Terima Kasih kapada:
dari Blog: ABU HASSAN ADAM
Nurul Izzah membuat aduan mengatakan terdapat 4000 pengundi yang meragukan di kawasannya. Tetapi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihanaraya mengatakan, "I have checked. There was no electoral roll or letter that was sent to the EC," Kemudian Tan Sri Aziz menambah, “"If they are indeed sincere about cleaning up the electoral roll, then come to the EC and bring the electoral roll that they say contains dubious voters so the EC can check…………..But instead, they decide to go to the media and make inaccurate statements," Laporan yang dipetik oleh akhbar Malaysiakini bertarikh 31 Mac 2013.
Kemudian pada 1 April 2013, Nurul Izzah membuktikan yang menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya ada menerima aduan rasmi yang dikemukakannya melalui peguamnya Chooi and Company bertarikh 6 Mac 2013.
Nampaknya Nurul Izzah bercakap benar. Tuduhan yang mengatakan beliau tidak menghantarkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya sebagaimana yang dikatakan oleh Tan Sri Aziz itu tidak benar. Pengerusi SPR yang tidak bercakap benar. Macam berbohonglah…..
Pada hemat aku ini merupakan satu peristiwa paling malang yang menimpa ‘orang tua’ seperti Tan Sri Aziz. Aku tahu persaan Tan Sri, sebab aku juga orang tua. Bekas pegawai kerajaan. Sebagai bekas KSU dan kini merupakan orang paling penting dalam SPR, Tan Sri tentu tahu apakah bentuk tindakan yang sepatutnya diambil sekiranya ‘orang bawahan’ yang melakukan kesalahan yang sebegini. Dan kini orang atasan yang melakukan ‘dosa’ yang amat besar diukur dari segi Perkhidmatan awam kerajaan.
Alasan yang ada yang mungkin digunakan oleh Tan Sri ialah dengan menyalahkan orang bawahan yang memberikan maklumat yang salah. Itu bukan alasan yang boleh diterima oleh umum. Orang sekarang bukan bodoh. Umum tahu baahwa sebelum membuat sebarang keputusan, seseorang ketua perlu membuat penelitian dengan sehalus-halusnya. Sekiranya terdapat kesalahan selepas itu bukan orang bawahan yang patut dipersalahkan, tetapi si ketua yang mesti dipertanggungjawabkan.
Yang menyedihkan lagi ialah ‘keangkuhan’ yang ditunjukkan oleh Tan Sri Aziz apabila beliau menyatakan ( mengikut petikan dalam Malaysiakini ),
· "I have checked”
· “There was no electoral roll or letter that was sent to the EC”
· “"If they are indeed sincere about cleaning up the electoral roll, then come to the EC and bring the electoral roll that they say contains dubious voters so the EC can check………….”
· “But instead, they decide to go to the media and make inaccurate statements”
Ayat yang terakhir seolah-olah beliau menyindir YB Nurul Izzah yang terus mengadu kepada media dan membuat lenyataan yang tidak tepat. Sekarang telah terbukti bahawa YB Nurul Izzah yang membuat kenyataan yang betul dan sebaliknya beliau sendiri yang membuat kenyataan yang tidak tepat.
Pengajaran yang boleh dipelajari daripada peristiwa yang amat malang ini ialah ‘orang tua’ ( aku mengingatkan diri aku juga ) sepatutnya jangan memandang rendah kepada orang muda atau ‘ anak-anak’ kita. ‘Orang Tua’ janganlah bersifat angkuh dan menganggap diri kita semua tahu. Janganlah mendabik dada mengatakan ‘akulah yang dulu makan garam’. Dan janganlah menuding jari ke arah anak-anak kita, orang muda dengan mengatakan, ‘ kamu apa tahu, bumbun masih lembut lagi…’ Pendek kata janganlah hendaknya ‘orang tua’ memperkecilkan kebolehan anak-anak kita, orang muda.
Aku berkata begitu kerana masih ramai ‘orang tua’ yang aku perhatikan yang masih tak sedar diri. Seolah-olah merekalah yang pandai, cerdik, bijak, berilmu, berpengalaman luas dan sebagainya. Seolah-olah anak-anak muda terpaksa mengikut telunjuk mereka. Mendengar apa saja kata-kata mereka. Betul. Ada juga tempat yang orang muda mesti mendengar nasihat orang tua-tua. Tetapi bukan bermakna semua nasihat orang tua mesti diikuti. Dan kadang-kadang orang tua perlu juga menghormati pandangan dan fikiran orang muda.
Mengambil iktibar dari peristiwa inilah aku rasa para pemimpin tua ( orang lama) yang sudah sekian lama menjadi wakil rakyat ( parlimen atau negeri ) dan tidak mampu lagi memberi apa-apa sumbangan kepada negara sepatutnya mengundurkan diri. Tidak usahlah menganggap diri itu masih diperlukan jikalau kita sendiri merasakan sudah sampai masanya kita berundur. Zaman kita sudah berlalu. Berilah peluang kepada anak-anak muda – anak-anak kita – yang berkebolehan untuk memimpin negara ini , kut-kut boleh negara ini menjadi sebuah negara maju yang boleh dibanggakan semua. Berundurlah dengan cara terhormat……
Berbalik kepada persoalan yang berkaitan dengan Tan Sri Aziz nasihat aku sebagai orang tua juga ialah agar jalan yang sebaik-baiknya bagi Tan Sri Aziz ialah berundur. Letak jawatan. Itulah cara paling terhormat yang boleh dilakukan demi menjaga marwah diri dan keluarga. Lagipun masa kita untuk berada di dunia tidak begitu lama lagi. Sekurang-kurangnya jangan dicemari masa tua kita dengan keadaan yang tidak sesuai bagi orang-orang tua yang sudah semakin ‘senja’.
Ikut sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jepun. Aku petik kata-kata
Mark D.West dalam bukunya, “ Secrets, Sex, and Spectacle: The Rules of Scandle in Japan and the United States,
“ Crisis management in Japan requires little deliberation. Sokaiya scandal at Seibu Railway? Resignation. Financial scandal at Nihon Keizai Shimbun? Resignation. Pro baseball team pay a college player? Owners resign….Plane crash? The President of Japan Airlines resigned in 1895 after personally apologizing to relatives of victims and dispatching executives to their funerals…”
Abuhassanadam
1 Mac 2013
No comments:
Post a Comment