Kepada
Steadyaku47,
Saya adalah salah seorang pembaca setia artikal tuan
serta selalu mengikuti artikal2 yang tuan tulis di laman web tuan. Saya
ingin menghantar email diatas kepada tuan untuk meneliti serta bagi komen serta
uploadkan di laman web tuan supaya pihak seperti kami dapat meluahkan perasaan
kami yang selalu kecewa dengan pihak2 syarikat telekomunikasi yang sering
mengambil kesempatan daripada pelanggan mereka. Saya walaupun membuat
aduan kepada pihak2 berwajib (agency kerajaan) tetapi tidak ada mana2 pihak
yang mengambil tindakan. Saya berharap tuan dapat memberi komen kepada email
saya.
(Saya menghantar email ini dibeberapa laman web supaya
semua orang yang menghadapi masalah yang sama boleh memberi komen kepada emai
saya)
Sekian terima kasih.
Fw: TM Streamyx Syarikat Taraf 5
Bintang Tetapi Sistem Sokongan Teknikal Standard Kaki Lima
TM
Streamyx Syarikat Taraf 5 Bintang Tetapi Sistem Sokongan Teknikal Standard Kaki
Lima
20 October 2009 3:31:55 PM
From:
To:
Saya adalah salah seorang
peniaga kecil-kecilan serta pelanggan malang syarikat TM Streamyx yang sering
menghadapi masalah bila berurusan dengan pihak streamyx apabila wujud masalah
dengan talian Streamyx yang sering tak stabil/lembab. Walaupun saya tak berpuas
hati dengan talian yang lembab dan sering tak stabil, saya terpaksa menggunakan
perkhidmatan TM Streamyx (talian tetap tunggal dinegara ini) kerana perniagaan
saya bersangkut-paut dengan bidang IT. Setiap kali saya membayar bil streamyx,
saya berasa seperti membayar untuk perkhidmatan setaraf seperti perniagaan
pasar malam dengan bayaran begitu mahal.
Kebelakangan ini, kami sering menghadapi masalah dengan talian streamyx yang
terus putus dan kami sering tidak dapat access internet membuatkan kami
kerugian dalam perniagaan kami. Masalah ini kami hadapi setiap bulan. Apabila
saya menghubungi talian 100 untuk membuat aduan supaya masalah kami dapat
diselesaikan dengan segera. Sebagai peniaga kecil-kecilan serta dengan keadaan
ekonomi sekarang kami selalu tertekan dengan jawapan pihak streamyx yang tidak
langsung bertanggungjawab pada pelanggan mereka. Pihak streamyx mempunyai
berbagai-bagai jenis jabatan/bahagian tetapi saya berasa tidak walau satu
jabatan pun membuat tindakan dengan segera yang menunjukkan mereka ini serius
dalam kerja-kerja mereka. Saya berasa seperti mereka ini memakan gaji buta dan
tidak langsung kisah terhadap syarikat mereka yang menonjolkan diri sebagai
syarikat lima bintang tetapi sistem sokongan teknikal setaraf peniaga kaki lima
ataupun lebih buruk dari itu. Janji-janji mereka kepada peniaga-peniaga seperti
saya serta pelanggan tak berkorporat seperti berikut, mengikut turutan
panggilan:
1.
Dail
100-pilih bahasa-pilih jabatan mana dan menunggu.
2.
Akan
dijawab oleh pekerja streamyx: kena sebut nama, acc streamyx, no telepon
bimbit, no talian tetap.
3.
Setiap
kali masalah dengan talian streamyx kena mengulang balik prosidur-prosidur yang
sudah basi dan kita ikuti juga dalam keadaan terpaksa walaupun pelanggan yang
buta IT boleh pandai IT.
4.
Cuba
periksa modem, network card, talian telepon, dail manual dan jika gagal
5.
Mengambil report dan memberi nombor report
6.
Tidak
ada apa-apa tindakan selagi pelanggan tidak mengambil tindakan sendiri
menghubungi mereka dan memaki-hamun. Yang hairanya katakan kali kedua kita
menghubungi mereka, kita disuruh oleh mereka untuk mengulangi prosidur ke-empat
seperti diatas, mereka ini tak tahu ke nak periksa sistem komputer mereka?
7.
Janji:
Dapat selesaikan masalah dalam 2 hari kerja (peniaga seperti saya rugi pun tak
apa, kena juga menunggu 2 hari)
8.
Janji:
24 jam dapat selesaikan masalah
9.
Alasan:
Masih dalam siasatan
10.
Alasan:
Masih dalam siasatan tahap 2
11.
Alasan:
Masih dalam siasatan tahap 1
12.
Alasan:
Pekerja teknikal cuti (pelanggan rugi pun tak apa)
13.
Alasan:
Saya tidak dapat memberi jawapan tepat sekarang
14. Alasan: Kami
tidak boleh bagi direct line dengan ketua-ketua kami (ketua tengah tidur atau
main golf pasal itu kot)
Perhatian: (Rumusan saya
pada talian 100 ialah mereka ini tidak dapat menolong menyelesaikan
masalah pelanggan, mereka hanya memberi janji kosong atau alasan taraf budak
sekolah tadika) – nasihat saya kepada TM tolong tutup jabatan yang hanya tahu
memberi alasan dan janji-janji kosong kerana mereka hanya makan gaji buta
dengan duit kami
Pada 18 september 2009 talian internet tidak langsung stabil iaitu pada pukul
10am kami membuka perniagaan kami , pada pukul 1pm talian streamyx terus putus
dan kembali pulih pada waktu mala m bergantung berapa kali kami menghubungi
pihak streamyx (100) dan memarahi mereka berkali-kali baru kami dapat kembali
talian streamyx. Pada hari seterusnya berlaku juga perkara yang sama sehingga
pada 24 Septembar 2009 talian streamyx putus pada pukul 1pm dan terus seperti
itu sehingga kini. Apabila kami menghubungi pihak streamyx mereka memberitahu
kami bahawa pihak teknikal sedang membetulkan/ membaiki sehingga kini
(ada seorang pekerja TM Streamyx berkata technician mereka masih cuti lagi) dan
itulah jawapan yang sering saya dapati daripada mereka. Sehingga kini saya
tidak tahu-menahu bilakah talian akan dipulihkan dan saya sebagai peniaga
kecil-kecilan sedang mengalami kerugian (berpanjangan) pada setiap hari. Bagi
mereka tak apa pelanggan yang rugi bukan syarikat rugi. (Talian dipulihkan
dalam 2 jam sahaja pada hari kesebelas)
Saya sangat hairan kenapa
pihak teknikal tidak langsung cuba menghubungi kami dan memaklumkan kepada kami
apakah masalah dan mengapa masalah ini berpanjangan. Kalau ada yang hubungi pun
untuk memberi alasan sedang dalam proses membaiki tetapi keadaannya tetap
sama, tidak ada talian internet (internet connection). Setiap kali saya hubungi
pihak streamyx (100) mereka akan bertanya adakah nombor telepon bimbit saya
betul seperti dalam sistem mereka dan setiap kali itulah saya bagitau mereka
itulah nombor telepon bimbit saya. Tidak ada ke seorang pun di pihak streamyx
yang bertanggugjawab dan mengambil perhatian terhadap masalah pelanggan/
peniaga malang seperti kami? Saya boleh jamin ramai pelanggan yang sangat
tidak berpuas hati dengan perkhidmatan streamyx dan sistem sokongan teknikal
mereka kerana, pada akhir bulan kami tetap kena membayar bil TM walaupun
perkhidmatan yang tidak memuaskan hati kami ataupun perkhidmatanya pada bulan
berkenaan langsung tidak boleh guna pada beberapa minggu. Bagi pihak TM janji
hujung bulan bayaran dibuat tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pelanggan
seperti kami.
Saya pernah mengalami masalah sebegini setahun lalu dan membuat rayuan
(menghantar surat) kepada pihak streamyx supaya memberi pampasan diatas
kerugian yang saya alami terhadap perniagaan saya dan saya begitu terkejut
dengan cara bagaimana pihak streamyx memberi pampasan kepada peniaga yang
mengalami kerugian kerana disebabkan oleh perkhidmatan mereka. Pihak TM
Streamyx membuat kiraan daripada jumlah bayaran bulanan bil bahagi 30 hari,
itulah pampa san dan mereka menolak dari bil bulanan saya. Bermakna katakan
saya kerugian beribu disebabkan oleh talian streamyx mereka, tetapi pihak
streamyx hanya menolak dari jumlah bil bulanan bahagi 30 hari (Surat yang
saya hantar kepada pihak Streamyx kali ini pun sama juga iaitu pampasan untuk
10 hari RM19.80). Ini bukankah namanya menganiaya peniaga-peniaga
yang bergantung sepenuhnya kepada talian internet?
Jika tidak membayar bil, talian akan dipotong, surat merah akan sampai,
diganggu pihak pengutip wang seperti gaya along. Jika kita tidak membayar serta
berdegil mereka akan ugut akan tarik kita ke mahkamah dan sebagainya. Tidak
pernahkah pihak TM mengkaji mengapa ramai yang tidak ingin membayar bil yang
tertunggak. Adakah pihak TM tidak tahu ata u buat-buat tidak tahu bahawa orang
yang tidak ingin membayar bil tertunggak mereka kerana mereka tidak berpuas
hati dengan layanan serta perkhidmatan taraf sungguh memalukan walaupun mempunyai
standard syarikat lima bintang?
Saya ingin
menasihatkan pihak TM tidak ada gunanya membuang duit membina bangunan pencakar
langgit yang unik untuk menunjuk-nunjuk, menukar gaya canggih kedai telekom,
menukar logo, menukar signboard canggih, membuka jabatan sokongan baru, membuka
pejabat ditempat-tempat canggih, membuat iklan yang bertaraf antarabangsa
tetapi pada penghujungnya saya tidak dapat bezakan syarikat taraf kaki
lima dengan syarikat TM. Tolong gunakan duit itu untuk menaik-taraf
bahagian teknikal.
Saya berharap
pihak TM menaik-taraf sistem sokongan teknikal mereka tahap sekurang-kurangnya
taraf nasional, tidak perlu taraf antarabangsa pun tak apa serta memberi
sokongan terbaik kepada pelanggan-pelanggan setia mereka. Jangan asyik membuang
masa dan tenaga untuk menonjolkan reka bentuk bangunan dan gaya yang canggih
sahaja. Jangan hanya memikirkan bagaimana hendak membuat keuntungan atas
angin sahaja tetapi membuat keuntungan dengan cara memberi dan menerima dengan
cara yang lebih beretika.
Sikap sambil lewa pekerja-pekerja TM ini harus diberi perhatian yang sangat
serius dan harus ditegur oleh ketua-ketua mereka. Pihak TM harus menghantar
pekerja-pekerja mereka termasuk ketua-ketua jabatan serta CEO untuk meng hadari
kursus-kursus motivasi, mengajar mereka betapa pentingnya pelanggan-pelanggan
seperti kami ini kepada syarikat mereka kerana tanpa kami syarikat TM akan
hilang dari carta bursa saham dengan kerugian berjuta ataupun berbillion
ringgit kerana sikap tidak professional mereka. Kerana sikap beginilah
syarikat-syarikat berbillion dollor pernah bankrap dinegara eropah beberapa
tahun dahulu.
Harapan saya TM cepat mengubah system sokongan mereka dan memberi perkhidmatan
yang adil dan memutu dengan apa yang kami membayar pada setiap bulan kepada
mereka, sebelum kami sebagai pelanggan terpaksa memboikot beramai-ramai
sehingga TM mengubah sikap sambil lewa mereka. Setiap kali surat begini
terkeluar dalam surat khabar atau internet, pihak TM Str eamyx tergesa-gesa membalas
surat seperti ini dengan memberi alasan murahan atau berwayang kononya pihak
streamyx akan membuat siasatan (baru nak siasat) dan ambil tindakan secepat
mungkin setiap kali ada orang menghantar email itulah janji mereka kepada
pelanggan malang mereka. Saya pun merasa itulah jawapan paling murah mereka
boleh janjikan pada pelanggan mereka pada masa yang akan datang tanpa apa-apa
perubahan atau tindakan pun. (Surat yang baru-baru ini pun itulah janji
pihak TM kepada kami, tetapi semalam iaitu pada 19 0ktober 2009 talian internet
putus lagi) Semoga janji-janji kosong anda menjadi kenyataan dan harapan kosong
kepada kami sebagai pelanggan malang.
Saya sebagai
rakyat Malaysia, peniaga kecil-kecilan serta pengguna teraniaya juga berharap
pihak kerajaan memandang serius perkara ini supaya peniaga-peniaga kec il
seperti saya tidak mengulung tikar dalam masa terdekat ini kerana sikap tak
professional syarikat-syarikat seperti ini menjalankan perniagaan mereka dengan
memikirkan keuntungan sendiri tanpa mempedulikan masalah pelanggan mereka. Saya
berharap pihak kerajaan boleh memberi kami pilihan yang terbaik dengan meluluskan/memberi
peluang kepada syarikat-syarikat telekomunikasi lain untuk memberi
saingan sihat kepada syarikat-syarikat seperti ini supaya pelanggan seperti
kami ada peluang memilih produk/perkhidmatan yang terbaik kepada kami. Apabila
syarikat tertentu memonopoli pasaran, beginilah kualiti yang kami sebagai
pelanggan perlu hadapi. Marilah kita menghayati seperti kata-kata Perdana
Menteri tercinta kita Datuk Seri Najib Tun Razak “Kita akan sama-sama
melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat
Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”. Harapan besar saya
ialah, pihak kerajaan dapat mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat
seperti ini dengan memberi keutamakan kepada rakyat dan negara dengan semangat RAKYAT
DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Update
terbaru: Talian Internet putus kembali semalam iaitu 19-10-2009 waktu petang
serta mereka berjanji akan memulihkan dalam masa 24jam. Kami menghubungi pihak
100 pada waktu pagi hari ini iaitu 20 oktober 2009 dan kami disuruh oleh mereka
untuk pergi ke kedai TM untuk membuat aduan! kami tidak tahu bila pekerja
TM kerja kembali serta memulihkan talian internet untuk kami. Persoalan saya
kali ini:
1. Berapa
harikah kami harus menunggu serta menanggung kerugian kali ini?
2. Adakah
pampasan sama juga?
3. Bila
pekerja TM akan bekerja?
4. Untuk apa
talian 100 kalau pelanggan harus pergi ke kedai TM untuk membuat aduan?
5. Bila TM akan mengubah
sikap “memberi alasan”?
6. Bila
syarikat TM berhenti membuat keuntungan atas angin?
Sekian, terima kasih!
Yang benar,
Pelanggan teraniaya yang terlalu kecewa
Ini bukan cerita baru tentang Streamyx, ini cerita lama, cuma yang baru ialah komplen dan aduan, sedangkan perkhidmatan pelanggan Telekom Malaysia (TM) tetap berada di tahap lama, tahap yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil S.N.A.F.U - Situation Normal All Fuck Up, namun SNAFU inilah yang membolehkan TM berterusan mengeluarkan laporan tahunan yang semakin tahun sentiasa UNTUNG (dalam Bahasa Indonesia dipanggil TUTUT - Tanpa Usaha Tetap Untung Terus) malah telah menjadikan seorang CEOnya, Abdul Wahid Omar (atau nama manjanya AWO) memenangi anugerah CEO of The Year beberapa tahun yang lalu sebelum dia menjawat jawatan baru di Maybank sekarang.
ReplyDeleteKalau nak tahu inilah dia Telekom Malaysia yang mewarisi semua stesen-stesen pemancar telekomunikasi yang diwasiatkan dari bapanya Jabatan Telekom Malaysia sebelum bertukar menjadi sebuah badan koporat (atau keparat)yang bernama Telekom Malaysia Berhad.
Masalah Streamyx memang tak akan selesai dalam tempoh terdekat walau setimbun mana aduan pun TM sudah lali, tuli dan "immune" dengan aduan sedemikian rupa. Sebabnya pertelagahan dalam TM yang sekian lama tak pernah selesai di kalangan kakitangannya sendiri antara NUTE (National Union of Telekom Employees) dan pihak pentadbiran TM.
Kita ada pilihan ke? Bukan kah kita ada Celcom, Maxis dan Digi? Tapi Celcom sudah jadi milik TM. Namun kalau Maxis dan Digi pun menyewa stesen-stesen pemancar TM, maka apa makna itu semua kalau nanti masalah yang sama juga yang akan timbul. Yang baik mungkin menggunakan Wireless Broadband, tapi tak tahulah macam mana pula nak buat bisnes yang boleh untung dengan menggunakan Wireless Broadband.
Terlanjur saudara telah membuat aduan sebegini panjang lebar penuh dengan butir terperinci, apa kata kalau saudara boleh dokumenkan segala bukti gangguan perkhidmatan yang saudara alami sebagai bahan bukti untuk saman TM di mahkamah.
Diaorang ni selagi tak masuk court tak akan celik. Bila dah jadi kes mahkamah bukan TM aja yang gelabah, kerajaan BN ni pun akan gubra tak tahan dengan kesan sampingannya. Cubalah.
Ini bukan cerita baru tentang Streamyx, ini cerita lama, cuma yang baru ialah komplen dan aduan, sedangkan perkhidmatan pelanggan Telekom Malaysia (TM) tetap berada di tahap lama, tahap yang dalam bahasa Inggerisnya dipanggil S.N.A.F.U - Situation Normal All Fuck Up, namun SNAFU inilah yang membolehkan TM berterusan mengeluarkan laporan tahunan yang semakin tahun sentiasa UNTUNG (dalam Bahasa Indonesia dipanggil TUTUT - Tanpa Usaha Tetap Untung Terus) malah telah menjadikan seorang CEOnya, Abdul Wahid Omar (atau nama manjanya AWO) memenangi anugerah CEO of The Year beberapa tahun yang lalu sebelum dia menjawat jawatan baru di Maybank sekarang.
ReplyDeleteKalau nak tahu inilah dia Telekom Malaysia yang mewarisi semua stesen-stesen pemancar telekomunikasi yang diwasiatkan dari bapanya Jabatan Telekom Malaysia sebelum bertukar menjadi sebuah badan koporat (atau keparat)yang bernama Telekom Malaysia Berhad.
Masalah Streamyx memang tak akan selesai dalam tempoh terdekat walau setimbun mana aduan pun TM sudah lali, tuli dan "immune" dengan aduan sedemikian rupa. Sebabnya pertelagahan dalam TM yang sekian lama tak pernah selesai di kalangan kakitangannya sendiri antara NUTE (National Union of Telekom Employees) dan pihak pentadbiran TM.
Kita ada pilihan ke? Bukan kah kita ada Celcom, Maxis dan Digi? Tapi Celcom sudah jadi milik TM. Namun kalau Maxis dan Digi pun menyewa stesen-stesen pemancar TM, maka apa makna itu semua kalau nanti masalah yang sama juga yang akan timbul. Yang baik mungkin menggunakan Wireless Broadband, tapi tak tahulah macam mana pula nak buat bisnes yang boleh untung dengan menggunakan Wireless Broadband.
Terlanjur saudara telah membuat aduan sebegini panjang lebar penuh dengan butir terperinci, apa kata kalau saudara boleh dokumenkan segala bukti gangguan perkhidmatan yang saudara alami sebagai bahan bukti untuk saman TM di mahkamah.
Diaorang ni selagi tak masuk court tak akan celik. Bila dah jadi kes mahkamah bukan TM aja yang gelabah, kerajaan BN ni pun akan gubra tak tahan dengan kesan sampingannya. Cubalah.
Pilihlah kerajaan Barisan Nasional....Rakyat dibelakangkan, pencapaian dilongkangkan!
ReplyDelete