steadyaku47

Tuesday 4 April 2017

PAK ARSHAD RAJI RAJI : PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PVATM) BOHONG!





Mohd Arshad Raji Raji kata: 

Saya telah menerima gambar ini dari saorang veteran dari Kedah yang mengatakan bahawa pejabat PVATM negeri telah menerima wang sebanyak RM500K dari Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi projek 'Jejak Veteran' sebagai persediaan 'Perhimpunan Veteran menyokong kerajaan BN' yang dirancang pada bulan Julai tahun ini bertempat di Kuala Lumpur. Saya di maklumkan juga bahawa projek ini di adakan di seluruh negara bertujuan mengumpulkan seramai 100 ribu veteran untuk hadir ke Perhimpunan Veteran tersebut. Saya juga di maklumkan bahawa wang RM500K bagi setiap negeri itu disediakan oleh UMNO. Jika maklumat ini benar, maka apa yang telah saya nyatakan dalam sidang akbar saya pada 8 Mac lalu dan surat terbuka saya pada Presiden PVATM dulu adalah benar, dan kenyataan balas PVATM kepada surat terbuka saya itu satu pembohongan. Saya cabar PVATM menafikan kenyataan saya ini.




No comments:

Post a Comment