steadyaku47

Wednesday 13 September 2017

Kelohan sa orang sahabat ku : Dalam surat khabar cina hari ni....


Dalam surat khabar cina hari ni, kalau pandai, sila beli & baca akhbar "China Press". Muka depan atas sekali sebelah kanan cerita pasal masalah ekonomi Malaysia semakin teruk dgn nilai matawang jatuh, harga barang semakin naik.
Mereka menasihati bangsa dia ikat perut dan berjimat dengan tidak membeli barangan yang tidak perlu. Sedangkan akhbar & majalah melayu kita termasuk Utusan, URTV, Mangga dll hanya menyiarkan hiburan, artis baru naik, kahwin cerai artis, kemalangan, bom sana sini, dadah, dan lain2 yg remeh temeh melekakan Melayu. Mereka tidak menyiarkan tajuk demikian kerana takut rakyat panik.
Semua jenis pernivgagaan terutama kain baju hilang pendapatan lebih 50℅ termasuk Sogo. Pusat perniagaan Nilai 3 di Seremban sepi, tokey besar pening, sumber dari tokey pakaian di Pertama Complex. Bank dah pun mula tutup cawangan2 untuk kurangkan kos operasi. Mula2 Maybank kemudian CIMB dan kemudiannya pasti diikuti oleh bank2 lain. Ekonomi mungkin akan meleset lagi. Kalau dikaji tentang putaran ekonomi yang meleset setiap 10 tahun sekali memang kita sedang menghampiri. 1988, 1998, 2008 dan kini 2018.
Oleh itu para sahabat, pakailah kereta yang ada, duduklah rumah yang ada, tangguh melancong dulu sebab cash amat perlu ketika ekonomi tak menentu. Mungkin sebahagian simpan dalam bentuk saham @ emas. Nak beli rumah baru, tunggu sat, nanti dia akan jadi murah yang amat sangat. Masa tu belilah. Sekadar ingatan buat diri sendiri & teman2 ku semua. 
Surat khabar berbahasa melayu tetap mengatakan ekonomi negara stabil dan berkembang....

Fauzi




No comments:

Post a Comment