steadyaku47

Showing posts with label Pribumi. Show all posts
Showing posts with label Pribumi. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

cakap cakap : Tariq Ismail - Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu

steadyaku47 comment : Tariq is one of those people on the Net whose point of view and thoughts are interesting...I might not agree with him all the time...but there are still interesting enough to read and digest. In all that you do Tariq...always humility. Congrats on your appointment as ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia....you have much work to do and a hell of a family name to uphold. I wish you all the best!

 
(For English, Read Below)

Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu
Bismillahhirrahmanirrahim

1. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan azam yang kuat, saya dengan ini menerima perlantikan saya sebagai ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

2. Saya menerima perlantikan ini dengan berbesar hati dan penuh rasa kesyukuran, tanpa sebarang kemusykilan dan dengan hanya satu tujuan – menunaikan kewajipan berjuang dengan segala kudrat dan jiwa raga yang ada pada saya bagi memimpin Parti ini dan Negara tercinta ini kembali berjaya.

3. Saya juga cukup berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh Presiden Parti Yg Berbahagia Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Pengerusi Parti, Yg Berbahagia Tun Dr.Mahathir Mohamad, dan kerana memberi satu pentas kepada saya dan rakyat marhaen untuk meneraju Negara ini keluar dari kemelut sosial dan ekonomi yang teramat membelenggu kita semua.

4. Negara kita hari ini di dalam keadaan yang amat mendukacitakan, kerana ianya di terajui mereka yang bebal, seterusnya menaungguhkan lagi kematangan dan kebebasan rakyat.

5. Rakyat Malaysia umpama burung dalam sangkar, tersepit di celah belenggu kehidupan. Sementara kita perjuangkan kebebasan kita, terpaksalah kita mengharungi kesempitan hidup ini sehingga kita dapat belajar terbang semula.

6. Dalam perjalanan kita ini, kita tidak akan sepi dari kesilapan dan kekhilafan.

7. Rakyat Malaysia mengharapkan kita agar bertindak dengan bijak dan bukan dengan cacian serta sindiran atau serangan. Keadaan sekarang ini sangat genting, cabaran kita terlalu berat dan berkepentingan tinggi bagi kita membazir masa dengan pertelingkahan yang kebudak-budakan ini.

8. Kita perlu berjuang bagi menerangi jalan yang kita akan sama-sama tempuh ke hadapan jika kita tidak mahu terus sesat di dalam kegelapan.

9. Kebimbangan kita hari ini adalah untuk masa hadapan bersama – untuk anak-anak kita, cucu-cicit kita. Era yang lalu memang akan lepas dan tidak akan mampu membawa kita maju ke hadapan.

10. Biarlah kita di PPBM menghadapi cabaran yang sengit ini dengan penuh pasrah, dengan memohon keredhaan dan keberkatan yang Maha Esa.

11.Selagi kita berpegang kepada prinsip-prinsip yang ditekankan di dalam Surah Al-Fatihah agar berlandaskan jalan yang lurus - Ihdinosirotolmustaqim - Lead Me to the Straight Path- saya yakin kita akan dapat mengharungi cabaran ini. Kita tidak akan jenuh dan kita akan terus berjuang.

Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu
Bismillahhirrahmanirrahim

1. With a deep sense of duty and high resolve, I accept my appointment as a member of the Supreme Council of Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

2.I accept it with a full and grateful heart, without any reservation and with only one obligation - the obligation to devote every effort of body, mind and spirit to help lead our Party and this Nation back to greatness.

3. I am further grateful to the Party President, Y Bhg Tan Sri Muhyiddin Yasin, and our chairman, Y Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, for providing myself and other likeminded Malaysians with a platform to steer this nation out of the economic and social doldrums that it has been caged into. This is a platform that I shall use with enthusiasm and conviction.

4. Our country today is in a bad state for it is land run by full of fools - and fools running the country delay the independence and maturity of its people.

5.The Malaysian people are like birds trapped in its cage. Our wings are forcefully clipped and cramped. For a while we must endure this crampedness whilst we fight for our freedom. We must struggle and relearn how to fly.

6. We shall make mistakes, but these will only be the temporary flutterings of an escaped bird. Soon our wings will strengthen and we will soar to greater heights.

7. The people of Malaysia expect more from us than cried of indignation and attack. The times are too grave, the challenges too urgent and the stakes too high. We cannot be shouting and cursing in the darkness.

8. we are here to light the candle that will guide us through the darkness to a sustainable, safe and sane future. If we quarrel between the present and the past, we shall be in danger of living the future.

9.Today our concern is the future. The future for our children and grand children. The old era will come to an end as the old era will not do and will only hamper our growth as a nation.

