steadyaku47

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Saturday, 5 May 2018

Manan Razali : "Cuba bayangkan sejenak.. Sekiranya ATGNA masih bersama kita pada hari ini, adakah Pas akan berada di dalam kedudukan yang sama seperti apa yang kita lihat sekarang?"

ANTARA LEGASI TOK GURU NIK AZIZ DAN KEMIMPINAN HJ. HADI AWANG MASA INI. 
Oleh Manan Razali, 4 Mei 2018

Saya bukan ahli parti Pas. Sebaliknya saya adalah bekas penyokong tegar Pas yang telah berhenti menyokong Pas setelah selesai Perhimpunan Agung parti pada 6 Jun 2015 di Kuala Selangor di mana pemilihan pemimpin PAS di semua peringkat telah diadakan pada waktu itu.

Saya mula menyokong Pas setelah kembali dari menuntut di luar negara pada Julai 1987 di usia 24 tahun dan duduk di Kuala Terengganu sementara menunggu isteri saya melahirkan anak sulung kami di bulan November pada tahun yang sama. 
Selama tempoh tersebut, saya cuba “mencari” Islam dengan mengunjungi banyak masjid di sekitar Kuala Terengganu. Tetapi apa yang saya cari tidak ditemui di semua masjid-masjid yang dikunjungi kerana ilmu dan maklumat yang saya terima tidak memuaskan hati dan gagal untuk memberi apa-apa bekas kepada jiwa saya. Sebaliknya, semakin banyak soalan-soalan yang mula timbul di dalam kepala saya. 
Hinggalah saya mula mengunjungi Masjid Tuan Guru Hj. Hadi Awang (TGHA) di Kg. Rusila, Marang, Terengganu, untuk mengikuti kuliah tafsir Quran yang beliau sampaikan pada setiap pagi Jumaat. Diringkaskan cerita, saya terpegun dan kagum dengan penyampaian ilmu oleh TGHA dan merasakan hampir semua soalan-soalah yang bersarang di dalam kepala saya pada ketika itu terjawab.
Mulai dari detik itu, saya menjadi peminat dan anak murid setia TGHA. Beliaulah yang bertanggung-jawab membuat saya menjadi semakin berminat mendalami agama dan mengaplikasikan ajaran Islam dalam usaha untuk menjadi seorang Muslim yang diredhai Allah. 
Setelah anak saya dilahirkan, saya bawa isteri dan anak kecil saya kembali ke tempat asal saya di Kuala Lumpur untuk memulakan karier dan membina kehidupan. Sepanjang bertambahnya usia, saya telah menjadi penyokong tegar perjuangan Pas yang ingin mendaulatkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai perlembagaan negara. Dan pada tempoh itu jugalah saya mula mengikuti kuliah-kuliah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz (ATGNA) melalui kaset-kaset yang saya beli di beberapa masjid di sekitar Kuala Lumpur. 
Kadang-kadang saya akan juga hadiri majlis-majlis ilmunya jika beliau berkunjung ke Kuala Lumpur. Mendengar ceramah-ceramah agama yang disampaikan oleh ATGNA membuat saya jadi lebih cinta kepada Islam. Sukar untuk rasa tidak tersentuh jiwa apabila melihat dan mendengar cara ATGNA menyampaikan ilmu. 
Kini saya berusia 55 tahun. Saya mempunyai 4 orang anak hasil perkongsian bersama seorang isteri yang sentiasa berada disamping saya sepanjang 32 tahun kami berkahwin. Hidup kami selesa alhamdulillah. 
Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah sejak 3 tahun lalu (2015), saya telah “membuang” tok guru yang amat saya kasihi dan hormati sepanjang 28 tahun bermula dari waktu pertama kali saya menjejak kaki di Masjid Kg. Rusila pada tahun 1987 dulu. Tidak sukar bagi saya membuat keputusan membuang dan meninggalkan Tuan Guru Hj. Hadi Awang (TGHA) dari terus mengikuti perjuangannya kerana saya adalah seorang yang berfikiran waras dan objektif. 
Saya berpelajaran tinggi dan saya tahu betapa pentingnya untuk mensyukuri nikmat akal yang Allah kurniakan kepada saya dengan menggunakannya secara kritis kerana Allah telah menyebut dalam Al-Quran bahawa di akhirat kelak, kita akan dipertanggung-jawabkan ke atas segala pendengaran, penglihatan dan niat termasuk perbuatan kita (Al-Israa’ : 36). 
Lawan kepada sikap ini ialah jahil, sombong dan taksub. Dalam bahasa pasar, ia dinamakan bodoh sombong. Dan saya bukan orang yang bodoh sombong dan tidak bercita-cita menjadi begitu. Sia-sia Allah bagi akal jika saya tidak mahu gunakannya dengan betul untuk bezakan yang benar dari yang batil dan sebaliknya hanya bertaqlid buta dan taksub kepada orang lain.
Saya berhenti menyokong TGHA dan Pas setelah saya lihat bagaimana anak-anak didik Allahyarham Tok Guru Nik Aziz (ATGNA) dikecam, dihina dan dihambat oleh ahli-ahli haluan kanan dalam parti ini bermula dari detik ATGNA meninggal dunia pada 12 Februari 2015 hingga 4 bulan kemudian pada waktu Perhimpunan Agung Parti pada bulan Jun di tahun yang sama untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka. 
Segala nilai-nilai yang diajar oleh Islam dan akhlak yang sepatutnya dipamirkan oleh golongan yang bergelar Ustaz ini habis dicampak oleh mereka sendiri ke longkang pada waktu itu. Malu saya untuk bersama jamaah yang begini. 
Saya kenal ramai orang yang tiada agama yang mempunyai akhlak lebih baik dari ustaz-ustaz Pas yang bagaikan dirasuk hantu pada ketika itu. Saya amat kecewa dengan sikap TGHA pada waktu itu. Bagaimana dia sanggup biarkan saja hal yang memalukan ini berlaku secara berleluasa benar-benar membuat saya hilang rasa hormat kepadanya. Saya bingung memikirkan apa sandaran agama yang digunakan olehnya untuk mewajarkan tingkah laku yang buruk dan tidak berakhlak begini?
Demikianlah serba sedikit latar belakang mengenai sejarah bagaimana saya jatuh cinta dengan Pas 31 tahun lalu, setia bersamanya selama 28 tahun dan membuat keputusan berpaling daripadanya 3 tahun lalu. 
Bermula dari titik sini pula, saya akan beri gambaran mengenai penyakit kronik yang sedang dihidapi oleh Pas dengan permintaan supaya para penyokongnya berlaku jujur untuk menilaikan keadaan dan kualiti parti ini sekarang.
Sebelum saya bercerita lebih panjang, cuba kita tanya dan jawab soalan ini sendiri : Di era kepimpinan siapakah Pas lebih cemerlang dan disayangi rakyat? Adakah di era kepimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz (ATGNA) atau era Tuan Guru Hj. Hadi Awang (TGHA) sekarang?
Saya ingin kemukakan 3 kayu pengukur utama yang ada pada diri Allahyarham Tok Guru Nik Aziz (ATGNA) untuk digunakan di dalam penilaian ini :
1. Beliau berdakwah sepanjang masa menyeru orang Islam dan juga yang bukan Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana untuk membuat mereka minat kepada Islam.
