WEDNESDAY 24 AUG 2016
JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA.
Assalamualaikum wbt dan salam bersatu.
1. Sudah dua minggu sejak Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin
menghantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi penubuhan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia. Kita masih menanti berita tentang kelulusan
permohonan tersebut. In shaa Allah jika tiada halangan, kita akan
menerima berita gembira dalam masa yang terdekat ini.
2. Kami
ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan
minat untuk menjayakan parti ini apabila ia diluluskan kelak. Teruskan
minat yang telah anda tunjukkan. Semangat yang berkobar-kobar ini telah
menyemarakkan lagi keyakinan dan iltizam kami untuk berjuang bagi
mewujudkan sebuah negara yang Bersatu, Beramanah dan Bermaruah.
3. Setiap hari kami menerima ribuan sokongan dan pertanyaan tentang
status permohonan parti ini. Walaupun kami pernah mengeluarkan kenyataan
sebelum ini yang menyatakan bahawa permohonan kini menunggu kelulusan
daripada ROS, masih ramai terus bertanya dan memberi buah fikiran. Kami
sentiasa mengalu alukannya.
4. Yang menariknya ramai yang
berlumba-lumba untuk menyertai parti ini terdiri daripada pelbagai pihak
atau golongan masyarakat.
Antaranya :
- Mereka yang tidak pernah menyertai mana mana parti politik.
- Mereka yang tidak pernah minat politik
- Mereka yang sudah hilang kepercayaan dengan pemimpin yang ada sekarang.
- Mereka yang sudah tidak yakin dengan kerajaan sekarang.
- Mereka yang mahukan perubahan.
- Mereka yang percaya kepada kepelbagaian kepimpinan yang ditonjolkan dalam barisan penaja parti dan yang akan datang.
- Mereka yang berminat dengan visi perjuangan parti yang disebut oleh
Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu 'memberi harapan baru' kepada masyarakat
Malaysia (A NEW DEAL FOR ALL MALAYSIANS).
- Mereka yang menyanjung dan menghargai ketokohan Tun Mahathir.
- Mereka yang teruja dan ingin tahu hala tuju parti ini.
- Mereka yang sudah bosan dengan keangkuhan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang.
- Golongan muda yang diterima baik dalam wadah parti baru ini.
5. Walaupun ada pihak yang memperlekehkan kewujudan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia, mereka jugalah yang berusaha menyerang dan terus
memberi tekanan kepada parti ini dan barisan pemimpin penajanya.
6. Media kerajaan digunakan oleh pemimpin kerajaan untuk memburukkan
keperibadian pemimpin BERSATU walaupun parti baharu ini masih belum
diluluskan.
Budaya memfitnah dan memburukkan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato Seri Mukriz dan lain-lain ini hanyalah strategi alih tumpuan "diversion" yakni sekadar ingin mematikan isu skandal 1MDB yang masih tak terjawab.
7. Teruskan sokongan anda kerana kami akan memperjuangkan kebenaran demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
BERSATU.BERAMANAH.
BERMARUAH.
BERMARUAH.
KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN
(SETIAUSAHA PENAJA)
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
RABU 24 OGOS 2016
No comments:
Post a Comment