steadyaku47

Sunday, 26 March 2017

MUKHRIZ MAHATHIR : Mungkin Sdr kurang arif mengenai makna debat.

Setelah saya menyambut cabaran Haris Che Mat utk berdebat mengenai kekayaan saya yg katanya mencecah berbilion ringgit, saya dimaklum oleh seorang rakannya bhw syarat utk debat antara kita ialah:-
1) Dia akan pilih moderator
2) Soalan hanya akan dituju kpd saya shj. Saya tidak boleh tanya apa2 soalan kpd Haris
Sila sahkan berita ini, Haris. 

Bila Sdr lontarkan cabaran itu dlm sidang media semalam, Sdr kata nak debat. Mungkin Sdr kurang arif mengenai makna debat. 
Sekali lagi saya ulangi, kalau benar nak debat, saya cadangkan 29/3 malam di kawasan Sdr sendiri iaitu Pokok Sena. Sila uruskan dewan dan permit jika perlu. Maklumlah, kalau kami yg uruskan tentu ada banyak halangan. 
Mukhriz Mahathir
Bekas boss Sdr




RJ Doakan Saudara Haris Che Mat cepat sembuh dan bersedia meneruskan CABARAN DEBAT yang Beliau CADANGKAN :
Pada 29hb Mac 2017 ini untuk berdebat dengan Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir 
Sama-sama kita doakan Haris.
CopyPaste : Rakyat Jelata