"GEMPAR : BARRACK OBAMA
DAN NAJIB RAZAK TERLIBAT DALAM SKANDAL 1MDB-DUSABLE DAN 260 EKAR TANAH
KUALA KETIL, KEDAH" - MUKHRIZ MAHATHIR DI SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI
KEDAH PADA SELASA, 15 OGOS 2016
(Kronologi Isu 1MDB DuSable,
projek solar dan tanah Kuala Ketil, Kedah seiring dengan laporan kaji
risik 234 mukasurat Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa
(ProWaris)
1. Pada 11 April 2014, 1MDB dan DuSable, firma
permodalan tenaga yang ditubuhkan pada tahun 2013 diketuai oleh Frank
White Jr., penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
telah memeterai perjanjian usahasama bagi membangunkan projek tenaga
solar sebanyak 50MW di Malaysia.
1MDB memiliki kepentingan
sebanyak 51% di dalam perjanjian usahasama tersebut manakala Dana Ekuiti
Persendirian Yurus yang diuruskan DuSable memiliki 49%.
2. Pada
satu hari tahun 2014, saya yang selama itu hanya berkomunikasi melalui
SMS dan tidak pernah terima panggilan dari Dato' Seri Najib terperanjat
menerima panggilan dari beliau yang menyuruh saya mencari sebidang tanah
seluas 300 ekar bagi tujuan 'Green Initiative' yang dipelopori
President Barrack Obama.
Menyusul dari panggilan itu, wakil 1MDB
telah bertemu dengan wakil Bina Darulaman Berhad (BDB), anak syarikat
Kerajaan Negeri Kedah untuk tujuan pengambil-alihan tanah di Kuala
Ketil, Kedah bagi pembangunan projek tenaga solar tersebut dan 1MDB
telah membayar RM3.5 juta sebagai deposit. Tanah tersebut terletak di
belakang Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah merupakan tanah
pertanian kelapa sawit.
3. Pada 18 Mac 2014, 1MDB telah menerima
Surat Penganugerahan ('Letter of Award') daripada Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air bagi membangunkan loji janakuasa solar dengan
kapasiti sehingga 500MW.
4. Pada 12 April 2014, 1MDB menerusi
anak syarikatnya 1MDB Solar telah menandatangani Perjanjian Pembelian
Tenaga ('Power Purchase Agreement'- PPA) secara urusniaga terus ('direct
deal') dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 25 tahun untuk
pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti 50MW di tanah yang dibeli
di Kuala Ketil, Kedah. 1MDB juga akan mengenakan tarif elektrik pada
kadar 40 sen/kWj dan 46 sen/kWj menurut perjanjian tersebut.
5. Pada 2 Oktober 2014, 1MDB telah membeli kesemua 49% kepentingan yang
dimiliki oleh Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang diuruskan oleh DuSable
dengan bayaran AS$69 juta.
6. Pembelian kepentingan tersebut
kononnya sebahagian daripada pelan Tawaran Awam Permulaan ('Initial
Public Offering' - IPO) untuk Edra Global Energy Berhad (Edra) yang
bakal dilaksanakan oleh 1MDB dan memudahkan 1MDB dan Edra mendapat hak
100% untuk menjalankan projek solar tersebut.
Nama 1MDB Solar
ditukar kepada Edra Solar dan segala kepentingan projek tenaga solar di
Kuala Ketil, Kedah diletakkan di bawah Edra.
7. Pada Februari
2016, 1MDB telah menjual Edra dan kesemua aset tenaga dan anak
syarikatnya termasuk Edra Solar yang mempunyai kepentingan dalam projek
solar di Kuala Ketil, Kedah kepada syarikat gergasi tenaga dari China
iaitu China General Nuclear Power Corp. (CGN) dan anak syarikatnya CGN
Group dengan nilai RM9.83 billion.
Skandal 1MDB-DuSable
1. Kaitan Barrack Obama dalam Isu Tanah Kuala Ketil dan Transaksi 1MDB-DuSable
Transaksi di atas menunjukan jejak bukti bahawa Najib Razak melalui
1MDB sendiri telah bekerjasama dengan DuSable, sebuah firma permodalan
tenaga yang ada kaitan secara langsung dengan Presiden Amerika Syarikat,
Barrack Obama. Seorang tokoh yang dilabelkan para pemimpin UMNO sebagai
Pembunuh ummat Islam di Iraq tetapi pernah berselfie dan bermain golf
dengan Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Ini
sekali gus mengesahkan bahawa kes DOJ ke atas Riza Aziz (anak tiri
Najib), Jho Low dan Malaysian Official 1 (MO1) adalah kes sivil yang
mempunyai jejak bukti jelas wujudnya salahlaku jenayah rasuah para
pemimpin dan jenayah penggubahan wang haram.
