TENGKU FRAUD
TENKU FRAUD
Kami tidak mahu sampah macam Saifuddin dalam Umno, kata Ku Nan
Umno tidak akan terjejas dengan tindakan
bekas ahli Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai
PKR hari ini kerana beliau sebelum ini tewas pada Pilihan Raya Umum
ke-13, kata Tengku Adnan Tengku Mansor.
Setiausaha agung Umno itu berkata, PKR
dialu-alukan mengambil bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu
kerana beliau berpendapat Saifuddin tentunya seseorang yang
"bermasalah".
-
See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-tidak-mahu-sampah-macam-saifuddin-dalam-umno-kata-ku-nan#sthash.LCw6nuz4.dpufdari arkib:
SIAPA TENGKU ADNAN INI
(harakah daily isnin 17 julai 2006)
Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950
pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502.
Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor.
Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki
kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti
yang terdapat dalam surat beranak.
Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak
undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya
masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.
Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku
Adnan binTengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari
nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba.
Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal
dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal
dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan
Kerabat DiRaja Melaka.
Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’.
Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapatkad
pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin
Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336.
Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orangbiasa
berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang
hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat.
Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di
Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk
mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan
satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.
No comments:
Post a Comment