2. Beliau enggan mengadakan apa-apa jua jenis kerjasama politik dengan Umno kerana tidak mempercayainya walau sedikit pun.
3. Gaya hidup beliau amat sederhana dan sangat tawadhuk (rendah diri).
Ketiga-tiga sifat ini tidak terdapat pada hampir kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang ada pada hari ini. Yang lebih ketara ialah sikap mereka yang kuat putar belit, angkuh dan lebih bergaya dari kemampuan masing-masing. 
Ketika ATGNA masih hidup, masing-masing pemimpin Pas masih tidak pandai bergaya. Tiba-tiba hanya dalam tempoh singkat selama 3 tahun selepas kematian beliau hingga ke hari ini, entah dari manalah mereka tiba-tiba berjaya mengumpul wang yang banyak untuk hidup bergaya dalam suasana ekonomi yang sungguh mencabar sekarang. Saya tahulah, sebab saya seorang ahli perniagaan yang boleh merasai bahang ekonomi negara yang amat mencabar sejak 1-2 tahun kebelakangan ini. 
Tetapi pemimpin-pemimpin Pas yang rata-rata bukan ahli perniagaan sepenuh masa, boleh meletup pula apa yang mereka usahakan dalam tempoh yang singkat untuk membolehkan mereka hidup mewah berbanding majoriti rakyat yang sedang bergelut dengan cabaran-cabaran kos sara hidup yang semakin tinggi.
Pemimpin-pemimpin Pas sangat pandai menipu pada hari ini. Dan yang paling kuat sekali menipu ialah bekas tok guru saya itulah. Pelik betul saya lihat sikap dia sekarang. Kalau nak dibandingkan dengan ATGNA, bagaikan langit dan bumi perbezaan mereka. Tapi yang peliknya ialah sebelum ATGNA meninggal dunia dulu, tidak pula saya perasan yang TGHA ini kuat temberang seperti sekarang. Sudahlah kuat temberang, kuat maki hamun pula lagi! Berlambak-lambak video yang terdapat di Youtube menjadi saksi yang mempamirkan auta beliau.
Perkembangan yang amat tidak diduga telah berlaku di saat mutakhir kini melihat tindakan anak lelaki sulung ATGNA yang bernama Nik Omar menyertai Parti Amanah Negara dan sekaligus menjadi calun parti tersebut di hari penamaan calun pada 28hb April lalu untuk bertanding di kerusi DUN Chempaka yang menjadi kerusi tradisi Allahyarham ayahandanya sejak 1995. Berita mengejut ini bagaikan halilintar yang membelah langit dengan bunyi dentuman yang amat kuat hingga terhenti seketika degupan jantung ramai ahli-ahli Pas yang taksub kepada kepimpinan TGHA.
Tanpa lengah, beliau telah diserang oleh adiknya Nik Abduh dengan kata-kata keras dan juga kenyataan terbuka TGHA yang menyamakan beliau dengan anak Nabi Nuh yang telah menderhakai ayahnya. Ini berlaku dalam keadaan Nik Omar sedikit pun tidak menyebut apa-apa yang buruk terhadap mereka, malah beliau sempat mendoakan kebaikan untuk adiknya. 
Persoalannya sekarang ialah siapa yang benar di antara kedua-dua pihak ini? Adakah tindakan Nik Omar yang memilih parti Amanah sebagai wadah perjuangannya untuk memenangkan Islam itu benar, atau perjuangan Pas di bawah pimpinan TGHA yang memilih untuk kerjasama dengan Umno itu yang benar? 
