steadyaku47

Friday, 12 May 2017

Hadi : “Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka ….”

HADI BAWANG ADALAH PEMBOHONG BERSIRI… "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul, pemimpin itu salah, beritahu salah!" Maka izinkan saya untuk memberitahu kepada Hj Hadi dan semua wal'auntanya bahawa terlalu banyak perkara yang tidak betul atau salah yang telah Hj Hadi lakukan selama ini. Terlalu banyak pembohongan yang keluar dari mulut seorang yang bernama Hj Hadi, seorang yang diakui sebagai Tok Alim. Malah ada yang mengangkatnya sebagai Tok Wali yang mempunyai karamah .... Apa-apalah yang korang mahu 'ampu' mengenainya. Cuma nak ajak korang sama-sama fikirkan apakah senarai penipuan Hj Hadi yang saya paparkan di sini ada kebenarannya atau semata-mata fitnah. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sekelumit sahaja yg mampu saya utarakan. 1) Hj Hadi memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram. Sampai sekarang dia tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya. Menurut Ust Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa: Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu. 2) Hj Hadi pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi adun PKR untuk bentuk kerajaan Pas-Umno di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawatan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider. Siapa bohong? Hj Hadi atau Malaysian Insider. Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu? 3) Dato Husam juga turut mencabar Hj Hadi mengenai isu ini tapi Hj Hadi tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP. 4) Hj Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bilamana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor. 5) Hj Hadi mengatakan bahawa Unity Government (UG) lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata “Ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas.” Terbukti, Hj Hadi berbohong. 6) Hj Hadi mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya. 7) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli parlimen. Dalam amanatnya, dia berkata, “Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka ….” Tetapi KINI dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Apa hukumnya Hj Hadi menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah? 9) Hj Hadi pernah berkata, “DAP Berhak Tolak Hudud”. Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak. 10) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri. Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hj Hadi jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan. Adakah bila seseorang itu masuk Pas, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar Pas, maka orang itu jadi penghkianat! Ternyata Hj Hadi telah berbohong kerana dalam perlembagaan Pas Fasal 15 jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain. 11) Hj Hadi fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda, komunis bagai. Tetapi Hj Hadi terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah berunsur fitnah. 12) Hj Hadi menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hj Hadi sendiri yang berkhianat untuk mengUGkan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu!!! Selangor hampir 'kembali' semula kepangkuan Umno jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan PKR

No comments:

Post a Comment