Wira, Waja, Watan.
SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi.

Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran.
Saya
juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi
memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk
tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa,
hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan.

bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA,
disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang
secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.
Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan. Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu.

Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di
bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara
dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH.
Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang
telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran
sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.
(My
comments : This is where the Bar Council lawyers can assist. Dato Hamid
is bound by the protocols of being a Civil Servant. But most certainly
he has a higher obligation to uphold the Constitution, the Police Act
and the laws of the land. This is what he is saying.)
Oleh
demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya
memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi
menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang
bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada
dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka.
(My comments : Allahum solli alaikum Dato. May Allah shower His support upon you. We will prevail.)
Saya
rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana
pihak yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada
saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila
hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi
rakyat sambil "merestui perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi
negara!!!
"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN.
"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN.
Siapa
yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi
undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan
kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan
seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang
general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan
di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.
Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT.

Lagi
cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher
sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini
tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan.
Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa
keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala
sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini.
Jauh
sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau
mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan
seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau
JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada
pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal
kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang.
Saya
digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak
dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang
budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua
Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal???
Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.
Dato Fuzi Harun : 'Par excellence' as 1st Head of Counter Terrorism
Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang keluar" dari Cawangan Khas.
Oh...oh...oh...jauh
sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti
mereka yang hanya suka dan pandai "menjilat" tulang-tulang yang
dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.
Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes "rompakan" wang 1MDB ini.

juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster.
Jika
beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai
seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin
meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas.
Tetapi
ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM.
Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman,
paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS)
supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam
hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.
Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya.

Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu.
Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak
memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga
keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!!
Kepada
Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih
sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila
tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk
jel......I Know What You Did Last Summer!!!
Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.
Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai.

Jangan
pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini
sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu,
tempohari. Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan
buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi.
Bukan
saja skandal Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita
menarik" tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan
di khalayak ramai. Afterall birds of the same feathers flock together.
Oleh
demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya
dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!
Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB.

Kedudukan kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau "dipecat".
Saranan
ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa
amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi
kerajaan ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa.
Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti.
Serentak
dengan usaha itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan
mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi
untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan kerajaan???
Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik "diversion" yang digunakan oleh para "perompak" ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi "perompak" ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB.
Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB.
Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!!
- Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan???
- Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini???
- Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan???
- Mengapa tiba-tiba Peguam Negara "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap?
- Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara?
- Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi keterangan?
Hanya orang bersalah saja yang takut!!!
Rakyat
juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah
dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar
sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit
Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau??
Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,
Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,
KETUA SETIAUSAHA NEGARA.
How will his career end?
How will people remember him?
Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini.
Tan
Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh
jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam
Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh
kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah.
Takutilah
kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan
pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng.
Tan
Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri
untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan
kerajaan dan bukannya bersubahat
dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan, menukar,
mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur
melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat
awam yang teraniaya!!!
Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain??
Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain??
Tidak
salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat awam kini sudah
jatuh merudum. Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat
awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada
rakyat dan negara sudah tidak bermakna lagi.
Ingatlah Tan Sri....jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!
PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.
From obscurity to infamy.
Bergenerasi anak cucu tanggung
Rakyat
di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di
saat memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak terlintas langsung
di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu
dilakukan se pantas kilat membelah bumi.
Memanglah
kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan
paling berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana
Menteri.
Tetapi di dalam kes Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali.
Apakah
nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula menerima jawatan tersebut.......to
discharge your duties with the highest standard of integrity??? Atau
adakah Tan Sri sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima
beban jawatan tersebut???
Tetapi
orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang
idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan
"memecat" Tan Sri Gani Patail itu dibuat.
Dalam ertikata lain....Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri.
Dalam ertikata lain....Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri.
Wahai
Tan Sri yang budiman.....ingatlah betapa sakitnya hukuman di hari
Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah kelihatan
sudah terenggang sedikit. Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi.
Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah diri kita
gadaikan.
Saya
masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang
sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya
berlaku adil.
Segerakanlah
membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu
yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri.
Bukankah
Jabatan Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan
dalam dan luar negara??? Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh
digembeling bagi membantu Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan
tepat. Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri anakcucu kemudian hari.
Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu kemudian hari.
KETUA POLIS NEGARA.
Apa maksud bintang dan paku-paku itu?
Apa guna bintang dan paku-paku itu?
Ketulan timah sahaja ke?
Serupa ketua sekuriti Wisma Yakin?
Kepada Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.
Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman.
Jangan
sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang
kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan
halus "are you with me or are you not?" Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang.
Yakinlahlah
Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh
mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang.
Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita "POLIS SEDIA BERKHIDMAT"? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!!
Sudah
lupakah Tan Sri bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang
berpangkat rendah, yang ditangkap dan diadili serta dihukum kerana
rasuah yang tidak seberapa besar nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB???
Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu.....jenayah tetap jenayah.
..... ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB.

