steadyaku47

Wednesday 4 January 2017

Dato Mohd Arif Abd Rahman...nabbed by SPRM?



KSU KKLW Dato Mohd Arif Abd Rahman, nabed by SPRM this morning.



JUMAAT, 16 OKTOBER 2015 

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dilantik sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu, berkuat kuasa hari ini. 

Beliau menggantikan Datuk Seri Ibrahim Muhamad yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata kelayakan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Mohd Arif akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. 

"Ini selaras dengan misi kementerian dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan," katanya. 

Mohd Arif, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya, menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981. 

Antara jawatan lain yang pernah disandangnya adalah Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Subang Jaya dan Pegawai Daerah Sepang. 


Dalam pada itu, Ali bagi pihak kerajaan Persekutuan, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ibrahim atas segala sumbangan dan bakti beliau kepada perkhidmatan awam serta negara selama lebih 36 tahun. - BERNAMA.



No comments:

Post a Comment