steadyaku47

Saturday 1 April 2017

Zainul Bahrin Mohd Zain : Mereka yang melakukan kezaliman hanya mampu menipu sesama manusia, tetapi tidak sekali-kali berupaya bagaimana sekalipun untuk memperdaya Allah Azza Wa Jalla!

This is a response from my MCKK mate, Zainul Bahrain Mohd Zain to  a posting I did this morning...

SAKMONGKOL : Ada hati tidak mahu faham, ada telinga tidak mahu dengar, ada mata tidak mahu lihat- bahagian

Surely a measured and most heartfelt comment on the state of our nation today from the perspective of a Muslim. Thank you brother Zainul. 




Banyak orang yang berpengalaman dan juga berpegetahuan berkata dunia yang akhir zaman akan menyaksikan berbagai peristiwa yang ganjil dan aneh! Ini kerana berlakunya perkara-perkara yang tidak masuk akal atau yang tidak wajar atau yang tidak waras! 

Jelas terdapat berbagai kejadian dimana yang salah dikatakan betul dan yang tidak benar dikatakan benar! 

Walaupun kita kecewa dan sedih dengan terjadinya peristiwa-peristiwa sedemikian yang nampaknya masih berterusan, namun yakinlah segalanya itu di ketahui oleh Allah swt serta malaikat-makaikat yang mencatat kemungkaran dan kebaikan yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui. 

Mereka yang melakukan kezaliman hanya mampu menipu sesama manusia, tetapi tidak sekali-kali berupaya bagaimana sekalipun untuk memperdaya Allah Azza Wa Jalla! Dan tentunya mereka yang menyokong dan bersekutu dengan mereka yang melakukan kezaliman dan penipuan Allah swt juga telah berjanji bahawa mereka juga akan menghadapi hukuman yang setimpal di hari akhirat! Yakinlah, Allah swt akan memastikan keadilan berlaku! Wasallam.





No comments:

Post a Comment