Bagan Pinang - Satu Tan Sri Dua Datuk
Acara utama telah bermula di Bagan Pinang.
Isa Samad telah berjanji – dengan sebelah tangan di dada dan sebelah lagi di
belakangnya dengan jari bersilang – yang dia akan menang di Bagan Pinang.
Tetapi dia tak akan buat seperti dahulu ketika dia ditangkap mengamalkan
politik wang di dalam UMNO. Ketika itu, dia sendiri yang mengedarkan wang
seperti air –fikirannya siapa yang menerima wang tersebut akan berasa dia
pemurah – dan bila dia dilantik (jawatan dalam UMNO) mereka akan terima imbuhan
yang lain. Dia berjaya dilantik tetapi dia tak sangka Pak Lah berkeras ingin
menghukumnya dan apabila ahli UMNO tahu Isa akan ‘dihukum’ atas politik wang –
mereka yang menerima imbuhan daripada Isa beralih dengan mengatakan Isa telah merasuah
mereka! Seperti bidalan tiada kehormatan di antara pencuri. Isa tidak terkilan
bila dikaitkan dengan politik wang – cuma dia terkilan kerana tertangkap.
Tiada siapa yang akan menangkap Isa dengan
politik wang di Bagan Pinang. Tapi ia masih ada. Banyak sangat sampai perlu
tiga orang untuk mengedarkannya..ianya seperti berikut. Isa dan UMNO tak akan
melakukannya..tak tak tak..tiga orang lain akan melakukannya untuk mereka.
Bukan orang Melayu pun.
Siapa kata UMNO ‘bodoh’..yang lebih sesuai
‘licik’. Jangan fikir UMNO tak licik. Isa/UMNO takkan menggunakan orang Melayu.
Juga bukan duit mereka sendiri (duit kita sebenarnya tapi itu teknikal – hak
milik ialah 9/10 kepunyaan).. dan UMNO dan Isa akan berada jauh daripada
aktiviti memberikan duit kepada orang.
Ada 3 ‘sukarelawan’ Cina yang akan
melakukan kerja tersebut.
Rumusannya, mereka ada tiga tauke Cina..
satu Tan Sri dan dua Datuk yang pernah mendapat keuntungan besar semasa Isa
menjadi MB Negeri Sembilan – untuk membantu mereka di Bagan Pinang. Najib dan
Isa telah meminta mereka - ‘membalas kembali’. Mereka dah untung banyak
daripada ‘lubang’ oleh Barisan, sekarang mereka kena membalas jasa untuk
membantu Isa.
Dulu dengan Pak Lah…dia tak mau tahu
tentang politik wang – kalau tak nampak tu kira tak ada politik wang. Tapi
sekarang najib dan Muhyiddin lain. Mereka tahu apa yang Isa buat bersama
tauke-tauke tersebut dan mereka tahu di masa akan datang tauke-tauke ini perlu
menerima ‘balasan’ daripada ‘sumbangan’ mereka.
Itulah politik wang. Tauke-tauke Cina ini
akan ‘melabur’ dalam kemenangan Isa untuk PRK ini. Isa tahu. Najib dan
Muhyiddin pun tahu. UMNO juga tahu. Siapa nak duit itu pun tahu mana mereka nak
dapatkan duit tersebut. Ianya berbelit-belit dan mereka ingat kita tak tahu?
Saya tahu siapa mereka dan nama mereka
ialah:
Tan Sri Gan
- Dato Chua
- Dato Yap
Siapa pun dalam UMNO Bagan Pinang tahu mana
nak dapatkan duit tersebut. Jadi jika anda nak ke Bagan Pinang dan berminat nak
tahu tentang pengedaran duit atas nama Isa atau UMNO – tak perlu tengok ke Isa.
Cari dimana tauke bertiga ini berada. Tengok mereka atau orang di sekeliling
mereka. Mereka akan berada di seluruh Bagan Pinang dan di coffee house di
hotel-hotel di Port Dickson dan merata tempat lagi yang mereka boleh edarkan.
Kalau badan displin UMNO mengikuti Isa dan
konconya..tak perlulah. Dicadangkan ikut mereka ini:
Tan Sri Dr
Gan Kong Seng
PK Resources Bhd (PLC)
Development of Nilai township.
Dato' Chua Tiong Moon
Era Baru Sdn Bhd.
Property Development/ Investment Holding Company doing business in Negri Sembilan.
PK Resources Bhd (PLC)
Development of Nilai township.
Dato' Chua Tiong Moon
Era Baru Sdn Bhd.
Property Development/ Investment Holding Company doing business in Negri Sembilan.
Dato'
Yap Kat Boon
Different
companies for different projects in Negri Sembilan.
Mostly
JV with Isa's proxies.
|
Tauke Cina bertiga ini bertaruh besar yang
Isa akan menang. Juga UMNO akan menang PRU akan datang di mana mereka akan
mendapat pulangan taruhan ini semula. Tiada had untuk ‘sumbangan’ mereka – Isa
telah diberitahu mereka sanggup memberikan apa saja. Seperti apa yang saya dah
kata sebelum ini, akan ada tikus yang akan berenang ke kapal karam UMNO dan akan
ada konco-konco yang akan membuat kerja kotor untuk Isa dan UMNO.
Kawan sekalian, saya minta anda pastikan
sekurangnya seorang kawan anda baca pos ini. Tolong edarkan pos ini kepada
mereka. Cetak dan edar ke seberapa ramai yang boleh. Saya mahu maklumat ini
diterima kepada semua yang bersama-sama kita. Pastikan ini tercapai! Jika kita
tak dapat haling tauke bertiga ini mengedarkan duit untuk UMNO, untuk Isa –
sekurangnya mereka akan tak senang duduk jika ramai yang tahu tentang pos ini.
Paling tidak pun, mereka akan malu sendiri. Ayuh kita tunjukkan yang kita ini
di pihak yang RAMAI. Bolehkah anda membantu saya, bantu usaha kita di Bagan
Pinang dan bantu kita semua. Mari kita mula SEKARANG!
Itu Tan Sli Chan Ah Chye Developer Talam talak involve ka ? Ol lia sikalang juai kuih tepung talam saja ? Wa mau beli lumah lagi satu sama lia :-)
ReplyDeleteBro,
ReplyDeleteMaseh Orait la, baguih.
Mai pegi Raub pekena gulai 'asam ghong', singgah kat Temerloh, gulai 'tempoyak ikan patin atau jelawat', minum petang di Serah ( Baserah) kita kena Chalong.
Whoi!