Yang pasti, ATGNA tidak pernah sekali pun bersetuju untuk Pas berkerjasama dengan Umno. Pendirian ini dipegang dengan amat teguh sehingga beliau meninggal dunia. Bagi beliau, berkerjasama dengan Umno adalah satu pengkhianatan yang besar kepada perjuangan Pas. Malah sesiapa yang beliau dapati cuba menjayakan usaha ini dimarahi dan dihalau keluar dari Pas. Begitu tegas pendirian beliau dalam hal ini tanpa ruang untuk kompromi.
Apa yang saya lihat ialah walaupun ATGNA mempunyai minda politik yang tajam, beliau tidak suka bermain politik ketika memimpin Pas dan ketika menerajui kerajaan negeri Kelantan sebagai Menteri Besarnya. Sebaliknya beliau lebih gemar berdakwah menyampaikan ilmu dan berusaha dengan jujur menjaga kebajikan rakyat. 
Cara dakwah beliau ialah melalui pendekatan _Dakwah Bil Hal_ yang menyampaikan kebenaran dan keindahan Islam melalui akhlak dan tingkah laku dengan cara yang sangat berhikmah dan bijaksana. 
Kita sedia maklum bahawa ketika hayatnya, ATGNA amat disenangi, disayangi dan dihormati oleh berjuta-juta rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tidak kira yang Muslim dan yang non-Muslim, termasuk juga dari kalangan musuh-musuh politiknya dari Umno dan parti-parti lain. Beliau tidak pernah cakap berbelit. Perbuatannya selari dengan percakapannya. 
Pendekatan ini membuat ramai orang-orang non Muslim mula meminati Islam sehinggakan ramai di kalangan mereka telah mengundi Pas pada PRU13 lepas kerana mereka merindui negara yang dapat memperjuangkan keadilan dan kebajikan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, dan mereka yakin Pas mampu _“deliver”_ matlamat yang murni ini.
Malangnya, selepas ATGNA meninggal dunia pada 12hb Februari 2015, sebahagian besar dari rakyat mula hilang keyakinan dan timbul pula rasa meluat terhadap Pas setelah TGHA mengambil alih tampuk kepimpinan Pas. Islam mula kelihatan sebagai agama yang membingungkan. Ahli-ahli Pas syok sendiri dalam dunia mereka sehingga merasakan hanya mereka sahaja yang betul dan suci. Keluasan Islam mereka sempitkan sehingga wajah Islam yang indah telah menjadi hodoh. 
Selain ini, mereka angkuh menghukum sesiapa yang tidak setuju dengan tafsiran Islam yang mereka bawa sebagai orang-orang yang rosak aqidah, malah terus dikafirkan juga kadang-kadang. Yang lebih teruk lagi ialah apabila mereka merasakan bahawa hanya dengan menyertai parti mereka sajalah baru seseorang itu akan layak ke syurga. 
Mereka berpendirian bahawa hanya dengan menyertai Pas dan memberi ketaatan tanpa berbelah bahagi kepada pemimpin-pemimpin parti ini sajalah baru keislaman orang Melayu akan jadi sempurna. Pas adalah bagaikan agama bagi mereka. Sertai Pas jika ingin ke syurga. Dan sesiapa yang tinggalkan Pas dianggap telah meninggalkan Islam.
Tiba-tiba, apabila Nik Omar membuat kejutan untuk bertanding sebagai calun parti Amanah di DUN Chempaka pada hari penamaan calun pada 27hb April lalu kerana ingin meneruskan legasi ayahandanya, hampir seluruh rakyat Malaysia yang tidak cenderung kepada Pas dan Umno menyambut dan meraikan langkah Nik Omar ini dengan penuh gembira dan rasa syukur! 
