steadyaku47

Sunday, 6 August 2017

SURAT TERBUKA KEPADA PENGERUSI PVATM


Lt Kol Abdul Rashid Omar (Bersara)
12, Jalan Wangsa 11
Taman Wangsa Ukay
Bukit Antarabangsa
68000 AMPANG 


19 June 2017 (AN OPEN LETTER TO PENGERUSI PVATM)

Pengerusi
Persatuan Veteran ATM
Ibu Pejabat Negara, Tingkat 3, Wisma Pahlawan
Peti Surat 12447
50778 KUALA LUMPUR


Yang Berbahagia,
Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor,

MENJALINKAN HUBUNGAN DUA HALA PARTI UMNO DAN MCA DENGAN PARTI KOMUNIS CHINA
Assalamualaikum. Diharapkan Tan Sri dan semua warga veteran senantiasa dalam keadaan terpelihara selalu.Saya adalah saorang bekas pegawai tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja yang telah terlibat secara langsung dalam gerakan menentang pengganas komunis sejak saya ditauliahkan pada Februari 1967 dari Ketua Platoon hingga kepangkat Lt Kolonel. Saya terus telibat mencari dan memusnah kan pengganas ber senjata bersama sama warga veteran yang lain dan melaksanakan gerakan mencari cadre-cadre komunis bersama sama anggota Cawangan Khas PDRM dan Military Intelligent Officers. Warga veteran yang terlibat dalam darurat dan counter insurgency tahu keperitan, kesusahan dan kesengsaraan kami dalam usaha menghapus kan ancaman dan fahaman komunis dari dari Party Komunis Malaya (PKM) yang berkiblatkan Party Komunis China.Pada 2010, party UMNO telah menandatangi MOU dan menjalinkan perhubungan dua hala dengan Party Komunis China. Salepas 7 tahun, kerana tiada protes dari pihak tentera dan PVATM, party MCA pula menjalinkan perhubung an dua hala dalam beberapa bidang. Tindakan UMNO dan MCA menjalinkan hubungan dua hala dengan Party Komunis China adalah satu tindakan memperkecilkan usaha kami masa lampau dan mengkhianati perjuangan warga veteran. Tindakan ini juga mengsia siakan pengorbanan kami dan mencalar maruah kami.Sebagai President PVATM yang memimpin ribuan warga veteran, tidak kah Tan Sri terpanggil untuk menegur dan memberi nasihat kepada kerajaan bahawa tindakan mereka telah menyakiti hati dan menyingong perasaan warga veteran yang selama ini telah memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional. Yang mengherankan warga veteran, PERKASA, yang tidak kena mengena dengan warga veteran yang ambil peduli sahingga membuat lapuran polis kerana khuatir ideology komunis meresap kepada masyarakat kita. Satu tindakan bersesuaian dan berani.Barisan Nasional secara terbuka membawa masuk “ancaman” komunis dengan tangan terbuka! Pada pandangan kami, Tan Sri sebagai Pengerusi PVATM sepatutnya orang pertama membuat teguran dan membuat protes tindakan UNMO dan MCA menjalin hubungan dua hala. Menghidupkan samula hubungan party ke party Komunis China adalah satu perkara serius jika tidak dibendung akan menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara. Mungkin Tan Sri tidak pernah menentang komunis bersenjata masa darurat dan counter insurgency membuatkan Tan Sri tidak terpanggil membuat protes.Saya pasti Tan Sri sedar caramana komunis melaksanakan tugas propaganda dan tugas penyerapan ideology komunis kepada masyarakat kita. Satelah 7 tahun berkuatkuasa, entah berapa ramai cadre komunis telah meresap masuk. Kami menyaran kan tidak terlalu lewat untuk Tan Sri membuat keyataan mendesak kerajaan membatalkan hubungan dua hala ini semoga moral warga veteran dapat diberi semangat baru.Kini Kerajaan Barisan Nasional telah mengsia siakan pengorbanan warga veteran dan langsung tidak mengambil peduli kesejahteraan kami.

Sebaliknya, Tan Sri dan AJK bersungguh sungguh mahu aturkan PerhimpunanRaksaksa pada 31 Julai 2017 untuk warga Veteran memberi sokongan kepada kerajaan yang baru sahaja mengkhainati dan mengsia siakan pengorbanan kita? Sasudah dicalarkan maruah kita, meminta kita berhimpun memberi sokongan kepada pemerintah. Adakah tindakan ini adil dan bersesuaian? Perhimpunan ini semata mata membuang wang rakyat kerana ingin mengagong agongkan pemimpin yang baru sahaja mengkhianati perjuangan kita. Yang anehnya perhimpunan ini dibuat 4 tahun sekali kerana ingin meraih undi warga veteran. Mengapa warga veteran harus dipermainkan dan diperalatkan olih pemerintah? Saperkara dengan ini, perhimpunan ini akan membelanjakan RM 1.8 juta, tahukah Tan Sri bahawa ratusan anggota veteran yang sangat sangat memerlu kan bantuan kerana mereka hidup dalam kesempitan serta uzur.Tan Sri, kami mohon Tan Sri mengambil tindakan segera terhadap hubungan dua hala Party ke Party dengan Party Komunis China. Kegagalan Tan Sri menegur dan menasihati kerajaan saolah olah Tan Sri juga mengsia siakan pengorbanan kami menentang komunis bersenjata. Kemungkinan perkhidmatan Tan Sri dahulu tidak mendedah kan Tan Sri kepada kesangsaraan, kepahitan, kesakitan yang dialami kami dibarisan hadapan. Sebagai Pengerusi PVATM, kami semua mohon Tan Sri lebih bertanggungjawab.

Terima kasih

Yang Benar,

ABDUL RASHID OMAR
Lt Kol (Bersara)
Salinan Kepada:
>>> Semua Persatuan dan Pertubuhan Kelab Veteran:

No comments:

Post a Comment