steadyaku47

Saturday, 30 May 2015

cakap cakap...Abu Hassan Adam.



Abu Hassan Adam

Saudara Hussein,
Saya baru saja selesai mengerjakan solat Subuh dan membaca tulisan saudara menyebabkan saya terus memberikan komen ini. Pertama sekali saya amat simpati dengan keadaan yang saudara alami. Orang Melayu kata betapa berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Saya juga kadang-kadang berfikiran dan berperasaan seperti saudara walaupun saya tidak dalam keadaan seperti saudara.
           Kadang-kadang saya bertanya diri saya sendiri. Apakah betul dan 'berfaedah' dengan apa yang saya lakukan. Kadang-kadang saya merasakan seperti anjing menyalak bukit. Golongan pemimpin terus menerus 'merompak' harta negara dan kita tidak sampai hati melihatkan rompakan berkenaan. Kita terus menerus memberikan komen agar para pemimpin kita sedar. Tidak juga nampaknya. Malah semakin rancank rompakan itu. Dan yang menyedihkan para wakil rakyat kita terus menerus ghairah juga sama-sama merompak, tanpa mempedulikan rakyat yang tertindas.
          Pendek kata saya juga berfikiran seperti saudara. Apakah sudah sampai masanya kita berhenti menulis dan hidup seperti yang dialami oleh orang lain. Mahu rasanya berfikiran seperti orang lain yang membiarkan 'si Luncai terjun dengan labu-labunya'
         Mari kita sama-sama memikirkannya. Saya doakan isteri saudara cepat sembuh. Dan saya juga pernah merasa apa yang saudara alami itu, ia itu ketika arwah bapak saya masih ada.Bapak saya dulu juga mengalami keadaan sedemikian.
         Sehingga berjumpa lagi. Salam.

abuhassanadam
30 Mei 2015
 · 


Hussein ABDUL HAMID shared this via Google+

2 hours ago  -  Shared publicly
 · 
Reply

Saudara Abu Hassan...saya mula menulis pada pukul 5 pagi hari Sabtu ini...dan apabila saya menerima "comment" saudara di atas saya sangat merasa terharu. Memang kandang kadang kita mesti bertanya diri sendiri apakah betul dan berfaedah dengan apa yang kita lakukan. To be honest (maaf saya "speaking" sikit) I have already decided to stop blogging last night but by the time I awoke this morning, I know that I must try to do my part to stop the lunacy that is not destroying our country, our people and of course, our race. And so I write! Salam. 

No comments:

Post a Comment