steadyaku47

Saturday, 14 January 2017

Milo Suam : Skandal Jabatan Air Negeri Sabah : NFA (No Further Action!)


With thanks to: 
MiLo SuaM

SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah


TENTU anda masih ingat penangkapan menggemparkan negara yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM berhubung Skandal Jabatan Air Sabah melibatkan rampasan wang tunai berpuluh juta ringgit yang sebahagiannya disimpan dalam kabinet.


Dalam sepucuk surat yang tersebar di media sosial, SPRM dikatakan telah mengesahkan bahawa tiada unsur rasuah dalam kes tersebut dan di luar bidang kuasa SPRM, oleh itu tiada tindakan lanjut akan diambil (NFA — No Further Action).


Surat yang diterima daripada SPRM itu difahamkan menjawab isu Skandal Jabatan Air Negeri Sabah yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sabah, saudara Mohd Khairuddin bin Daud mengenai status siasatan isu berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Halaman Facebook Pemuda Amanah Sabah, ketiga-tiga individu yang ditangkap berhubung skandal Jabatan Air Sabah itu hanya didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram bukan didakwa atas kesalahan rasuah dan korupsi.

Persoalannya, dari manakah individu-individu yang ditangkap sebelum ini boleh memiliki berkepuk-kepuk duit, disimpan dalam kabinet, sampaikan ambil masa berhari-hari anggota pihak berkuasa nak kira jumlah wang yang dirampas.

Mana dapat duit beratus juta? Dapat derma juga ke?



Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/sprm-sahkan-skandal-jabatan-air-negeri.html#ixzz4Vfi9iOFD