Ia juga menempelak
tuduhan wujudnya campurtangan kuasa asing bagi menjatuhkan Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia seperti didakwa oleh para pemimpin UMNO
baru-baru ini.
2. Status pemilikan tanah di Kuala Ketil, Kedah
Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah pemilik tanah di Kuala
Ketil, Kedah sebanyak 260 ekar tersebut. Adakah tanah tersebut telah
jatuh ke tangan firma asing dari China ini (CGN)?
3. Status pembayaran pembelian tanah oleh 1MDB kepada BDB
Sehingga kini BDB masih belum menerima bayaran daripada 1MDB setelah
1MDB membeli tanah di Kuala Ketil tersebut. Hanya bayaran deposit
sebanyak RM3.5 juta sahaja yang telah dibayar oleh 1MDB kepada BDB.
4. Laporan PAC tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah
Dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada halaman
ke-98 kolum terakhir telah mendapati terdapat percanggahan antara
keputusan Lembaga Pengarah Pemegang Saham dalam 1MDB dan tindakan pihak
pengurusan 1MDB itu sendiri tentang perolehan tanah Kuala Ketil, Kedah.
Pada 24 Mac 2015, melalui satu Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah
meluluskan sebanyak RM33.40 juta sebagai bayaran kepada BDB untuk
pembelian tanah seluas 260 ekar di Kuala Ketil, Kedah untuk pembangunan
projek perintis tenaga solar dengan kapasiti 50MW.
Namun pihak
pengurusan 1MDB telah menetapkan bayaran sebanyak RM65 juta untuk
perjanjian jual beli tanah tersebut pada 27 Ogos 2015.
PAC juga
gagal menemui sebarang dokumen yang menunjukkan mengapa terdapat
perbezaan harga perolehan berjumlah RM31.50 juta yang telah
diluluskanoleh Lembaga Pengarah 1MDB.
Persoalannya, sekiranya
1MDB menyatakan mereka telahmembayar RM65 juta kepada BDB, mengapa
sehingga sekarang BDB masih belum menerima wang tersebut? Ke mana wang
tersebut pergi? Kepada siapa sebenarnya 1MDB bayar wang tersebut?
5. Laporan PAC tentang urusniaga 1MDB dan DuSable
Dalam laporan PAC pada halaman 64, terdapat percanggahan antara amaun
yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Dana Ekuiti Persendirian Yurus yang
diuruskan oleh DuSable.
Menurut laporan PAC tersebut, 1MDB telah
membayar sebanyak AS$95 juta kepada DuSable untuk pembelian kesemua 49%
kepentingan Dana Ekuiti Persendirian Yurus dalam projek solar di Kuala
Ketil, Kedah.
Tetapi dalam kenyataan media bertarikh 11 November
2015 oleh 1MDB dan DuSable telah menyatakan 1MDB telah membayar AS$69
juta kepada DuSable untuk pembelian semua kepentingan tersebut selepas 6
bulan perjanjian usahasama itu dilakukan.
Mengapa terdapat
perbezaan sebanyak AS$26 juta dalam urusniaga tersebut? Ke mana wang itu
sebenarnya pergi? Adakah DuSable sedar tentang nilai sebenar urusniaga
tersebut? Adakah firma tenaga yang diketuai oleh penasihat Obama ini
turut menjadi mangsa skandal 1MDB?
Kesimpulan
Kos AS$95
juta yang telah dilaburkan 1MDB adalah terlalu mahal dan sepatutnya
dengan dana tersebut, pembinaan loji janakuasa solar dengan kapasiti
lebih tinggi daripada 50MW telah dilaksanakan.
Bayaran sebanyak
AS$69 juta yang kepada DuSable juga tidak wajar kerana tiada sebarang
projek solar dilaksanakan oleh 1MDB di atas tanah tersebut dan
pembayaran tersebut dilakukan hanya selepas 6 bulan 1MDB dan DuSable
menandatangani perjanjian usahasama projek solar tersebut.
Semakan mendapati tiada sebarang pembinaan dilakukan di atas tanah
tersebut dan status pemilikan tanah tersebut juga masih samar. Bayaran
kepada pemilik tanah sebelumnya iaitu BDB juga tidak dilakukan.
Kerajaan Negeri Kedah yang mentadbir sekarang juga seolah-olah memandang
enteng perkara ini dan tidak melakukan sesuatu untuk mendapatkan
kembali hak negeri ini khasnya dan hak rakyat Kedah amnya.
#ProWarisMedia
No comments:
Post a Comment