steadyaku47

Showing posts with label press release. Show all posts
Showing posts with label press release. Show all posts

Saturday, 2 September 2017

Anwar Ibrahim : Kenyataan Media


Saya telah meneliti kenyataan sdr Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama KEADILAN dengan PAS yang dianggap samar dan berlarutan tanpa dimuktamadkan. Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan. Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS.
Pimpinan KEADILAN bergerak atas prinsip musyawarah dan harus menangani kegelisahan yang disuarakan dan sentimen umat dengan penuh hikmah. Namun saya perlu menjelaskan bahawa komitmen KEADILAN teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan sdri Azizah sejak awal lagi. Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14. 
Garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen KEADILAN dengan Pakatan Harapan. Sdr Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja. Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar KEADILAN adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat.
Pertemuan sdri Azizah (Presiden) dan sdr Azmin (Timbalan) dengan Tuan Guru Hj Hadi juga telah mengundang pelbagai reaksi. Saya alu-alukannya dengan maksud menziarah sahabat lama dan bersilaturrahim sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas pemulihan kesihatan beliau. Hj Hadi juga menerima kami dengan semangat kekeluargaan yang baik. Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan PAS terhadap KEADILAN. Nasihat saya kepada pimpinan adalah untuk mengenepikannya kerana tumpuan kita adalah terhadap kerakusan dan rasuah pemerintahan UMNO-BN. Saya tidak menghalang sebarang penjelasan dari pimpinan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk dalam isu RUU 355.
Menyingkap pengalaman saya berbincang dengan pimpinan PAS dan DAP secara berasingan sebelum pembentukan Pakatan Rakyat, perlu diperjelas bahawa ia didasarkan kepada beberapa prinsip yang dipersetujui bersama. Kerumitan dirungkai, walaupun pada peringkat awal dilakukan secara berasingan. 
Saya akui keadaan sekarang lebih rumit dan mencabar, kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Harapan. Akan tetapi, hampir dua tahun lalu saya menyarankan KEADILAN tidak semestinya memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak PAS untuk meneruskan perbincangan. Secara konsisten saya telah suarakan pendirian tersebut kepada pimpinan KEADILAN, DAP, BERSATU dan AMANAH. Pimpinan berhak membuat penilaian dari masa ke semasa.
Maka saya tidak dapat meremehkan kerisauan yang disuarakan oleh rakan-rakan. Pertama, kerana timbul persepsi kemungkinan kerjasama PAS dan UMNO, tetapi ura-ura tersebut telah dibantah keras oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim. 
Kedua, tempoh yang lama dan berlarutan dianggap akan menjejaskan ikhtiar parti dalam mengemaskini jentera pilihanraya; malah berisiko tinggi seandainya terdapat kejutan! Ini dapat dihindari seandainya seluruh pimpinan dan jentera KEADILAN bergerak pantas sebagai satu pasukan padu, menyemarakkan gema Reformasi dan agenda perjuangan rakyat, kebebasan dan keperitan hidup mereka. Kita tidak pernah berganjak dari tekad menentang kezaliman, perkauman dan rasuah.
Secara peribadi, memahami semangat demokrasi KEADILAN, saya tidak keberatan jika ingin dikendali Kongres Khas. Kemusykilan saya adalah keperluannya memandangkan tiada perubahan dasar yang berlaku. Malah dengan kemungkinan PRU 14 diadakan dalam tempoh terdekat, segala keputusan perlu dimuktamadkan segera. 
Dengan penjelasan ini, saya mohon pertimbangan dan kerjasama rakan-rakan untuk memberikan sedikit ruang kepada Presiden dan pimpinan untuk memberi penjelasan dan menentukan dasar dan arah selanjutnya selaras dengan pendirian KEADILAN dan muafakat Pakatan Harapan. Semua tindakan seterusnya harus diadakan menurut saluran parti.
Salam Reformasi!
Anwar Ibrahim
2 September 2017

Wednesday, 24 August 2016

PRESS RELEASE : Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


WEDNESDAY 24 AUG 2016

JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA.

Assalamualaikum wbt dan salam bersatu.

1. Sudah dua minggu sejak Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin menghantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Kita masih menanti berita tentang kelulusan permohonan tersebut. In shaa Allah jika tiada halangan, kita akan menerima berita gembira dalam masa yang terdekat ini.

2. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan minat untuk menjayakan parti ini apabila ia diluluskan kelak. Teruskan minat yang telah anda tunjukkan. Semangat yang berkobar-kobar ini telah menyemarakkan lagi keyakinan dan iltizam kami untuk berjuang bagi mewujudkan sebuah negara yang Bersatu, Beramanah dan Bermaruah.

3. Setiap hari kami menerima ribuan sokongan dan pertanyaan tentang status permohonan parti ini. Walaupun kami pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang menyatakan bahawa permohonan kini menunggu kelulusan daripada ROS, masih ramai terus bertanya dan memberi buah fikiran. Kami sentiasa mengalu alukannya.

4. Yang menariknya ramai yang berlumba-lumba untuk menyertai parti ini terdiri daripada pelbagai pihak atau golongan masyarakat. 

Antaranya :
- Mereka yang tidak pernah menyertai mana mana parti politik.
- Mereka yang tidak pernah minat politik
- Mereka yang sudah hilang kepercayaan dengan pemimpin yang ada sekarang.
- Mereka yang sudah tidak yakin dengan kerajaan sekarang.
- Mereka yang mahukan perubahan.
- Mereka yang percaya kepada kepelbagaian kepimpinan yang ditonjolkan dalam barisan penaja parti dan yang akan datang.
- Mereka yang berminat dengan visi perjuangan parti yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu 'memberi harapan baru' kepada masyarakat Malaysia (A NEW DEAL FOR ALL MALAYSIANS).
- Mereka yang menyanjung dan menghargai ketokohan Tun Mahathir.
- Mereka yang teruja dan ingin tahu hala tuju parti ini.
- Mereka yang sudah bosan dengan keangkuhan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang.
- Golongan muda yang diterima baik dalam wadah parti baru ini.

5. Walaupun ada pihak yang memperlekehkan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, mereka jugalah yang berusaha menyerang dan terus memberi tekanan kepada parti ini dan barisan pemimpin penajanya. 

6. Media kerajaan digunakan oleh pemimpin kerajaan untuk memburukkan keperibadian pemimpin BERSATU walaupun parti baharu ini masih belum diluluskan.

Budaya memfitnah dan memburukkan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato Seri Mukriz dan lain-lain ini hanyalah strategi alih tumpuan "diversion" yakni sekadar ingin mematikan isu skandal 1MDB yang masih tak terjawab.
7. Teruskan sokongan anda kerana kami akan memperjuangkan kebenaran demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
 
BERSATU.BERAMANAH.
BERMARUAH.

KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN
(SETIAUSAHA PENAJA)
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA

RABU 24 OGOS 2016

Saturday, 23 July 2016

Declaration by Najib Razak's Chief Boot and Ass Licker in Attendance!



steadyaku47 comment : I do not know about you guys ...but I am comforted in the firm and unwavering manner Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali, Attorney General Malaysia and Chief Ass and Boot Licker to the Prime Minister Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Najib Abdul Razak (aka Bugis Warrior extraordinaire and Wife to Rosmah Mansor), have declared:

"Any wrongdoing must be punished. Malaysia will always uphold the rule of law!"  

Malaysia Boleh!