steadyaku47

Wednesday 18 January 2017

Drs Radha Krishnan : Jangan Lupa..


Siapa tak kenal Tun M dalam dan luar negeri ?

Castro, Putin, Arafat dan ramai diluar sana kenal Mahathir. 

Jangan lupa bagaimana Guthrie, milik mat saleh UK, kita perolehi.

Jangan lupa bagaimana kita miliki terumbu layang layang

Jangan lupa Tun M ajar Magaret Thatcher bila UK nak naik fee pelajar kita di UK.Tun M cakap Buy British Last dan Pandang me Timur.

Jangan lupa Kongres US tak luluskan pembelian jet F16. Tun M beli MIG 29 dan Sukhoi.

Dr.Sheikh Muzaffar keangkasa.

Jangan lupa terowong SMART diakui oleh kejuruteraan Dunia.

Jangan lupa krisis dengan Soros dan IMF pada 1998 dan IMF akui tindakan Tun M yang terbaik.

Jangan lupa Malaysia kenal dimata dunia dengan penduduk yang berbilang kaum yang hidup harmoni dan bla bla bla....hanya Tun M yang boleh cerita satu persatu.

Tetapi Tun M bukannya insan yang bongkak mencerita kejayaannya.Dia tahu rakyat yang menilai kerjanya.

So janganlah kita ulangi perkara yang telah kita lakukan terhadap seniman agung arwah Tan Sri P.Ramlee. Insan yang dikemuncak kariernya di Singapore dan P. Ramlee majukan bidang filem ditanah air sendiri. Tetapi dibunuh oleh kita rakyat Malaysia khususnya orang orang seni pada masa itu. Sehingga matinya P Ramlee didalam derita dan hingga tiada wang untuk urusan pengebumian. Ini kerana sifat Dengki Busuk Perut Cemburu bangsa bergelar Melayu.

Adakah Tun Mahathir akan dilayan seperti P.Ramlee?


Close

No comments:

Post a Comment