steadyaku47 comment : Yesterday I posted "Tabek Tuan" in which I applauded the MACC special operations director Datuk Bahri Mohd Zin for saying out loud that MACC is "likely" to challenge the AG's decison to have Najib's "Donation" file stamped NFA (No Further action).
Today I see that the orders are already out to intimidate and harass Datuk Bahri Mohd Zin's ......starting via his wife, Datin Noor Haslina Abdullah. What is next?
This has been SOP of those who do the bidding of their political masters. Let us hope that there will still be many among us who will say "enough is enough" and no amount of harassment and intimidation will dissuade them from doing what they must to rid us all of this obnoxious, corrupt and bullying Najib led BN government!
Bolehkah Isteri Pegawai SPRM Dedahkan Rahsia Kerajaan Di Facebook?
PADA 3 Ogos 2015 yang lalu,
Pengarah Bahagian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Datuk Bahri Mohamad Zain telah membuat suatu kejutan dengan berkata “saya rasa pihak Polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak Polis melakukannya,” yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider.
Baca selanjutnya mengenai kes berkenaan disini.
Ingatkan isu Datuk Bahri ini akan sepi
dan mengalah begitu sahaja sejurus apabila Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali telah membuat kenyataan rasmi kes dana RM2.6 bilion
dan SRC International Sdn Bhd ditutup.
BACA ARTIKEL BERIKUT : “TIADA SEBARANG KESALAHAN JENAYAH DILAKUKAN PERDANA MENTERI” – PEGUAM NEGARA.
Namun disebalik itu dia ‘kembali’
membuat serangan kali kedua keatas kerajaan khususnya Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dengan tidak menunggu komen atau jawapan
dari Ketua Pesuruhjaya SPRM, Bahri terus membuat kenyataan secara
tiba-tiba bahawa pihaknya (SPRM) akan sedaya upaya menyiasat Najib Razak
juga dalam kes dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.
Kenyataan Bahri telah disiarkan dalam The Malaysian Insider.
Itu satu hal yang sudah ramai ketahui,
tetapi ada lagi satu hal yang mungkin orang ramai masih tidak tahu iaitu
mengenai isteri kepada Bahri yang seolah-olah menjadi cybertroopers buat suaminya di media sosial menyerang dan memaki hamun Najib Razak.
Isteri Bahri, Datin Noor Haslina Abdullah
antara orang yang paling banyak mengeluarkan status di Facebook
menghentam Kerajaan, Peguam Negara dan Perdana Menteri baru-baru ini
khususnya mengenai isu berkenaan.
Ya tidak hairanlah seorang isteri
memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap suaminya, namun tindakan
Noor Haslina dalam Facebook dilihat amat keterlaluan dan bukan lagi
untuk menyatakan sokongan terhadap suaminya tersebut.
Penggunaan ayat dan komen-komen Noor
Haslina di Facebook amatlah teruk dan kasar dalam memaki hamun Kerajaan
khususnya Perdana Menteri.
Malah dia juga menggunakan portal-portal
pembangkang sebagai rujukan utamanya dalam mencari maklumat, seterusnya
menjadi modal kepada status Facebooknya untuk menjatuhkan imej Najib
Razak, ia tidak nampak seperti mahu memberi sokongan kepada suami,
tetapi ia dilihat sama seperti penyerang Najib Razak yang lain dalam isu
ini.
Sebagai contoh, Tony Pua, Rafizi Ramli,
Tun Dr Mahathir Mohamed, para penyokong pembangkang dan para penyokong
Mahathir yang menggunakan Facebook memaki hamun Najib Razak mengenai isu
ini.
Jika diamati dan dibaca pada beberapa
status Facebooknya, Noor Haslina seolah-olah meletakkan dirinya dan
suaminya sahaja lah yang paling benar dan tiada orang lain yang berada
di landasan kebenaran kecuali mereka berdua semata-mata.
Ayat-ayatnya juga seolah-olah hanya dia
dan suaminya sahaja yang ada Tuhan, sedangkan pihak ‘lawan’ mereka
seperti Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Perdana Menteri dan Kerajaan
Malaysia hanya ada kuasa namun tiada Tuhan. Adakah ini cakap orang yang
cerdik dan beriman?
Satu lagi perkara yang menimbulkan rasa
sangsi antara mereka berdua ini ialah, bolehkah seorang pengarah atau
pegawai penyiasat menceritakan mengenai bahan-bahan siasatan dan
keterangan rahsia sesuatu kes yang sedang berlangsung itu kepada si
isteri di rumah?
Mana nilai integriti yang wajib dipegang
dan digalas oleh semua penjawat awam dalam menjalankan tugas dan amanah
mereka kepada rakyat dan negara?
Sekiranya Bahri menggunakan bahan-bahan penyiasatannya sebagai salah satu modal untuk ‘pillow talk‘ dengan isterinya, ini bermakna nilai integriti dan sumpah simpan rahsia kerajaan di dalam dirinya itu amat tipis.
Selain daripada penyokong pembangkang
yang banyak berkongsi cerita dari portal pembangkang dan bersetuju
dengan kenyataan-kenyataan pembangkang, Noor Haslina juga dilihat
menyokong Mukhriz Mahathir walaupun dia bukanlah anak Kedah dan cukup
minat dalam hal ehwal politik Malaysia.
Dari gambaran awal dan pemerhatian ini,
ternyata Noor Haslina bukan memperjuangkan sokongan terhadap suaminya
semata-mata, tetapi dia sebenarnya anti kepada Najib Razak dan mungkin
kepada Kerajaan Malaysia.
Namun, persoalan awal yang terus ingin
ditanya adalah, bolehkah penjawat awam menceritakan segala rahsia
Kerajaan kepada isteri dan bolehkah si isteri menceritakan rahsia-rahsia
Kerajaan di media sosial?
Dimana hilangnya integriti isteri dan pegawai tinggi sebuah badan yang bencikan rasuah itu? – Tv14
No comments:
Post a Comment