Tindakan 3 bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Parlimen tidak
melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan, sebaliknya mereka hanya
menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, kata peguam.
“Lagipun, sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan
salah laku (jika ada). Apatah lagi sumpah kerahsiaan itu bukan satu
undang-undang, cuma peraturan atau etika dalam kerajaan.
“Lebih
penting lagi, kenapa 1MDB begitu kebal sehingga langsung tidak boleh
dipersoalkan, walaupun di Parlimen?” kata peguam lagi
Pihak polis
dilihat mengambil tindakan cukup drastik menyiasat ketiga-tiga menteri
yang berkata benar mengenai penyelewengan wang rakyat melalui 1 MDB
hanya beberapa jam selepas laporan polis dibuat 2 NGO, Jaringan Melayu
Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.
Tindakan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu 1MDB di parlimen setelah gagal mendapat jawapan yang meyakinkan di kabinet wajib dipuji.
Pihak polis supaya tidak seharusnya
membazirkan tenaga dan masa mereka untuk menemuramah Ahmad Husni hanya
kerana beliau berkata benar mengenai penyelewengan wang rakyat.
Sebaliknya, polis perlu terus menyiasat kes 1MDB yang sudah tertangguh
lama. Malah, pada 20 Oktober lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar berkata polis masih pada tahap mengesan saksi bagi melengkapkan
kertas siasatan berhubung 1MDB.
Soalan Ahmad Husni sebenarnya
perlu dijawab polis dan Peguam Negara, dan bukannya pihak berkuasa
sebaliknya membawa beliau untuk disoal siasat. Ahmad Husni membangkitkan
soalan iaitu:
Mengapa kita tubuhkan 1MDB?
Dalam konteks
itu mengapa kita letak lebih kurang RM16 billion dalam Aabar PJS Limited
yang bukan dimiliki oleh International Petroleum Investment Company
(IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja yang didaftar di
British Virgin Island?
Mengapa tindakan undang-undang tidak
diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit di tempat yang
tidak betul? Dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini
kerana penyelewengan wang tersebut?
Jika seorang menteri kewangan
kedua seperti Ahmad Husni yang bekerjasama dengan menteri kewangan
pertama - yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - tidak
mempunyai hak untuk bertanya di parlimen, apakah lagi rakyat biasa yang
inginkan kebenaran mengenai isu 1MDB didedah?
Jika Ahmad Husni
perlu disoal siasat, seluruh kabinet juga perlu disoal siasat – apakah
mereka dengan sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB?
Apakah Najib menggunakan polis untuk menakut-nakutkan ahli parlimen supaya jangan menyentuh isu 1 MDB?
Senario Siasatan Polis mengenai 1 MDB
14 Apr 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan penyiasat
diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Bakar. Siasatan akan
dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun
Keseksaan sekiranya terdapat unsur pecah amanah dan tipu.
19
Ogos 2016 - Polis telah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung
1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlandaskan lima syor Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen.
20
Oktober 2016 - Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis sedang giat
mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan mengenai 1MDB.
Related Posts:
No comments:
Post a Comment