steadyaku47

Monday, 3 April 2017

"Dengan tersenyum lebar dan yakin Denish menjawab maka tentu saya jadi penyokong umno!"




With thanks to Tokaisan Caspian
Seorang guru bertanya kepada murid di dalam kelasnya. Siapa yang menyokong Umno seperti cikgu sila angkat tangan.


Semua murid mengangkat tangan mengikut cikgu mereka dengan harapan mudah mendapat perhatian dari Cikgu mereka nanti kecuali Denish.

Cikgu itu bertanya kapada Denish kenapa awak tak sama dengan rakan sekelas awak? 

Denish menjawab sebab beliau memang tak sokong umno.

Cikgu tanya lagi kenapa Denish tak sokong umno? 

Denish jawab saya sokong Pakatan Harapan.


Cikgu tanya lagi kenapa Denish sokong Pakatan Harapan

Denish jawab sebab ummi saya org PH dan abah saya pun org Pakatan Harapan, maka jadilah saya org Pakatan Harapan.

Sakit hati degan jawapan Denish, lantas cikgu itu bertanya lagi kalau ummi awak orang bodoh dan abah awak orang bangang, maka awak akan jadi apa?

Dengan tersenyum lebar dan yakin Denish menjawab maka tentu saya jadi penyokong umno.