steadyaku47

Thursday, 5 January 2017

A Civil Servant (RTD) Speaks : "Kita adalah orang yg mampu berfikir dan menilai kesalahan, keburukan, rasuah dan penipuan. Yang elok kita sokong. Yang khianat kepada negara kita bantah dan buangkan".



Sopian Ahmad kata: 
Be careful of what you say, civil servants warned.

PETALING JAYA: Civil servants, current and past, have been warned not to issue statements or use their position to slander the Government.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Azalina Othman said civil servants were not allowed to issue statements, publish comments or speak before getting approval from the minister concerned or their respective department heads as stated under Regulation 19 of the Public Officers (Conduct and Discipline).

“Stern action can be taken. The rationale behind the implementation of the rule is to avoid any misunderstanding from unverified sources and misinterpretation of the Government’s decisions. [The Star Thursday, 5 January 2017]

Renongan saya:
Saya bersetuju dengan "nasihat" oleh menteri Azalina seperti diatas. Memang benar sebagai pegawai kerajaan kata kata mereka boleh membawa kesan dalam masyarakat. Jadi peraturan begitu perlu ditaati.

Yang saya rasa tidak senangnya ialah bila pemimpin politik macam menteri ini menyalahgunakan peraturan demikian untuk menyekat dan mengambil tindakan keatas pegawai kerajaan yang berikhtiar membetulkan perbuatan salah yang dilakukan oleh pemimpin politik dalam kerajaan.

Misalnya bila wang 1 MDB atau SRC International diseleweng dan dicuri oleh pemimpin yang tak bertanggungjawab, mereka menggunakan, kononnya peraturan yg perlu diikuti oleh pegawai kerajaan untuk melindungi kelakuan salah yang telah dibuat oleh pemimpin politik itu sendiri.

Mereka ingat kita ini kuda kayu yang boleh ditunggang sesuka hati hantu mereka ka? 

Tidak! 

Kita adalah orang yg mampu berfikir dan menilai kesalahan, keburukan, rasuah dan penipuan. Yang elok kita sokong. Yang khianat kepada negara kita bantah dan buangkan.