steadyaku47

Wednesday 31 August 2016

MERDEKAKAH KITA DI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN INI?


(Oleh Cikgu Kamarulazman)

Apakah nilai kemerdekaan sebuah negara?
Atau merdeka itu hanya pada nama?
Sedang kita sentiasa diperguna
Demi cita-cita pemimpin yang kini hilang maruahnya


Merdeka kali ini tiada membawa sebarang makna
Jalur kita sudah tiada gemilangnya
Rakyat tercari-cari hak dan kebebasan mereka
Peguam Negara disuruh berhenti sebelum waktunya
Apa sudah jadi dengan laporan Gabenor Bank Negara?
GST menjadi alat agar rakyat membayar hutang negara
Ketua Polis Negara entah menjaga siapa.
Para pemimpin parti tua sudah menjadi buta
SPRM menentang perasuah atau menjaga mereka?
Para ulama sudah kehilangan suara
Pak menteri seperti peminta sedekah di Putrajaya
Isteri menteri buas berbelanja di luar negara
Rakyat jelata dilayan seperti hamba
Minda kita diperbodohkan di media milik mereka
Akaun pemimpin sarat dengan sumbangan derma
Akaun kita tidak pernah berbaki walau secuba mana
Para mahasiswa kehilangan biasiswa
Angkara usaha menangkap perompak utama negara


Inikah yang dimaksudkan sebagai merdeka?
Berapa harga yang telah kita bayar untuknya?
Merdeka ini untuk mereka dan keluarga mereka
Kita cuma diperlukan pada setiap kali pilihanraya.

30 Ogos 2016🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

No comments:

Post a Comment