KENYATAAN MEDIA DATUK DR.FAUZI MOHAMAD(PENASIHAT MARKAS BESAR LASKAR MERAH PUTIH INDONESIA & PENASIHAT PERTUBUHAN ALQALAM MALAYSIA & INDONESIA)
23 HB OGOS 2017
ISU BENDERA TERBALIK REPUBLIK INDONESIA DI SUKAN SEA:PERMOHONAN MAAF
Pada hari ini 23hb Ogos 2017,jam 11 pagi waktu Indonesia,Datuk Dr.Fauzi telah mengadakan pertemuan resmi dengan Haji Adek Irfil Manurung, Ketua Umum Laskar Merah Putih Indonesia di Markas Besar Laskar Merah Putih Indonesia di Jati Negara,Jakarta Timur.Hasil pertemuan Datuk Fauzi dengan Ketua Umum LMP,Haji Adek Erfil Manurung.Manurung mengatakan tidak cukup dengan permintaan maaf Menteri Belia dan Sukan Malaysia,Khairy Jamaludin.Perdana Menteri Malaysia harus datang ke Indonesia untuk minta maaf pada rakyat Indonesia,jika tidak Laskar Merah Putih akan lakukan demo dengan lebih kerap dan akan disertai ribuan anggota Laskar Merah Putih,kata Ketua Umum Laskar Merah Putih.Datuk Fauzi menyatakan pertemuan beliau ini adalah untuk meminta maaf bagi Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia kepada seluruh rakyat Indonesia mengenai terbalik Bendera Indonesia di sukan SEA,dalam waktu yang sama Ketua Polis Malaysia telah berjanji akan menyiasat perkara tersebut.Dalam pertemuan tersebut Datuk Fauzi telah meminta kepada semua anggota Laskar Merah Putih diseluruh Indonesia untuk tidak mengulangi demo di Kedutaan Malaysia yang telah direncanakan lagi mengenai isu salah cetak terbalik bendera Indonesia.Mengenai masalah tanah Kerajaan Malaysia di Jakarta selatan yang juga dituntut oleh waris,Haji Adek menyerahkan pada Kerajaan Malaysia untuk diselesai secara baik.Kepada semua ahli Laskar Merah Putih yang dianggotai oleh 13juta orang diseluruh Indonesia,saya menyeru agar hargai keputusan pertemuan antara Datuk Fauzi dan Ketua Umum Laskar Merah Putih Indonesia demi kebaikan kedua Negara Malaysia dan Indonesia dan saya selaku Penasihat Markas Besar Laskar Merah Putih Indonedia.
Datuk Dr.Fauzi Mohamad
Jakarta
23hb Ogos 2017.
No comments:
Post a Comment