steadyaku47

Friday, 22 September 2017

Tali leher ini berbunyi dan bersuara.




 (Dikemaskini )

Setiap hari Rabu, seperti semalam, sila buka mata dan ambil perhatian. Dalam LRT, dalam komuter, dalam bas, dalam lif, dalam MRT, dalam pejabat, dalam parlimen atau di mana-mana saja, pandang tali leher yang dipakai si lelaki di depan mata.
Jika si lelaki itu memakai tali leher kuning atau kelabu, tidak ada apa-apa makna. Jika dia memakai tali leher hitam, ini juga tidak ada apa-apa makna. Tetapi jika si lelaki di hadapan mata memakai tali leher merah dan berjalur kecil putih, hitam dan kuning, berwaspadalah. Tali leher yang dipakai oleh si lelaki ini membawa tanda dan makna.
Tali leher ini hanya akan dipakai oleh bekas murid MCKK pada setiap hari Rabu. Mereka ini adalah ahli MCOBA - Malay College Old Boys Associatioan. MCOBA ini adalah satu kumpulan ‘mafia tidak rasmi’ di Malaysia ini.
Mereka berselirat di mana-mana sahaja. Paling jelas mereka bersarang di tampuk-tampuk kuasa. Tidak ada satu jabatan kerajaan, syarikat kerajaan, syarikat swasta atau lembaga apa sahaja yang tidak dijaringi oleh pemakai tali leher jenis ini.
Tali leher adalah tanda setiakawan mereka. Tali leher yang dipakai pada hari Rabu ini adalah tanda untuk mereka mengenal satu sama lain. Tali leher ini membawa makna kesetiaan sesama mereka. Tali leher ini berbunyi dan bersuara.

No comments:

Post a Comment