik yang disewanya skrg.

Memula saya rasa, nyonya nih sama seperti peminta2 sedekah yang lain tapi sangkaan meleset, nyonya nih betul2 perlukan duit utk membayar sewa biliknya. Seharian keluar, dari pagi sampai ke lewat petang, dgn tak makannya lagi, dengan penat lesunya lagi.

Allah, sayu benar hati saya terus saya hulurkan sedikit wang sbg derma ikhlas utk nyonya nih.

Nyonya nih pon cakap, dia dah pergi ke banyak tokong, tapi diusir, dihalau dan diherdik oleh penjaga tokong yang lain. That is why dia ke Masjid Sultan Abu Bakar

Sumpah, mengalir air mata saya dan sahabat saya. Seorang bangsa cina, kurus kering, ditinggalkan suami dan anaknya, kini hidup sebatang kara.

Saya terbayangkan, jika Ibu saya di tempat nyonya nih. memang tak sampai hati.

Bukan duit yang menjadi ukuran, tetapi kasih sayang. nampak di raut wajahnya, yang dia sagat sunyi. Sempat saya offer nyonya nih utk naik kreta saya utk hantar pulang ke rumah

Selesai urusan saya dgn nyonya ni, tiba2 saya dpt whatsapp dari seorang hamba allah yang pinjam duit saya yang mengatakan dia dah bankin baki hutang. Nak kata siket tak siket, tapi cecah 5angka jugak jumlahnya.

Allah..mudahkan? Di saat saya tengah perlukan sedikit wang utk belanja2 dapur dan utilities, Allah hadiahkan sesuatu yang indah, yang lebih dari setimpal.

Pulang ke kuala lumpur dgn hati yang puas!

Perkongsian ni bukan laa nak menunjuk saya nih baik ke apa, tapi nawaitu saya supaya lebih ramai yang bukak mata dgn konsep 'THE POWER OF SEDEKAH". INSYAALLAAH.




steadyaku47 comment : Tabek Tuan!

No comments:

Post a Comment