Paling tidak diduga ialah reaksi golongan non Muslim apabila melihat beliau membuat ucapan sulungnya di atas pentas politik di Putrajaya semalam (Khamis, 3hb Mei 2018). Terlalu banyak komen-komen positif bertebaran di media-media sosial menyatakan tentang betapa kerinduan mereka pada ATGNA kini telah terubat dengan kemunculan Nik Omar pada saat terkahir bersama parti Amanah di persada politik negara, dan betapa optimisnya perasaan mereka terhadap keindahan Islam yang sudah mula bersinar kembali setelah melihat video ucapan Nik Omar di Putrajaya selama 15 minit di Youtube. Sila klik link di bawah untuk menontonnya :
Sebenarnya, faktor keterujaan yang dizahirkan oleh ramai orang non-Muslim inilah yang merangsang saya menulis rencana ini. Keterujaan mereka berserta harapan besar agar pendekatan Islam yang dibawa oleh ATGNA dahulu akan dihidupkan kembali supaya mereka mendapat peluang mendekati Islam, membuat saya jadi lebih teruja dari mereka. 
Kajian perbandingan agama dan usaha dakwah untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada non Muslim adalah bidang yang saya amat minati. Islam bukan suatu agama syok sendiri yang ekslusif untuk bangsa Melayu sahaja. Islam wajib disampaikan dengan baik dan bijaksana kepada seluruh umat manusia. 
Cuba fikir.. Walaupun negara kita sudah merdeka selama 60 tahun, mengapa kita masih gagal berdakwah dengan berkesan kepada rakan-rakan non-Muslim kita? Sebaliknya, kita buat Islam jadi lebih sukar dan tidak praktikal kepada mereka dengan sikap tolol kita menyempitkan keluasan agama suci ini. 
Ini yang TGHA dan penyokong-penyokong fanatiknya tidak faham sedikit pun. Cara yang mereka tahu ialah bersikap kasar, bengis, kuat menghukum orang lain dan kuat putar alam. Jangankan orang non-Muslim yang jadi menyampah dan meluat dengan Islam, orang Muslim sendiri pun semakin ramai yang tinggalkan Islam! 
Bagi saya, kalau kita betul-betul ingin uji “kehebatan” kita, cuba berdakwah dan sampaikan Islam kepada golongan non-Muslim. Kalau setakat nak syok sendiri sahaja, jangan perasanlah.
Selanjutnya, disamping tadbir-urus yang baik dan menjunjung prinsip-prinsip keadilan yang saksama kepada semua lapisan rakyat tanpa mengambil kira latar belakang agama dan bangsa, ukuran kejayaan sebenar bagi sesebuah negara di sisi Allah ialah apabila berbondong-bondong rakyatnya memeluk Islam dengan sukarela (An-Nasr : 1-3). 
Di mana kedudukan kita kalau surah ini digunakan sebagai kayu pengukur kejayaan kita setelah 60 tahun merdeka? Dan di manakah pula kedudukan Pas dalam konteks ini? Apakah kita yakin bahawa budaya dan pendekatan yang mereka ambil sejak 3 tahun lalu mampu memenuhi matlamat yang disampaikan oleh Suran An-Nasr dengan berkesan? Setakat nak maki hamun dan kafirkan orang, bolehlah.
Bayangkan.. Dalam tempoh 3 tahun setelah kematian ATGNA pada tahun 2015 hingga ke hari ini, wajah dan imej Islam telah dirosakkan oleh Pas di bawah pimpinan TGHA. 
Tiba-tiba, hanya dalam tempoh 1 minggu sahaja sejak 28hb April 2018 hingga ke hari ini apabila Nik Omar muncul dengan pembawakan diri dan gaya percakapannya yang sangat mirip dengan almarhum ayahandanya, sebilangan besar rakyat negara ini baik yang Muslim dan juga yang non-Muslim bagaikan melompat dengan rasa penuh teruja dan gembira kerana beliau dilihat benar-benar sebagai satu-satunya anak ATGNA yang mampu meneruskan legasi ayahandanya.
