KENYATAAN MEDIA
DSAI DIKEJARKAN KE HKL
Pada jam 2 petang tadi, DS Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat masalah tekanan darah kurang stabil. Beliau kini dalam pemantauan doktor.
DS Anwar turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau.
DS Anwar menggesa semua untuk terus berusaha membawa perubahan. Beliau turut mengingatkan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk memberi keutamaan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat, termasuk isu salah tadbir ekonomi yang perlukan penyelesaian. "Change is imminent!"
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Pengarah Komunikasi KEADILAN
19 September 2017
No comments:
Post a Comment