steadyaku47

Loading...

Thursday, 1 December 2016

MELAYU WAJIB BERSATU : Ramai yang berhajat untuk menjadi PM tetapi Allah swt yang maha mengetahui memberi rahmat kepada DS Najib.



 
A repost:

MELAYU WAJIB BERSATU

Sejak kebelakangan ini, suara-suara sumbang terus lantang menyeru DS Najib Razak untuk turun dari tahkta. Malah ada yang tergamak berusaha untuk parti keramat orang Melayu, UMNO, dikebumikan.

Akibatnya, ummah Melayu/Islam di negara ini berpecah belah. Satu keadaan yang diidam-idamkan oleh puak kafir laknat.

Orang Melayu harus prihatin bahawa DS Najib menjadi uli amri kerana dipilih oleh Allah swt. Ramai yang berhajat untuk menjadi PM tetapi Allah swt yang maha mengetahui memberi rahmat kepada DS Najib.

Menentang DS Najib samalah menderhaka kepada tuntutan Allah swt.

Ramai yang menuduh DS Najib telah mencuri wang dari 1MDB tanpa bukti-bukti kukuh dan saksi-saksi terdiri dari lelaki Muslim yang soleh. Mereka kurang peka bahawa semua ini hanya fitnah-fitnah yang direkacipta oleh puak kafir untuk menjatuhkan DS Najib, seorang panglima perang Islam yang terhebat dan melemahkan parti keramat UMNO yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

Penderhaka-penderhaka ini telah lupa tentang jasa-jasa DS Najib yang membawa kecermelangan dan kegemilangan kepada orang Melayu, khasnya dan rakyat Malaysia, amnya.

Tanpa usaha-usaha gigih DS Najib, Malaysia tidak akan dapat kedudukan kedua di dunia sebagai negara yang paling korap. Semoga dengan sokongan padu orang Melayu, negara ini akan menjadi juara dalam masa terdekat.

Isteri beliau, DS Rosmah juga telah mengharumkan maruah orang Melayu. Bayangkan betapa besar kemaluan rakyat Singapura apabila isteri PM Singapura hanya mampu menjinjing tas tangan berharga USD10 dan betapa megahnya orang Melayu apabila DS Rosmah menggondong beg tangan Birkin berharga USD250,000.

Tiada Wanita Pertama di dunia ini yang ikrab dengan bintang-bintang Hollywood sehingga boleh berparti dan berduet dengan mereka, melainkan DS Rosmah.

Dengan naungan DS Najib, seorang pemuda Melayu telah berjaya menjadi penerbit filem terkemuka di AS, sekaligus menggugat monopoli penerbit-penerbit Yahudi.

Kejayaan-kejayaan DS Najib dan DS Rosmah telah menimbulkan rasa iri hati golongan kafir dan mereka berusaha untuk menjatuhkan DS Najib dan DS Rosmah.

Orang Melayu WAJIB bersatu memberi sokongan pads kepada DS Najib untuk mematahkan agenda jijik puak kafir. Dengan sokongan orang Melayu, DS Najib akan kekal sebagai uli amri untuk seribu tahun lagi dan parti keramat UMNO akan kekal memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air: dulu, kini dan selamanya
 ·