steadyaku47

Showing posts with label Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Show all posts

Wednesday, 14 September 2016

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
(PPBM/PR/003/16)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara ‘walk-in’ boleh hadir sepertimana ketetapan di bawah :-

Alamat :
Suite 2.01, Epicure, No. 1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
GPS Location : 3.149168,101.652041
(Atas Restoran Chef & Brew)


Masa :
11.00 pagi – 4.00 petang
(Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)


2. Untuk makluman, Yuran-yuran Keahlian adalah seperti berikut :-
Yuran Pendaftaran – RM2.00
Ahli Biasa – RM2.00 setahun
Ahli Biasa Seumur Hidup – RM100.00

Ahli Bersekutu – RM2.00 setahun
Ahli Bersekutu Seumur Hidup – RM100.00

Kad Keahlian – RM10.00 (Opsyenal)

3. Sila bawa salinan kad pengenalan.

4. Nama-nama Penyelaras Pendaftaran di peringkat negeri akan diumumkan *DALAM MASA TERDEKAT*. Bagi penduduk di luar Lembah Kelang yang ingin mendaftar boleh berhubung dengan Penyelaras Pendaftaran Negeri masing-masing.

5. Pendaftaran secara atas talian (on-line) juga dijangka boleh diaktifkan selewat-lewatnya minggu ke-tiga bulan September 2016 sepertimana dijadualkan.

Sekian . Terima kasih.

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (Pendaftaran)
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
Bersatu. Beramanah. Bermaruah.

Wednesday, 24 August 2016

PRESS RELEASE : Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


WEDNESDAY 24 AUG 2016

JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA.

Assalamualaikum wbt dan salam bersatu.

1. Sudah dua minggu sejak Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin menghantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Kita masih menanti berita tentang kelulusan permohonan tersebut. In shaa Allah jika tiada halangan, kita akan menerima berita gembira dalam masa yang terdekat ini.

2. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan minat untuk menjayakan parti ini apabila ia diluluskan kelak. Teruskan minat yang telah anda tunjukkan. Semangat yang berkobar-kobar ini telah menyemarakkan lagi keyakinan dan iltizam kami untuk berjuang bagi mewujudkan sebuah negara yang Bersatu, Beramanah dan Bermaruah.

3. Setiap hari kami menerima ribuan sokongan dan pertanyaan tentang status permohonan parti ini. Walaupun kami pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang menyatakan bahawa permohonan kini menunggu kelulusan daripada ROS, masih ramai terus bertanya dan memberi buah fikiran. Kami sentiasa mengalu alukannya.

4. Yang menariknya ramai yang berlumba-lumba untuk menyertai parti ini terdiri daripada pelbagai pihak atau golongan masyarakat. 

Antaranya :
- Mereka yang tidak pernah menyertai mana mana parti politik.
- Mereka yang tidak pernah minat politik
- Mereka yang sudah hilang kepercayaan dengan pemimpin yang ada sekarang.
- Mereka yang sudah tidak yakin dengan kerajaan sekarang.
- Mereka yang mahukan perubahan.
- Mereka yang percaya kepada kepelbagaian kepimpinan yang ditonjolkan dalam barisan penaja parti dan yang akan datang.
- Mereka yang berminat dengan visi perjuangan parti yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu 'memberi harapan baru' kepada masyarakat Malaysia (A NEW DEAL FOR ALL MALAYSIANS).
- Mereka yang menyanjung dan menghargai ketokohan Tun Mahathir.
- Mereka yang teruja dan ingin tahu hala tuju parti ini.
- Mereka yang sudah bosan dengan keangkuhan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang.
- Golongan muda yang diterima baik dalam wadah parti baru ini.

5. Walaupun ada pihak yang memperlekehkan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, mereka jugalah yang berusaha menyerang dan terus memberi tekanan kepada parti ini dan barisan pemimpin penajanya. 

6. Media kerajaan digunakan oleh pemimpin kerajaan untuk memburukkan keperibadian pemimpin BERSATU walaupun parti baharu ini masih belum diluluskan.

Budaya memfitnah dan memburukkan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato Seri Mukriz dan lain-lain ini hanyalah strategi alih tumpuan "diversion" yakni sekadar ingin mematikan isu skandal 1MDB yang masih tak terjawab.
7. Teruskan sokongan anda kerana kami akan memperjuangkan kebenaran demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
 
BERSATU.BERAMANAH.
BERMARUAH.

KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN
(SETIAUSAHA PENAJA)
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA

RABU 24 OGOS 2016