Malahan
Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT DENGAN
SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang
sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara.
Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri.
Kembalilah
bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak
setiap 25 March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis
itu. Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan
Allah SWT.
Jadilah
KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah
keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID
AL-WALID.
MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.
Pahlawan Suluk, Wira
Saya
berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib yang menimpa Y.Bhg
Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu....sudah jatuh ditimpa tangga. Tergamak
mereka menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk
"memecat" Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan penuh
bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan
buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu.
Hina
dan menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan Sri. Sebelum
tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan
ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB
tersebut.
Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian "no nonsense" Tan Sri itu.
Tetapi
sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah
terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut
agar tidak melawan.
Kononnya
Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan oleh
mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum...... "Cummon Tan Sri
!!! What is a small personal scandal, even if there is such, when
compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!!
People will easily forgive you. Come out and make a stand. All this
while you are idolised as a tough fighter among the civil servants. Why
in a sudden you become so timid? What have they done to you? Allah SWT
will protect you sir".
Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan "perompak" ini dengan "habuan-habuan"tertentu.
Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan "perompak" ini dengan "habuan-habuan"tertentu.
Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja.
Saya
masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam
pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri "dipecat"......" Hey look...this
difficult decision that I have made is not about toppling the
government. I am not interested in politics. I am just doing my job".
Lantaran
mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik
hormat polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir.
Saya mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan
selamat dan sempurnanya. Aamiin.
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.
Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur.
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.
Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur.
Ambillah
iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear no one except
Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar dengan cubaan-cubaan
"blackmail" oleh pihak petualang.
Jangan
dilewat-lewatkan siasatan. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang
bersandiwara atau menghilangkan diri atau "bermain tarik tali" maka
gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini.
Saya
tidak lagi berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan kepakaran dan
rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah pasti
mereka "tidak cukup tanah untuk lari". Se dalam mana cacing nak menyorok di dalam tanah???
Ingatlah
bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi
harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah
pihak-pihak yang lain samada "kecut perut" atau menjadi pengkhianat keadilan.
Rakyat tidak sabar lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini.
Ganjaran
yang menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi
kebaikan masadepan negara ini. Jangan berpecah dek "nak berebut harta
perang". Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!
LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.
Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku "perompak-perompak"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat.

yang MUSLIM eloklah bermuhasabah diri masing-masing. Hayatilah isi
kandungan pelbagai khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib
berkaitan dengan amanah dan integriti. Memanglah berat tanggungjawab
yang kita pikul sebagai penjawat awam. Tetapi yakinlah kepada kuasa
Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan
segala kemungkaran yang berlaku depan mata.
Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku "perompak" 1MDB ini.
Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku "perompak" 1MDB ini.
Jangan bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari amat buruk sekali.
Tidak
lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi
kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP
kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat tetapi pemimpin negara
seronok membazir wang kerajaan.
Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor "diseludup" masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali.

Amat
menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri yang
hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu mewah.
Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu???
Tidak
ketinggalan juga seruan saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di
misi-misi luarnegeri yang menjadi mangsa herdikan seperti hamba abdi
oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam urusan pembungkusan/pengiriman
balik barangan mewah yang "dibeliborong" oleh mereka.
Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini.....sudah puas berbelanja barangan mewah dengan duit kotor.....cukaipun diyakini tidak dibayar.
Ingat
ye......apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti??? Ketika
mati nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se
mahal mana.
Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan bersama kita di liang lahat.
Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!
Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini.
Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini.
Saya akan terus berusaha mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.
Salam hormat dan salam perjuangan,
ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.
No comments:
Post a Comment