steadyaku47

Wednesday, 24 May 2017

“Lelaki ini gila.....dia gelar saya Bangla"

steadyaku47 comment : Mutalip Nama Saya has again come up with some "interesting" news. This time about KJ and Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail. Saya baca dan tersenyum aja...siapa makan chill dia rasa pedas! 


Nampaknya sudah pun bermula berlaku ledakan dari dalam yang berkemungkinan akan meletop. Seorang Ketua Penerangan dan seorang lagi Ketua Pemuda berjawatan Menteri yang sudah bertembung dipersempangan. Kedua2nya dari kem yang sama dan pastinya punyai misi dan visi yang berbeza.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin‏ hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang menggelarnya sebagai Bangla di Twitter.
“Lelaki ini gila. Dia ada dalam sejarah memalsukan perkara, menipu dan memanggil saya macam-macam.
“Baru sahaja malam tadi dia gelar saya Bangla di Twitter, ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki ini,” katanya.
Semalam, di Twitter Syed Rosli memanggil Khairy dengan gelaran “Steady Mat Bangla” selepas menteri belia dan sukan itu memuat naik foto Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berjabat tangan dengan isteri Donald Trump, Melania.
Hari ini, Syed Rosli menerusi jemputan medianya turut mendakwa bahawa beliau dan keluarganya menerima ugutan bunuh dari Khairy.
Melalui jemputan itu, Syed Rosli akan membuat laporan polis pada jam 3 petang di ibu pejabat polis Ampang Jaya.
Mengulas lanjut Khairy menafikan perkara itu dan katanya tidak ada masa untuk melayan tuduhan Syed Rosly itu.
“Sudah tentu tidak. Jangan buang masa untuk perangai seperti ini,” katanya.







No comments:

Post a Comment