steadyaku47

Showing posts with label Surat Terbuka. Show all posts
Showing posts with label Surat Terbuka. Show all posts

Saturday, 5 May 2018

Surat Terbuka untuk semua Anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang masih berkhidmat atau sudah bersara.


Salam, Tan Sri / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Tuan / Puan / Encik / Cik.

Pertama sekali, saya mewakili sahabat-sahabat saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kami pada Tuan-tuan dan Puan-puan semua yang berkhidmat sebagai anggota Polis DiRaja Malaysia. Jasa dan pengorbanan yang Tuan-tuan dan Puan-puan berikan amat kami hargai. Kami juga ingin mengambil peluang ini merakamkan penghargaan kami untuk anggota-anggota yang bertugas sepanjang tempoh Pilihanraya Umum ke-14 ini. Tidak terdaya kederat kami untuk berkorban masa, nyawa, darah dan keringat seperti Tuan-tuan dan Puan-puan semua. Moga Tuhan memberi rahmat-Nya dan kemulian pada kalian semua. Insyaallah.
Untuk makluman Tuan-tuan dan Puan-puan semua, saya dan sahabat-sahabat saya adalah anak-anak anggota polis, dan kami memohon sedikit masa dari Tuan-tuan dan Puan-puan untuk baca dan meniliti surat terbuka ini yang bertujuan untuk menyampaikan luahan hati dan hasrat kami.
Tan Sri, Dato’ Seri, Datuk, Dato’, Tuan-tuan, Puan-puan sekalian,
Kami semua membesar melihat ibubapa kami berkhidmat untuk negara. Walaupun kami tidak faham konsep itu semasa kami kecil, namum semakin kami bertambah dewasa, kami mula faham mengapa mereka memilih jalan bakti dan ianya sedikit sebanyak membentuk cara pemikiran, kehendak dan HARAPAN kami untuk masa depan tanah air ini.
Mungkin mereka yang tidak membesar dalam keluarga polis tidak akan faham ketakutan kami bila mana talifon rumah kami berdering ketika bapa kami keluar berbulan-bulan menjalankan operasi pembasmian komunis di sempadan pada tahun 70-an dan awal 80-an dahulu. Mereka mungkin juga tidak faham kerisauan kami bila mana ibubapa kami keluar menjalankan operasi pencegahan jenayah di tengah malam. Mereka juga mungkin tidak faham kemarahan kami bila mana ibubapa kami menawarkan diri untuk diterbangkan ke negara asing yang bergolak dengan perang saudara supaya mereka dapat menawarkan khidmat mereka dalam misi pengamanan. Pendek kata, tiap kali ibubapa kami melangkah keluar dari rumah, kami faham dan redha yang itu mungkin kali terakhir kami melihat belakang bahu mereka, mungkin itu kali terakhir kami mendengar suara mereka, mungkin itu kali terakhir kami dapat berteduh dibawah bayang-bayang mereka.
Untuk saya sendiri, bertahun lamanya saya mengambil masa untuk faham mengapa ayah saya mengambil keputusan untuk menjadi polis; mengapa dia sanggup mengadaikan nyawanya untuk tanah airnya setiap kali dia melangkah keluar dari rumah. Makanya, kami (saya dan kawan-kawan saya) punyai pandangan dan rasa hormat yang tinggi untuk semua anggota polis. Setiap kali kami lihat baju biru itu, yang kami nampak adalah ibubapa kami.
Bayangkan betapa hancurnya hati kami bila mana, nama dan kehormatan Polis DiRaja Malaysia diperkotak-katikkan. Betapa luluhnya hati kami bila mana, nama dan kerhormatan Polis DiRaja Malaysia diinjak-injak, dihina, dan dicela. Betapa pilunya hati kami bila mana, nama dan kehormatan Polis DiRaja Malaysia dijadikan bahan jenaka dan ditertawakan oleh seantero dunia. Betapa marahnya hati kami bila mana, nama dan kehormatan Polis DiRaja Malaysia dikejikan dan diperbodohkan oleh perlakuan ahli-ahli politik yang memegang jawatan menteri.
Arwah ayah saya pernah sebut yang kesetian sorang polis itu bukan pada ahli dan parti politik. Katanya, “Kalau esok DAP memerintah pun, uniform aku takkan berubah jadi putih merah; Kalau esok PAS memerintah pun, uniform aku takkan berubah jadi putih hijau; Kalau esok KeAdilan memerintah pun, uniform aku takkan berubah jadi biru putih, uniform aku tetap sama. Tak adalah pulak kalau BN kalah, polis satu Malaysia ni kena tutup balai, kok ia macam tu, haru semua orang. Sumpah aku bukan pada BN; sumpah aku pada Raja, pada Perlembagaan, pada Undang-undang Parlimen, pada Malaysia.”