Cuba kita fikir.. Mengapa perasaan optimis yang tiba-tiba disuarakan oleh golongan non-Muslim terhadap Islam setelah mereka melihat ucapan Nik Omar di Putrajaya semalam tidak ujud terhadap parti Pas yang diterajui oleh Hadi Awang sepanjang 3 tahun lalu? 
Apa gunanya berkokok tentang kebenaran Islam jika ia gagal disampaikan dengan baik untuk menarik minat orang ramai terhadapnya? Jika Nabi (saw) gagal menyampaikan dakwah Islam dengan baik kepada orang-orang Arab yang berkeliaran di padangan pasir kira-kira 1430 tahun lalu, bolehkah kita harapkan Islam akan berjaya di atas mukabumi ini sehingga mempunyai seramai 1.8 billion penganut pada hari ini? Yang pasti ialah bukan mesej kebenaran saja yang penting. Penyampaiannya juga sama penting. Tanpa kedua-dua ini, Islam pasti tidak akan berjaya.
Maka kalau kita bersetuju bahawa pendekatan Islam yang dibawa oleh ATGNA sangat berkesan untuk diterima dengan baik oleh ramai rakyat Malaysia, tidakkah wajar untuk kita tinggalkan TGHA dan Pas untuk alihkan sokongan kepada Nik Omar dan Pakatan Harapan agar legasi ATGNA dapat diteruskan? 
Tindakan ini tidak sukar kalau kita boleh berfikir secara objektif dan sanggup bersikap tegas dalam mengambil keputusan yang terbaik untuk diri, agama, dan negara kita. 
Berdasarkan penjelasan di atas, siapakah di antara Nik Omar dan TGHA yang kita rasa lebih yakin dapat meneruskan legasi ATGNA ? 
Sepanjang 3 tahun lalu telah menunjukkan dengan jelas betapa imej Islam telah dirosakkan oleh barisan kepimpinan Pas yang ada sekarang kerana pendekatan dan gaya mereka telah mengkhianati dasar yang diperjuangkan oleh 3 tokoh hebat Pas sebelum ini. Mereka adalah :
1. Tuan Guru Yusof Rawa (Mursyidul Am Pas yang pertama)
2. Dato’ Fadzil Noor (Presiden Pas)
3. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz (Mursyidul Am Pas yang kedua)
Yang aneh ialah anak-anak kepada ketiga-tiga tokoh Pas ini telah menyertai Amanah. Mereka adalah :
1. Dato’ Dr. Mujahid Yusof (Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak)
2. Faiz Fadzil (Calun ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang)
3. Nik Omar (Calun ADUN Chempaka, Kelantan)
Saya tidak mengharapkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas yang taksub kepada kepimpinan TGHA akan membaca apa yang saya sampaikan dalam rencana ini dan kemudian berfikir mengenainya secara waras dan rasional. 
Tetapi saya mengharapkan mesej ini akan membuat ramai pencinta-pencinta Islam yang inginkan pemimpin-pemimpin jujur untuk mentadbir urusan negara kita dengan lebih telus dan amanah, akan berfikir dengan rasional dan mengambil tindakan yang betul pada hari mengundi kelak sekiranya kita ingin legasi ATGNA yang akan menyerlahkan kebenaran dan keindahan Islam dapat diteruskan.
Cuba bayangkan sejenak.. Sekiranya ATGNA masih bersama kita pada hari ini, adakah Pas akan berada di dalam kedudukan yang sama seperti apa yang kita lihat sekarang?

Show More Reactions

Sunday, 22 April 2018

Pas, Umno & Derma

Pas berterima kasih kapada penderma...



Penderma atau wakil?



Malas nak comment .....

\

Dedak by any other name is still dedak....but actually Mas Khawin from umno to pas.





Thursday, 5 April 2018

There is none so "kurang upaya" as PAS



In Malaysia, the pendulum swings across wide chasm of political divides with ease. Timing is everything if you want to take that leap and ride the pendulum to where you think your political agenda is best served. If you ask me three months back if PAS will play ball with the opposition...my informed and calculated opinion at that point of time will be "Are you kidding me!".
Ask me today and we will be exchanging knowing looks and nods as we know that Pas is now holding on to that pendulum for their dear political life - unsure as to when and where to stop and get off!
Three months in politics is a long time. Much water has flowed under the bridge.....and where has the tide taken PAS to?
PAS that has been telling us that race and religion ties them irresistibly if not miserably, to Umno and that the commonality of race and religion transcends politics because their intent is noble. It is for ALLAH and for the Malay race!
Huh....since when has PAS intent has been noble under Hadi? 
The realities are simply this. Kelantan is already PAS, It is a done deal!
It is open season in Trengganu. PAS thinks Trengganu cannot be taken by Umno without their assist. Umno thinks with or without Pas, Trengganu is their to keep. And somewhere in there lies political hubris of the kind that umno excels in manipulating to its advantage.
Simply said....PAS want Umno to give them Trengganu whether Trengganu is taken by Pas or Umno or a Pas and Umno coalition or by anybody - the opposition included...PAS wants Trengganu!
What else does PAS wants?
Perhaps a PAS Menteri Besar in Kedah no matter who wins in Kedah....Umno, PAS or whoever lah!
PAS Ministers in Cabinet....again no matter who wins government!
And PAS wants to keep what they already have in Selangor too even if PKR still rules.
And dedak is of course always on the agenda of those within PAS already familiar with what "working" with Umno has brought them!
Does Pas really think that Umno will share with PAS what Umno already has and can win by themselves? PAS should ask MCA, Gerakan and MIC what Umno has given them costs them in terms of electoral support!
But PAS think it possible no? Was there not a time when PAS had a presence in Kedah and Perak...MB's even? And there were PAS representatives in Selangor and Penang too.
Yes, again PAS dare to dream that the same is possible with Umno.
I will tell PAS what is possible with Umno.
Dedak is possible. Taking Trengganu from Umno is not. Having a PAS MB in Kedah is not. And maybe...just maybe....they will lose everything in Selangor no matter who forms government there.
And in politics, race and religion is merely a convenient crutch you use when you are "kurang upaya!"......and in Malaysia there is none so "kurang upaya" as PAS! So let us watch and see where the political wind will blow Hadi and gang in the foreseeable future.


Wednesday, 4 April 2018

Wither PAS?


Delusional, senile decay or will PAS have the deciding vote in a hung parliament? Will we see these Towel Heads making a difference this time around? Your guess is as good as mine.


Sunday, 18 February 2018

Aruah TGNA



THE LATE GREAT ARUAH TOK GURU NIK AZIZ....I remember vividly and with much fondness, the reverence I and so many Malaysian had for this man. It matters not the beliefs you hold nor the political inclinations you have...with him leading PAS we had with us some one whom we trust and can depend on in our corner. Without him PAS has descended into the pit of religious intolerance and religious arrogance that have consign PAS back to the days when it was an insignificant political entity able only to live from hand to mouth in that East Coast state that many of us refer with disdain as being "out of sight...out of mind". 
PAS under Hadi the Towel head Idiot, has now become for its leaders what Umno has been for its leaders for as long as I can remember - a source of dedak. I have no doubt that after GE14 PAS will go begging bowl in hand to umno for handouts while its leaders enjoy the spoils of political office that brings with it Four Wheel Drives, Mercedes, Audis....Mansions....and the more mundane things that men of the cloth usually seek from life....second, third or maybe four wives, mistresses and girlfriends. Enough said.


Tuesday, 23 January 2018

Sopian Ahmad : Jadi apakah sebab sebenarnya yang PAS kali ini tiba tiba berkelakuan seperti orang tak tahu berpolitik?






Sopian Ahmad Sejarah membuktikan bahawa bila PAS bersendirian PAS hilang kerusi, tak boleh menang. PAS tahu hakikat ini tetapi PAS masih mahu bertanding juga walaupun ditempat yang PAS tahu terang terang PAS tak boleh menang.

Jadi apakah sebab sebenarnya yang PAS kali ini tiba tiba berkelakuan seperti orang tak tahu berpolitik?

Semua pengundi sedar bahawa PAS, dari sebuah parti politik yang dari mula keujudannya sehinggalah kebelakangan ini, dibawah kepimpinan haji Hadi, menentang sekuat kuatnya umno. Tetapi sudah bertukar warna terhadap umno dalam permainannya. Ayat ayat PAS sudah condung mengapongkan umno yg hampir tenggelam. 

