steadyaku47

Thursday, 30 March 2017

KHAIRUDDIN ABU HASSAN : "Sekarang saya nak tanya haji hadi awang, nik abduh nik aziz, haji hashim jassin serta beberapa orang lagi tokoh ternama PAS; apa macam?!"


SAYA DAH KATA JANGAN PERCAYA PARTI NAJIB DAN BARISAN NASIONAL!!

Dari awal lagi saya dah kata pada PAS jangan percaya pada parti najib dan BN kerana mereka kaki penipu serta cakap berbelit-belit!!
Baru-baru ini timbalan perdana menteri mengesahkan kerajaan kleptokrasi membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu.

Konon kata dato seri zahid hamidi bahawa perdana menteri komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut tanpa ganggu gugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.
Apakah parti najib dan BN berani mengambil risiko untuk membentangkan RUU 355 di saat semua komponen BN telah memberi amaran bahawa mereka kemungkinan keluar dari gagasan BN sekiranya rang undang-undang ini dibentangkan oleh kerajaan kleptokrasi!!
Yang paling mulut celupar menentang keras pembentangan RUU 355 adalah parti MCA!! Tetapi yang menghairankan saya puak kaki bodek minda lemah otak udang umno tidak melabel MCA sebagai parti perkauman pulak?!
Yang selalu dipersalahkan oleh puak umno bangang ialah DAP!! Sebenarnya yang menjaga orang-orang melayu serta kesucian agama islam secara terbaik mungkin di pulau pinang adalah parti DAP.
Saya tahulah kerana berasal dari pulau pinang.
Sekarang saya nak tanya haji hadi awang, nik abduh nik aziz, haji hashim jassin serta beberapa orang lagi tokoh ternama PAS; apa macam?!
Hj hadi awang nak lihat apa lagi?! Nak lihat draf apa lagi?! Apa yang hj hadi awang kata PAS tak anggap itu muktamad?!
Perdana menteri paling korup sudah kata dewan tertinggi BN telah memutuskan kerajaan kleptokrasi tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.
PAS sudah kena kelentong!! PAS sudah kena main!! Hakikatnya, PAS dengan umno macam air dengan minyak!! Mana boleh bersatu!!
Sudahlah haji hadi awang; insaflah dan baliklah ke pangkuan barisan pembangkang untuk tumbangkan kerajaan kleptokrasi yang tidak amanah pada keseluruhan bangsa, agama serta tanahair.
Jangan percaya lagi pada parti najib dan BN!! Jadikanlah ini sebagai satu ikhtibar serta pengajaran pada parti PAS yang sudah dikelentong oleh mereka!!
PAS adalah sebahagian daripada barisan pembangkang selama puluhan tahun; jadi lebih baik PAS balik ke pangkuan Pakatan Harapan yang lebih selari serta seragam dengan wadah perjuangan PAS kearah selamatkan malaysia demi kesejahteraan masa depan rakyat.
Janganlah biarkan diri PAS diperbodohkan secara berterusan oleh parti najib dan BN!!
Sesungguhnya, saya amat simpati dengan PAS serta beberapa orang tokoh pemimpinnya dalam isu RUU 355 ini.
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
30 Mac 2017