Makanya, adalah zalim dan keji bila mana ada pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa semua anggota polis patut taat dan setia pada kerajaan Barisan Nasional. Setiap anggota polis adalah warganegara yang berhak memilih mana-mana pemimpin yang mereka rasakan boleh mentadbir dan mentakmirkan tanah air ini, tanpa menjejaskan tugas dan khidmat mereka untuk rakyat, parlimen dan Raja.
Anggota Polis Diraja Malaysia berhak dan patut menolak pemimpin yang memperkudakan PDRM untuk melindungi kepentingan tembolok busuk mereka sendiri. Anggota Polis DiRaja Malaysia berhak dan patut menolak pemimpin yang menghalang PDRM daripada menjalankan tugas mereka untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan. Anggota Polis DiRaja Malaysia berhak dan patut menolak pemimpin yang menggunakan PDRM sebagai buah caturan untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Anggota Polis DiRaja Malaysia berhak untuk menolak pemimpin yang menggunakan jawatan menteri mereka untuk menekan dan menidakkan hak anggota polis sebagai seorang rakyat yang berdaulat untuk memilih pemimpin yang mereka rasakan layak.
Kami, sebagai anak-anak polis sudah tidak mampu untuk berdiam diri, melihat ahli-ahli politik yang memegang jawatan menteri ini terus menerus meranapkan tanah air yang ibubapa kami taburkan bakti. Kami tidak mahu jasa dan pengorbanan ibubapa kami dijahanamkan oleh sekumpulan ahli politik yang kakistokrat. Makanya, hasrat dan HARAPAN kami sebagai anak-anak polis adalah agar seluruh warga anggota Polis DiRaja Malaysia berani bangkit membuat keputusan untuk membawa arus perubahan. Jika anggota Polis Diraja Malaysia bangkit membawa HARAPAN baru, kami percaya rakyat akan berdiri bersama-sama PDRM.
Sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit bersama-sama anggota Polis DiRaja Malaysia tanpa rasa takut, untuk menidakkan kezaliman mereka yang menggunakan jawatan yang disandang untuk menekan suara, iltizam dan HARAPAN rakyat. Sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia untuk menolak kejahatan mereka yang menggunakan jawatan yang disandang untuk terus mengugut hak rakyat. Sudah tiba masanya untuk semua anggota Polis DiRaja Malaysia tunjukkan maksud sebenar moto Polis DiRaja Malaysia – Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada.
Tan Sri, Dato’ Sri, Datuk, Dato’, Tuan-tuan, Puan-puan sekalian,
HARAPAN kami sebagai anak-anak polis adalah untuk Tuan-tuan dan Puan-puan semua membuat keputusan yang sebaik mungkin untuk masa depan generasi akan datang. Janganlah biarkan mereka yang zalim dan bangsat terus menerus membuat onar dan kekejian mereka. Jangan biarkan semua usaha dan jasa baik kalian menjadi sia-sia. Tanah air yang subur dek tangisan, darah dan keringat anggota Polis DiRaja Malaysia yang datang sebelum kalian semua makin tandus ditangan mereka-mereka yang zalim dan bodoh.
Maafkan kami, jika kandungan atau tona bahasa surat ini menyinggung perasaan Tuan-tuan dan Puan-puan semua. Kalian perlu faham, yang kami terdidik dengan cara kalian yang berani untuk berdiri kerana benar. Kami dibesarkan dengan fahaman yang usaha kalian kerjakan bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk generasi masa depan. Kami dibentuk dengan sifat kalian yang bencikan keburukan, kezaliman, ketidakadilan.
Untuk makluman Tuan-tuan dah Puan-puan semua, ada beberapa orang sahabat-sahabat kami yang mendokong hasrat dan HARAPAN yang sama namun tidak mampu untuk meletakkan nama mereka dalam senarai tandatangan dibawah, kerana risaukan akibat yang akan datang pada kerjaya Ibubapa mereka dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia. Ada juga yang tidak dibenarkan untuk menyuarakan ketidaksetujuan mereka kerana berkhidmat dalam Agensi Badan Berkanun yang lain. Adakah ini masa depan yang Tuan-tuan dan Puan-puan semua usahakan? Untuk anak-anak kalian tidak ada ruang untuk bersuara dan terus akur kepada kezaliman. Adakah ini hasil yang Tuan-tuan dan Puan-puan mahukan ketika kalian lafazkan sumpah keramat, dengan satu tanganmu diangkat ke langit, ke arah Tuhan?

