Listem to this articulate, rational and informative hakikat given by this young man about what he has endured from the time of his birth - with no father or mother, from the time he was found in a "tong sampah" in Mentakab Pahang, was adopted by a Chinese family who paid RM$5000 to "buy" him, and through the times he had spent in the care of Jabatan Kebajikan Mayasarakat (JKM) as anak tong sampan, anak luar nikah, anak haram and anak kerajaan.
Spend fifteen minutes of your time on this, and you will, at the end, be richer for knowing how those less unfortunate then us, live their lives.
I salute this young man...able to share with us his life journey that is full with trials and tribulations without any bitterness...only a need to try and have those that come after him, with the same predicament, to not have to go through what he went through.
It is a tale of sexual predators in JKM, and of the Police taking advantage of the girls and the boys for their own sexual gratification. A tale of prostitution and sodomy...and he was brave enough to give us a name...Fazun Abdullah...a worker in JKM whom he personally knows had sodomised three teenagers under his care. (Please see below)...a police report was made...but no action taken by the authorities to punish the guilty.
I thank DFAR for sharing this with us.... Dato Fauzi Abdul Rahman a man of the people, for the people and by the people. Salute saudara!
ARKIB : 04/07/2012
Remaja dakwa diliwat lebih 40 kali
MELAKA 3 Julai - Seorang bekas penghuni Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun di sini mendakwa pernah diliwat sekurang-kurangnya 40 kali setahun sejak berusia 12 tahun sepanjang tiga tahun ditempatkan di institusi perlindungan itu mulai tahun 2005.
Remaja yang kini berusia 19 tahun mendakwa, sepanjang tempoh itu dia menjadi mangsa deraan fizikal dan seks oral yang dilakukan oleh beberapa kakitangan dan penghuni institusi tersebut.
Menurutnya, semua perbuatan itu bagaimanapun terpaksa dirahsiakan kerana setiap gerak-geri penghuni sentiasa diperhatikan bagi mengelak mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
"Selain diliwat oleh seorang kakitangan yang sehingga kini masih bekerja di situ, saya juga mengalami penderaan seksual apabila batang pengelap dimasukkan ke dalam dubur, dipukul dengan batang besi, kayu dan macam-macam lagi hanya kerana melawan tindakan kakitangan terbabit.
"Bayangkan dalam tempoh setahun berada di situ, saya diliwat lebih 40 kali termasuk penderaan seksual sehinggalah akhirnya pada 4 April 2007, saya dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah kerana dituduh melakukan liwat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu, Presiden Persatuan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhammad Khairul Hafiz.
Remaja itu mendakwa, tuduhan liwat terhadapnya dilakukan oleh kakitangan yang meliwatnya sebagai kononnya dia pula yang meliwat salah seorang penghuni di rumah perlindungan itu.
"Ketika disoal siasat polis, saya terpaksa mengaku melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan diliwat dan didera secara seksual jika kembali semula ke situ. Selepas itu saya dipindahkan ke Asrama Akhlak Bukit Baru pada 2 Februari 2008," katanya.
Sementara itu, Muhammad Khairul berkata, beliau mempunyai bukti yang kukuh terhadap dakwaan remaja tersebut tentang berlakunya perbuatan liwat di institusi perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu.
Tambahnya, beliau juga telah membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 27 Jun lalu berhubung dakwaan liwat itu dan turut meminta polis menyiasat semula laporan yang pernah dibuat JKM.
"Antara bukti kukuh yang saya peroleh adalah surat pengakuan daripada salah seorang kakitangan Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz yang melihat berlaku perbuatan liwat oleh empat penghuni rumah itu.
"Sebenarnya, kes ini bukanlah yang pertama, malah saya juga telah merujuk dengan seorang pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang memberitahu terdapat tujuh kes liwat dilaporkan pada tahun ini sahaja," katanya.
Ditanya kenapa mengambil tempoh yang lama sebelum membuat pendedahan itu hari ini, remaja itu berkata, dia tidak tahu saluran yang perlu untuk memberitahu kejadian itu sehingga dia bertemu dengan Muhammad Khairul.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120704/je_01/Remaja-dakwa-diliwat-lebih-40-kali#ixzz4tNnJAPeO
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment