steadyaku47

Monday, 19 May 2014

A Kadir Jasin : Implikasi Saman Ke Atas Media Massa.

steadyaku47 comment: This Kadir Jasin article in Malay is so wonderfully written in Bahasa that that alone is reason enough to read it....though its contents is also illuminating! Too good not to share it with those of you who stop by my blog. Syabas Pak and thank you.


SUNDAY, MAY 18, 2014

Implikasi Saman Ke Atas Media Massa


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

NOTA KEPALA: Untuk mengelak saya dan para pembahas beridentiti blogger dikenakan saman atau tindakan-tindakan lain, saya mohon pembahas berhati-hati. Saya pun manusia juga. Ada perasaan takut. Lagipun, sebagai blogger bebas, mana saya nak cari duit kalau kena saman. Jadi mohon maaflah kalau ada komen saudari dan saudara yang tak dapat saya siarkan.

DALAM dunia tanpa sempadan yang dipacu oleh Internet dan komunikasi global, tidak ada malam dan tidak ada siang.

Ketika saya sedang melawan “gangguan ritma harian” – istilah bahasa Melayu DBP bagi “jet lag” – sekitar jam dua pagi di H2Hotels, Munich, Jerman, pada 17 Mei, saya menerima panggilan melalui telefon bersel dari seorang wartawan Malaysian Insider.

Dia meminta ulasan saya mengenai ancaman saman malu Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Umno terhadap portal berita Malaysiakini. (Baca di sini).

Antara separuh sedar, saya berkata itu hak Perdana Menterilah. Tetapi lazimnya sebelum seseorang mengemukakan saman malu ke atas sesebuah organisasi berita ada beberapa langkah yang boleh diambil dan perlu dibuat.

Mengikut undang-undang dan kelaziman di negara-negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan akhbar, hak mencetak atau “the right to publish” adalah hujah mempertahankan diri yang kuat sekiranya diheret ke mahkamah. Itu pada zaman sayalah. Sekarang mungkin sudah berubah.

Serentak dengan itu, etika kewartawanan memberikan hak menjawab (right of reply) kepada pihak-pihak yang berasa kepentingan atau imej mereka telah dicemarkan oleh laporan media massa.

Sepanjang saya menjadi pengarang, saya tidak pernah dikenakan saman secara peribadi. Dikenakan saman secara berkumpulan perkara biasalah bagi seorang pengarang media.

Selain memahami dan melaksanakan undang-undang berkaitan media massa, saya memberi sepenuh ruang dan peluang kepada pihak-pihak yang berasa mereka telah disalah lapor dan imej mereka tercemar untuk menjawab.

Antara yang menggunakan hak menjawab ketika saya menjadi pengarang akhbar-akhbar bahasa Inggeris Kumpulan New Straits Times termasuklah anggota kabinet. Yang sampai menangis pun ada. Saya siarkan setiap patah yang mereka tuliskan tanpa suntingan, termasuk salah ejaan dan tatabahasa.

Hanya sekali saya dikenakan saman malu secara peribadi iaitu oleh peguam Mohd Zaid Ibrahim kerana tulisan saya dalam blog ini. Beliau kemudian menarik baik saman itu “atas dasar persahabatan”. Itu pun saya terpaksa membelanjakan belasan ribu ringgit untuk yuran guaman.

Lazimnya media massa kita akan memberikan ruang kepada pihak yang tidak puas hati untuk menjawab. Cuma, entah mengapa, tidak ramai yang menggunakan hak itu. Sebaliknya mereka lebih cenderung mengemukakan saman atau mengenakan ancaman undang-undang.

Ada yang berpendapat mereka tidak menggunakan “right of reply” kerana mereka tidak yakin media massa akan menyiarkannya atau kalau disiarkan pun khalayak mungkin tidak yakin.

Mereka beranggapan khalayak akan lebih percaya kalau mereka mengemukakan saman atau mengeluarkan surat tuntutan melalui peguam. Lagi pun sekarang ini di negara kita ada ramai peguam yang berlumba-lumba mencari kerja.

Ada pihak yang menggunakan saman malu atau ancaman undang-undang sebagai cara untuk menyekat media massa daripada terus menyiarkan laporan yang tidak positif atau memburukkan imej mereka.

Contohnya sebelum ini kita lihat ramai pemuka politik Pakatan Rakyat mengemukakan saman malu ke atas akhbar dan stesen TV yang mereka anggap memihak kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

Kalau benar Perdana Menteri benar mengemukakan saman malu ke atas portal berita Malaysiakini maka kita mungkin melihat pemuka politik BN menggunakan taktik yang serupa dengan PR terhadap organisasi media yang mereka anggap tidak memihak kepada mereka.
Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment