steadyaku47

Sunday, 25 September 2016

Reprise : Penyamaran Polis dalam BERSIH 3.0, bukti Polis provokasi rusuhan

steadyaku47 comment : I just came across these images and article today. Interesting reading and something we should all know about how PDRM conduct themselves...not against terrorists but against our own brothers and sisters in Bersih.

 


1. Polis menyamar sebagai peserta BERSIH, memakai baju biasa dan sengaja memecah pagar halangan (dibiarkan oleh polis lain) supaya peserta BERSIH masuk meluru ke dalam Dataran Merdeka. Polis ini tidak memakai baju BERSIH.  Provokasi ini menyebabkan orang ramai masuk ke dalam Dataran Merdeka, dan polis mempunyai sebab untuk serang rakyat yang tidak berdosa. Semuanya kerana gara-gara polis yang menyamar.  Inilah tektik kotor kerajaan Barisan Nasional yang dirancang rapi.



2. Polis Malaysia etnik India merusuh dan memukul polis (dia adalah SB, special branch), boleh lihat lilitan getah pada lengan kiri, penanda atau kod beliau adalah anggota polis yang menyamar jadi peserta BERSIH 3.0). Polis menyamar ini cuba nak menimbulkan provakasi agar menjadi sebab FRU dan Polis serang balas. Tujuannya bagi menimbulkan persepsi negatif pada BERSIH. Kononnya BERSIH ganas dan bawa huru-hara. Inilah tektik kotor Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO.



Polis Malaysia etnik India yang sama menukar pakaian dan bertugas sebagai polis menahan peserta BERSIH.


3. Penyamaran polis SB dalam serangan ke atas kereta polis dan menjadi “sebab” untuk terbabas dan kemudian sengaja melanggar orang awam dengan tujuan mencedera dan membunuh di depan SOGO.
Apa pun mengapa pemandu itu sudah siap sedia pakai topi keledar? Siapa pula yang peluk pemandu dan bawa pemandu keluar dan kemudian menghilangkan diri? Mengapa pemandu itu tidak dipukul oleh orang awam? Apakah tidak mustahil ini satu lakonan SB yang diupah oleh BN, yang menyerang, pemandu dan penyelamatnya?
4. Polis pakai baju BERSIH tapi polis yang menyamar juga memakai gelang atau getah atau ribon di tangan kiri atau kanan. Mereka bersifat “lebih sudu dari kuah” dan sengaja menimbulkan provokasi. Inilah satu lagi tektik jahat BN. Klik pada foto untuk saiz besar.


5. Wajah-wajah polis menyamar sebagai peserta BERSIH. Lihat gelang atau lilitan pada tangan mereka. Jahat punya BN yang menjadikan sebahagian polis sebagai kaldai mereka. Polis menyamar inilah yang mencetuskan huru hara sehingga wanita, orang tua, kanak-kanak, dan OKU cedera di dalam Himpunan BERSIH yang asalnya adalah  aman.



6. Polis menyamar pakai baju BERSIH dan tutup muka, memotong dawai kawat berduri, kononnya dipotong oleh peserta BERSIH. Satu fitnah jahat Barisan Nasional dengan menggunakan polis. Apabila dawai ini sudah dipotong, ada pula SB lain yang menyamar mengajak orang ramai masuk ke dalam kawsasan Dataran Merdeka. Kemudian polis jadikan alasan bahawa peserta langgar peraturan, sebab itu mereka simbah aiir asid. Memang jahat tektik Yahudi ini. Klik foto untuk saiz besar.


7.  Menurut maklumat dari orang dalam, ada 2000 SB (special branch atau siput babi) yang ditugaskan  merayap dalam kumpulan BERSIH. Mereka ini bergerak secara terancang. Mereka pakai lilitan kuning pada lengan mereka. Kalau polis bertembung dengan kumpulan ini, polis tahu orang itu juga polis.  Siapa di belakang perancangan jahat menggunakan SB ini dalam menjatuhkan nama baik BERSIH?  Siapa lagi kalau tidak pakar perisik urat saraf dan propgranda UMNO BN…cuba tanya bekas tentera bernama “Wan Bakar”  jika beliau mahu nafikan perkara di bawah ini. Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak mengesahkan polis terlibat menyamar dalam  kumpulan BERSIH.


8. Siapakah lelaki berbaju belang yang sedang buat aksi ganas  dalam lelaki di atas kereta ini?  Rakan dalam polis beritu, itulah SB juga.  Ingat, ada 2000 SB yang merayap masuk dalam kumpulan BERSIH. Peserta BERSIH tidak ganas dan diarahkan supaya jangan mengganas.



9. Siapakah lelaki berbaju hitam ini? Satu lagi SB yang menyamar konon hero dalam BERSIH. Perhatikan sarung tangan dia. Selepas dia jadi “hero” orang ramai akan ikut dia sebab dia berani kononnya. Itulah cara SB  umpan peserta BERSIH.  Memang jahat perancangan Barisan Nasional menggunakan SB ini.


10. Tengok dua foto di bawah ini. SB yang menyamar pakai pakaian biasa tetapi dilengan mereka ada lilitan kuning. Lilitan itu adalah identiti polis. Mereka berlakon dan cuba timbulkan provokasi dan tindakan menjadikan alasan kepada polis untuk serang orang ramai, kononnya orang awam buat hal di BERSIH, padahal yang buat hal ialah polis menyamar.




….sambungan….Ada lagi bukti kes penyamaran….akan dinaikkan di web. Sudah tentu bukan 3 polis yang menyamar tapi ramai yang menyelinap masuk dalam BERSIH 3.0 dengan pakaian reman.
Apabila “rusuhan”  kononnya berlaku, maka media arus perdana memeriahkan berita perdana dan menggembar gemburkan isu rusuhan dan keganasan oleh BERSIH….rakyat ditipu hidup-hidup oleh BN.
Bukan semua polis jahat tetapi sebahagian kecilnya memang jahat terutama yang menjadi ahli UMNO! Mereka inilah yang bertindak ganas dan ambil upah yang tinggi untuk menjadi samsing UMNO melalui unform polis dalam himpunan aman BERSIH.

No comments:

Post a Comment