10. As we in PPBM, face our coming challenges we shall pray to the Almighty, to constantly renew our strength.

11. As long as we keep to the values that is laid out in Surah Al-Fatihah - Ihdinosirotolmustaqim - Lead Me to the Straight Path- we will be equal to the test. We shall not be weary and we shall prevail

Sekarang Parti Pribumi Bersatu akan ganti Umno untuk selamatkan MELAYU?











UMNO JADIKAN DAP HANTU BAGI ORANG MELAYU
______________________________

YDP Agung --> Melayu

Sultan dan Raja --> Melayu.

Yang DiPertua --> Melayu.

Gabenor bank negara --> Melayu.

Perdana Menteri --> Melayu.

Menteri kewangan --> Melayu.

Menteri pelajaran --> Melayu.

Menteri pertahanan --> Melayu.

Menteri dalam negeri --> Melayu.

Menteri penerangan --> Melayu.

Menteri belia --> Melayu.

Menteri sukan --> Melayu.

Menteri kepengunaan --> Melayu.

Ketua Menteri sorang aje bkn Melayu.. dgn kata mudah Menteri2 & timbalannya majoriti Melayu.

Ketua hakim negara --> Melayu.

Peguam negara --> Melayu.

Ahli2 parlimen --> majoriti Melayu.

ADUN2 --> majoriti Melayu.

Kabinet kerajaan persekutuan --> 95% Melayu.

Exco2 kerajaan negeri --> 95% Melayu.

Ketua polis diraja Malaysia --> Melayu.

Ketua turus angkatan tentera --> Melayu.

Ketua2 agensi kerajaan --> Melayu.

Ketua2 jabatan --> Melayu.

Pegawai2 Daerah --> Melayu.

Ulamak2 --> 100% Melayu.

Penghulu2 -> 95% Melayu.

Ketua2 kampung --> 90% Melayu.

JKKKP --> 95% Melayu.

Professor2 --> 90% Melayu.

Guru2 besar --> 95% Melayu.

Guru2 kecik --> 90% Melayu.

Ustaz2 --> 95% Melayu.

Ustazah2 --> 99% Melayu.

58% penduduk Malaysia --> Melayu.

Agama rasmi persekutuan Islam, majoriti penganutnya --> Melayu.

Melayu.... oooh melayu !!

Yang bagi s'pore kepada Lee Kuan Yew --> Melayu..!!

Yang serahkan pulau batu putih kepada spore --> Melayu..!!

Yang serahkan tanah KTM dari Bukit Cagar mengunjur ke Woodland --> Melayu..!!

Yang serahkan Tanah Tinggi Genting kepada cina --> Melayu..!!

Yang gadaikan rezab tanah orang melayu dari 3.1 juta hektar, 88% dijual, kini tinggal 12% aje --> Melayu..!!

Yang menjual air Johor dgn harga murah ke spore --> Melayu..

Yang jualkan saham2 Melayu dari 52 bilion kini tinggal 2 bilion --> Melayu..

Yang serahkan 2 telaga minyak bernilai 320 billion kepada Brunai --> Melayu..!!

Yang tipu Melayu --> Melayu..!!

Yang merosakkan pemikiran melayu --> Melayu..

Yang brainwash otak Melayu, kata cina jahat --> Melayu..

Yang suka Melayu naif otaknya --> Melayu..

Yang buat hutang negara lebih 700 bilion --> Melayu..

Yang tak mahu bayar royalti Kelantan --> menteri Melayu...

Majoriti rakyat Kelantan --> Melayu..

Yang teraniaya Melayu..

Yang menganiaya Melayu..

Skandal PKFZ --> Ling Leong Sik (MCA sekutu Melayu) tipu kabinet Melayu..

Skandal MAS --> CEOnya Melayu..

Skandal PERWAJA --> Eric Chia (kawan pemimpin Melayu) tipu Melayu..

Skandal BMF yang mati org Melayu..

Barisan Nasional --> 13 gabungan parti pelbagai kaum, hanya UMNO yang Melayu..

Pakatan Rakyat --> gabungannya 3 parti, semuanya ada Melayu...

Malaysia tanah Melayu.. tetapi Melayu nomad di tanah Melayu..

Melayu terpingir di bumi Melayu..

Lemahnya Melayu... ditudingnya jari kepada bukan Melayu..

Maaf.. sekadar mencoretkan isi hati marhaen Melayu.. Yang tak mewakili mana2 etnik Melayu.. atau mana2 NGO2 Melayu..
Kawan Pelik..... Yang mundur, Melayu.. Yang layu Melayu.. tetapi Cina DAP yang dipersalahkan oleh Melayu...

UMNO, dulu kini & selamanya parti Melayu..

Sekarang Parti Pribumi Bersatu akan ganti Umno untuk selamatkan MELAYU.


(Saya tak pasti penulisnya siapa).