steadyaku47

Sunday 27 March 2016

That Twit of an IGP ...again!


What you are, what you have become and how you behave is ultimately a reflection of how your father and mother have succeeded or failed in their duty as your parents. In the case of this Twit of an IGP, if his parents are still around, what would they think of their son? 

The court have found PDRM guilty of misfeasance. 

misfeasance
mɪsˈfiːz(ə)ns/
noun
Law
a transgression, especially the wrongful exercise of lawful authority.

Simply put, what that means is that the police had the authority to do what they did when they shot Aminurasyid - but they should have use their brains to apprehend Aminurasyid and not just shoot him to death. If they had used their brains to do the right thing - then Aminurasyid would still be alive today.

Just as this Twit of an IGP's parents will ultimately have to take the responsibility for how their son has turned out to be such a Twit of an IGP  - so must this Twit of an IGP take responsibility for what goes wrong in PDRM that he is head of. .......maybe that is asking too much from a Twit who is the running dog of another Twit  who is also guilty of misfeasance in government - that Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak!

Even his Corporal who was acquitted by the court for causing the death of Aminurasyid apologised to Aminurasyid's family....but not this Twit of an IGP...this Twit says he has nothing to apologize for..

Stupidity...thy name is Khalid Abu Bakar!     


KUALA LUMPUR, March 25 — Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar said he will not apologise to the family of Aminulrasyid Amzah, who was shot dead by police in 2010, despite being found guilty of misfeasance over the
themalaymailonline.com
Jenain minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid
Koperal Jenain Subi


[GAMBAF FAIL] Koperal Jenain Subi tersenyum ketika keluar dari mahkamah selepas dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas - Foto Bernama

SHAH ALAM - Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas, Koperal Jenain Subi tetap merendah diri memohon maaf kepada keluarga remaja lelaki itu.

"Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Jenain yang ditemani peguam belanya, M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi berkata keputusan mahkamah juga telah membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

"Alhamdulillah...semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepadaNya. Hari ini telah terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya yang tidak dapat menahan tangisan.

Terdahulu, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan membebaskan Jenain daripada tuduhan selepas menerima rayuan anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Sejurus hakim membacakan keputusannya, Jenain yang memakai kemeja dan berkopiah putih mengalirkan air mata dan tersenyum. Isteri serta seorang anak perempuannya yang berada di galeri awam turut menangis kegembiraan.

Beliau yang pernah bertugas sebagai polis mahkamah turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa anggota polis yang hadir memberikan sokongan moral.

Jenain, 49, yang ketika kejadian bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Ditanya sama ada beliau masih ingin meneruskan khidmat dalam pasukan polis, Jenain yang kini digantung tugas berkata kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.

"Saya tetap akan teruskan perjuangan dan berkhidmat untuk pasukan polis serta kerajaan," kata bapa kepada empat orang anak yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam pasukan polis.

Sementara itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, berkata keluarganya tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian anaknya.

Beliau berkata keluarganya akan berbincang dengan peguam untuk membuat semakan terhadap keputusan itu.

"Sudahlah keputusan awal ke atas tertuduh sebelum ini hanya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan kali ini dalam keputusan rayuan tertuduh dibebas daripada kesalahan itu.

"Saya sebagai seorang ibu mahukan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana anak saya bukan penjenayah tetapi hanya tidak memiliki lesen memandu semasa kejadian berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen 11 di sini hari ini.

Norsiah berkata beliau hanya mengetahui mengenai keputusan pembebasan Jenain selepas dihubungi anak sulungnya, Nor Azura, 42, yang membaca berita di Internet.

Beliau berkata keluarganya tidak dapat hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan kerana semua anaknya sibuk bekerja dan hanya mampu berdoa di rumah supaya anggota polis itu dijatuhi hukuman setimpal.

"Bagaimanapun saya amat terkejut dan terkilan dengan keputusan ini. Saya juga rasa sangat sedih kerana kematian anak saya seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment