steadyaku47

Thursday 6 April 2017

Siapa suami pertama Rosmah Mansur Sebelum Najib.


Farid Ismet Bukan Suami Pertama Rosmah Tetapi.....

Isu tentang perkahwinan pertama isteri Najib Razak, Rosmah Mansor sudah lama di perkatakan oleh orang ramai. Maka nama pembaca berita Dunia Jam 10 RTM, Farid Ismeth telah dikaitkan sebagai suami pertama beliau. Beliau sebenarnya tiada hubungan langsung dengan Rosmah Mansor dan perkara ini patut di perbetulkan untuk pengetahuan orang ramai.
Suami pertama Rosmah Mansor adalah seorang individu yang bernama Abdul Aziz Nong Chik yang berasal dari negeri Perak dan mereka dikatakan mempunyai tiga orang anak yang salah seorangnya bernama Azrene Soraya. Tetapi berita yang beliau memikat Najib sewaktu beliau masih berstatus isteri orang adalah benar dan Najib sendiri masih suami kepada Tengku Puteri Zainah

Memang Rosmah seorang yang bercita-cita besar sebesar nafsu yang beliau miliki dan beliau juga seorang yang mempunyai kelulusan. Beliau memiliki ijazah dalam bidang antrapologi dan sosiologi dari Universiti Malaya dan mendapat Sarjana Sains dalam bidang sosiologi dan pertanian dari Universiti Lousiana, Amerika Syarikat. Rosmah juga seorang yang suka kepada hiburan sepertimana yang selalu kita lihat dan dengar sehinggakan beliau sanggup memendekkan upacara rasmi yang dihadiri oleh Agong semata-mata tidak ingin terlepas bersama dengan bintang Bollywood satu ketika dulu.
Beliau termasuk antara orang yang suka berbelanja atau bahasa mudahnya seorang yang cukup boros dan hanya berminat kepada barang-barang yang berjenama. Harga bukan satu masalah buat beliau kerana Najib memegang kunci khazanah negara. Beliau suka kepada perhatian orang ramai malah beliau selalu mendahului Najib dalam setiap majlis-majlis rasmi sehinggakan mencetuskan kritikan orang ramai yang menganggap tindakan beliau adalah tidak sopan bagi isteri kepada pemimpin. Selepas kritikan demi kritikan, beliau terpaksa akur dengan berat hati berada di belakang Najib dan tidak melangkauinya.

Farid mengakui beliau tidak berjumpa dengan PM secara peribadi.

Isu sebenar ialah bagaimana seorang pembaca berita boleh mengeluarkan kata-kata yang beranggapan Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia. Kalau kata-kata itu terpancut dari mulut orang buta yang pekak tidak timbul masalah tetapi ianya keluar dari seorang yang arif tentang negara dan setiap hari melaporkan perkembangan dunia.

 Nama Rosmah Mansor tertera sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin di RTM dan TV3 hanya tergantung foto Agong, Permaisuri Agong dan Rosmah Mansor sebagai PM Malaysia, gambar Najib tiada sebab beliau hanya suami kepada Perdana Menteri.  Nampaknya Rosmah sudah kawal semua media dan beliau dilihat benar-benar memain peranan sebagai orang paling berkuasa di Malaysia.Mungkin beliau lebih hebat daripada Najib sehinggakan beliau dapat mengawal Najib setanding dengan ilmu yang beliau miliki. Gua nak dengar komen daripada Mahathir tentang perkara ini dan mungkin Mahathir pun takut kat Rosmah Mansor.  Gua ingat Mahathir cukup hebat dalam politik dan tadbir urus, rupa-rupanya beliau adalah seorang diktator tua yang kalah dengan perempuan bernama Rosmah Mansor, Perdana Menteri Malaysia a.k.a. First Lady of Malaysia......







No comments:

Post a Comment