steadyaku47

Wednesday 28 December 2016

Sopian Ahmad : Apa tugas dan tanggungjawab jadi seorang mufti? Duduk, makan tidur dan bercakap. Ada kalanya bercakap pun tak ada guna bagi masyarakat.





News Feed

“Mufti nasihat Mahathir beramal di hujung hayat  
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mengeluarkan fatwa bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah wang rasuah dan mencadangkannya supaya beramal.” [Msiakini]

Reaksi saya:
Bukan senang saya nak berkata kata kasar dengan orang yg berpangkat Mufti dan lebih tua dari saya. Tetapi bila saya nampak sesuatu yang tak betul saya perlu menyatakan fikiran saya.
Pada saya, bila seorang Mufti itu berkata demikian dengan merujuk kepada Tun Mahathir makanya Mufti tersebut adalah seorang yang kenal istilah "beramal" hanya sebagai sembahyang, berpuasa, pergi kehaji dan bayar zakat. 
Fikirannya yang cetek dan tak faham perubahan zaman begitu gah bercakap kononnya atas nama mufti sebagai yg arif dalam ilmu Islam sebenarnya ialah seorang yg tidak mengerti tugas dan tanggungjawab membetulkan kesalahan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin yg berkuasa.
Apa tugas dan tanggungjawab jadi seorang mufti? Duduk, makan tidur dan bercakap. Ada kalanya bercakap pun tak ada guna bagi masyarakat.
Ayahanda Tun Mahathir sedang "beramal" seperti yg dikehendaki oleh Allah dan selaras dengan ajaran Islam. Tun Mahathir setelah berjasa membena negara melihat sesuatu yg tidak betul dibuat oleh najib, lalu dia "beramal" semula selepas bersara. Dia sedang beramal untuk menjamin Negara kita tidak runtuh dan jahannam kerana amalan rasuah dalam kalangan pemimpin negara.
Mampukah Mufti Harussani melakukan nya? Apakah sumbangan Mufti Harussani kepada usaha untuk menjamin sebuah kerajaan yg beramanah, cekap dan bersih?
Kalu tidak tahu dan tidak faham isu, baiklah berdiam diri dan jangan ganggu orang lain yg hendak betulkan keadaan.



Lagi cerita Mufti yang bodoh!



steadyaku47: Sexual Congress on Top of a Camel!

steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.com/.../sexual-congre...

Apr 28, 2015 - Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria said that men can always ... 
they're riding on the back of the camel, when the husband asks her, she ...


No comments:

Post a Comment