Ikhlas dari anak-anakmu,
Aiman Syaaban bin Azahari
Halimatun Saadiah bin Azahari
Nursyuhada binti Kamaruddin
Muhammad Firdauz
Rozlin binti Hashim
Mohd. Azizi bin Md. Yatim
Mohd. Akmal bin Azahari
Noor Airin binti Muhammad Aidil Koay
Zairul Azham bin Zahari
Noor Amiza binti Amiril
Noor Amiena binti Amiril
Noor Amalina binti Amiril
Asyraf Rifaei Assrangkhuun bin Ai See
Firdaus bin Johan
Hazlinda binti Azmi
Nor Elisa binti Mohd Samsudin
Norhayati binti Yahya
Azalan bin Yahya
Aznam bin Yahya
Muhd Farizudin bin Ahmad 
Abraham Moses
Syamsul Azwar bin Abu Hassan Ashaari
Syamsul Azyzy bin Abdul Aziz 
Ahmad Faiz bin Omar 
Azilah binti Ismail

See Translation

Monday, 25 January 2016

Muhammad Qaim Qays : Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak (aka Isteri kapada Rosmah Mansor)



Muhammad Qaim Qays with Aspirasi Uthm and 5 others.
 

[Surat Terbuka Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak]

Assalamualaikum wbt Dato' Seri Najib.

Saya Muhammad Qaim Qays, berasal dari Muar, Johor.

Dato' Seri, ketahuilah Dato' Seri..

Saya dah sampai ke tahap muak dengan permainan politik ala "FREE MASON" Dato' Seri & rakan-rakan yang begitu penuh dengan konspirasi serta polemik politik, sehingga mana saya merasakan Malaysia tidak lagi mempunyai masa depan yang cerah.

Memang segalanya adalah ketentuan Allah swt, kita tidak boleh meramal masa depan,
Tapi analoginya sama kalau saya bantai sebulan straight tak datang kuliah, assignment tak buat, kuiz tak ambil, cabar lecturer untuk gagalkan saya, tapi masih berharap untuk dapat A+ masa keputusan peperiksaan dipaparkan.

Tak logik bukan?

Begitu jualah apa yang Dato' Seri & rakan-rakan lakukan sejak 2013, sehingga ke harini..
Sehingga ke zaman pekerja Oil & Gas ramai yang dibuang kerja, zaman pelbagai cukai dikenakan, zaman barang naik, zaman 2016 yang penuh dengan cabaran mendatang ini

Dato' Seri.

Saya tak faham apa yang Dato' Seri cuba lakukan untuk masa depan Malaysia sebenarnya?

Sehingga ke waktu & ketika ini, saya lansung tak nampak apakah bentuk kredit kepimpinan yang Dato' Seri nak sampaikan kepada kepimpinan seterusnya untuk menjadikan Malaysia ini negara yang lebih baik.

Beginilah Dato' Seri..

Memandangkan Dato' Seri & rakan-rakan Dato' Seri jenis yang tak makan saman, ditambah pula dengan gerakkan nak "sack" orang jek kerjanya tak habis-habis sejak siri gossip politik menjadi tsunami dalam diri Dato' Seri & rakan-rakan,

Saya nak buat beberapa azam baharu sempena tahun 2016 ini, sebelum menjelang PRU14 tak lama lagi,

1. Saya akan berusaha menerangkan kepada keluarga besar saya bahawasanya, UMNO dibawah kepimpinan Dato' Seri TIDAK LAGI SAMA dengan kepimpinan UMNO terdahulu yang fokusnya jelas untuk menjaga kebajikan rakyat, dan bukannya bertindak sebagai parti yang terhegeh hegeh hendak menjaga survival pemimpin politik.

2. Saya akan lebih kerap turun ke kampus, berjumpa dengan rakan-rakan mahasiswa di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar, Alumni Majlis Perwakilan Pelajar yang masih berada di kampus, kelab, persatuan & sekretariat untuk mencanang bahawa inilah masanya mahasiswa nak BERSATU membawa perubahan kepada masyarakat.

Suatu usaha menggabungkan mahasiswa tidak kira dari kem mana (baca: Aspirasi, Pro-Mahasiswa) akan dilakukan untuk mengembalikan peranan mahasiswa sebagai suara ketiga yang berkuasa di negara ini bagi menyatakan segala cita-cita, harapan, tindakan yang seharusnya dilakukan untuk Malaysia yang lebih baik.

3. Saya akan terus berjumpa dengan rakyat marhaen yang hidup bangun pagi balik petang macam saya untuk sedar akan kegusaran yang seharusnya mereka fikirkan bersama demi Malaysia yang lebih baik. Baik peniaga burger, peniaga warong, makcik cleaner, abang posmen, semuanya lah, mana yang saya sempat untuk berbual & berjumpa.
Misi saya satu;

1. Mengajak mereka supaya bijak memilih pemimpin Islam yang ada cita-cita untuk memperelok pegangan agama, kerana melalui agama sahaja nusrah Allah swt akan datang bersama-sama dalam kepimpinan,

2. Tolak pemimpin yang hanya mementingkan kuasa & ego. Rakyat lansung tidak dihiraukan. Ceritanya penuh dengan penipuan & dusta.

Saya tahu saya hanyalah orang kerdil, besar manalah usaha saya ini, tidak sehebat orang kiri kanan Dato' Seri yang siang & malam berhempas pulas untuk mempertahankan Dato' Seri.. smile emoticon

Kita tunggu PRU14 nanti ye, Dato' Seri.

Saya yakin, lebih ramai pemerhati bebas yang akan buat kerja "free-lance" sama macam saya ini, InShaAllah. Amin.

Saya nak pinjam motto kempen presiden Donald Trump,
"MAKE MALAYSIA GREAT AGAIN!"

Jom sama-sama melakukan perubahan..! smile emoticon