steadyaku47

Monday 3 April 2017

WARRANTY DIRECT : KAJIAN ISU RELIABILITY ENJIN


Kajian yang dijalankan oleh syarikat Warranty Direct berkenaan isu reliability enjin:
Warranty Direct yang merupakan sebuah syarikat pengendali warranti kenderaan ini mempunyai sebanyak 50,000 buah kenderaan yang didaftarkan dengan mereka di seluruh Eropah mendedahkan jenama seperti Audi, BMW dan Volkswagen mempunyai banyak keluaran yang mempunyai masalah enjin. Jenama seperti Audi menduduki tempat teratas selepas jenama MG Rover dan diikuti dengan jenama Mini.
Menurut Duncan McClure Fisher, pengarah urusan Warranty Direct, masalah enjin merupakan masalah yang paling ditakuti oleh mana-mana pemilik kenderaan kerana ianya akan memerlukan masa dan wang yang banyak untuk membaikpulih sesuatu enjin yang rosak.

Namun, bukan semua kereta keluaran Jerman mempunyai masalah yang serupa. Jenama automobil seperti Mercedes Benz mempunyai rekod yang baik dari segi masalah enjin dan ini meletakkan jenama ini pada tangga ketiga selepas jenama Honda dan Toyata.
Menurut Warranty Direct, jenama Honda mempunyai kadar kegagalan paling rendah iaitu 1 dari 344, diikuti dengan jenama Toyota; 1 dari 171 dan Mercedes Benz; 1 dari 119.
Berikut adalah carta yang dikeluarkan oleh Warranty Direct:

Top 10 Best
1. Honda (failure rate: 1 in 344)
2. Toyota (failure rate: 1 in 171)
3. Merc-Benz (failure rate: 1 in 119)
4. Volvo (failure rate: 1 in 111)
5. Jaguar (failure rate: 1 in 103)
6. Lexus (failure rate: 1 in 101)
7. Fiat (failure rate: 1 in 85)
8. Ford (failure rate: 1 in 80)
9. Nissan (failure rate: 1 in 76)
10. Land Rover (failure rate: 1 in 72)

Top 10 Worst
1. MG Rover (failure rate: 1 in 13)
2. Audi (failure rate: 1 in 27)
3. Mini (failure rate: 1 in 40)
4. Saab (failure rate: 1 in 40)
5. Vauxhall (failure rate: 1 in 41)
6. Peugeot (failure rate: 1 in 44)
7. BMW (failure rate: 1 in 45)
8. Renault (failure rate: 1 in 46)
9. Volkswagen (failure rate: 1 in 52)
10. Mitsubishi (failure rate: 1 in 59)






No comments:

Post a Comment