steadyaku47

Saturday 6 May 2017

Taman Austin Perdana, Johor Bahru



A netizen believed to be the witness of the incident shared what she saw on Facebook. 

She mentioned how there were cars parks on both sides of the road and the gap was only as big as a Kancil. “There’s no way a car can go through that tight space,” she explained. “I don’t know how long he had been waiting there. Then he started honking, and I followed suit.” “I saw a person waved at the driver asking him to wait for a while. Surprisingly, he continued to honk. Then another person ran out to greet him and asked him to wait for a moment. But he just kept honking. The continuous honking aggravated some of the people and when the prayer ended, someone confronted him and asked why couldn’t he be patient as the prayer was on-going. Instead of replying, the man just continued honking! “When people started scolding the driver, he honked at the people again. He seemed like a very stubborn person. “After that, they started cornering off and damaging his car. He wanted to leave but people just wouldn’t let him. “My car was blocking his way as well and almost hit by him several times. “He was trying to scare them off but didn’t run them over. At the end, he was pulled out of the car and beaten by the angry mob.” After watching the video, Malaysians are divided on the issue. Some say that the driver should be more tolerable and not honking the people, while other say that the road shouldn’t be blocked until impassable.







Kenyataan
Saya perhatikan dengan penuh rasa sesal di atas kejadian di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, siang tadi. Jika tidak di tangani dengan betul, kejadian ini berpotensi mencetuskan pertelingkahan kaum. Sedangkan kejadian ini sepatutnya boleh dielakkan, sekiranya rakyat Malaysia di semua pihak ingat akan Rukunegara ke lima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. 
Saya tahu, sepatutnya ada rasa hormat bagi mereka yang sedang beribadah.
Saya sedar, sebaiknya jangan "double park" sehingga menghalang jalan awam.
Saya maklum, seeloknya bersabar bila diminta bersabar tatkala perjalanan terhalang.
Saya akur, seharusnya beribadah meningkatkan keimanan dan kesabaran.
Namun...kita semua anak Malaysia, tak kira bangsa dan agama, kita semua sama saja - pantang dicabar, pantang berundur sebelum kalah.
Mana pergi kesopanan dan kesusilaan kita? Mana pergi sifat perikemanusiaan antara kita?
Di sini ingin saya menyeru kepada segenap lapisan masyarakat supaya bertenang dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan mereka ke atas kejadian ini. Jangan saling tuduh menuduh tanpa usul periksa. Jangan keruhkan lagi keadaan dengan memfitnah antara satu sama lain. Biar kita sama-sama akui kelemahan kita masing-masing.
Masyarakat Malaysia yang matang akan saling memaafi dan utamakan keharmonian, bukan pertelingkahan. Persoalannya, mampukah kita tunjukkan kepada dunia bahawa masyarakat Malaysia adalah masyarakat madani?
Keputusan di tangan anda.
Tariq Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu






No comments:

Post a Comment