steadyaku47

Wednesday 10 August 2016

Sopian Ahmad : Doa ku selepas Zuhor hari ini untuk Ayahanda Tun Mahathir


Tun Mahathir berada diIJN dan keadaan nya adalah stabil.
Doa ku selepas Zuhor hari ini:

Ya Allah ya Tuhan yang kami sembah;
Engkaulah yang maha berkuasa dan yang menentukan segala galanya;
Ya Allah,
Engkau meneyeru agar kami, hamba Mu agar sentiasa bermohon kepada Mu;
Dengarlah wahai Allah rayuan kami ini;
bahawa Negara kami berada dalam keadaan keluh kesah kerana kepimpinan yang lemah dan terlalu banyak rasuah berlaku;
Ya Allah,
Ayahanda Tun Mahathir telah bangun atas nama Mu ya Allah, untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran rasuah seperti kehendak Mu ya Allah;
Kini Ayahanda Tun Mahathir, berada diIJN kerana kesihatannya terganggu.
Ya Allah, Engkau tahu, bahawa diantara ramai pemimpin Malaysia menteri menteri dan selainnya, kami hanya ada orang seperti Ayahanda Tun Mahathir, TS Muhyidin, Dato Seri Mokhriz, Dato Shafie Apdal dan hanya beberapa orang sahaja lagi yang berani bangun atas nama Mu ya Allah untuk menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran.
Ruh Bangsa Melayu ini macam terletak pada bahu mereka ini ya allah. Tanpa mereka yang berani ini entah kemana Bangsa yang mendukung ugama Mu ini akan terjunam.
Makanya ya Allah, dalam saat saat genting ini kami menadah tangan bermohon doa kepada Mu ya Allah;
Kami ruku' kepada Mu ya Allah,
kami sujud kepada Mu ya Allah,
sudilah wahai yang Maha Berkuasa menimbangkan rayuan kami, hambu Mu yang lemah ini:

Engkau berkati lah Ayahanda Tun Mahathir.
Engkau lindungilah dia,
Engkau panjangkanlah umurnya yan Allah,
Engkau turunkan lah penawar kepada tubuh badan nya, Engkau jauhkan lah dari nya segala penyakit dan kehambatan;

Kami sebangsa dan se ugama memerlukan Ayahanda Tun Mahathir berada disamping kami untuk menghapuskan kemungkaran seperti kehendak Mu ya Allah.
Ameeen Ya Rabbul aalameen.

No comments:

Post a Comment