Mengapa? umno lebih Islam sekarang dibawah najib dengan 1 MDB, keruntuhan FELDA, kandang lembu, RM2.6 Biliun, 42 juta dalam akaun persendirian najib?.....apakah ini amalan Islam?

PAS sudah hilang pegangan. PAS sudah buang prinsip dan nilai Islam kerana mengapongkan kleptocracy.

Akibat pertandingan PAS ditempat tempat yg nayata PAS akan kalah hanyalah bertujuan untuk memecahkan undi penentang umno dan najib. PAS hanya hendak menolong memenangkan umno dan najib dengan memecahkan undi pembangkang.

Harapan PAS hanyalah untuk mendapat dua atau tiga jawatan timbalan menteri kalau najib menang pilihanraya nanti!

Inilah yg dikatankan "undi PAS adalah undi umno"!

Ahli PAS pasti tahu menilai nilai undi mereka untuk menentang kemungkaran dan membersihkan Malaysia dari kekotoran kleptocracy pimpinan najib ini.

Monday, 22 January 2018

HADI : INI JASA DAP YANG TIDAK DI LUPA. PAS ADA LAH PARTI YANG TIDAP LUPA JASA ORANG. PILIH DAP. PILIH DAP. PILIH DAP.


LAWAK PAGI ISNIN...IF PIGS CAN FLY, PAS HQ WILL BE AN AIRPORT!


Pas hopes to win with simple majority in GE14, form new government
Pas hopes to form a government of its own by winning with a simple majority in the 14th General Election or to at least win enough parliamentary seats to be part of the new government.
Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang also confirmed that Pas will contest in at least 130 seats in the upcoming election.
“(We hope to win in) more than 130 seats, or at least (win with) a simple majority.
“Pas wants to form the (Federal) government or take part in the formation for the government. (We) no longer want to be just a weak opposition (party),” he told reporters after attending the Pas Selangor Fastaqim 2.4 gathering and launching the Selangor Pas’s election machinery, here today.
Hadi was responding to a question on the number of seats that Pas will be contesting in GE14.
Hadi had said Pas only needs to win 112 seats for a simple majority in the 222-seat Parliament.
He had also said the party may introduce a government represented by technocrats and not merely politicians.
Hadi, during the press conference, however did not name any political parties that will join Pas in forming the federal government should it wins the GE14.
He also acknowledged that Pas wants to win in Selangor or at least aims to bring changes in the state.
“That is important. First, we need to guide and secondly, we need to make a difference.”
He further said Pas will contest in as many seats in Selangor and not just in the 42 state assembly seats as previously announced.
Besides that, the issue of who will become the state Menteri Besar if Pas wins, will only be discussed when the candidates from the party win their respective seats.
“(Pas will contest) in a number of seats in Selangor. The total number of seats has been decided. (Our candidate for Menteri Besar) follows who wins in the election because we do not know who will win.”
Hadi also denied talks that Pas had been in discussion with Umno to cooperate in the GE14 as alleged by some quarters.
He said those were merely rumours and that Pas will also contest in areas contested by Umno or Barisan Nasional candidates.


steadyaku47 comment : If Pigs could Fly PAS Hq would be an Airport!

Friday, 22 December 2017

Tuesday, 24 October 2017

PAS, TOK GURU .....



News Feed

Ingat Perangai dalam jubah dan serban Arab baik ke? Sebab itu segala kejahatan yg dahsyat bermula di Arab dan Allah menurunkan Nabi di sana.
----------

Selepas tindakan PAS malam tadi dikiritik hebat, depa cover malu dgn alasan, Salah ker kami ambil balik hak dan tanah milik PAS ? kalau itu hak PAS, tak perlu lah susah2 PAS beli tanah tu dalam senyap... Sampai sanggup beli dgn nilai RM 700 ribu..
Kalau dah tanah tu milik PAS, PAS tak perlu tunggu tuan Tanah tu Meninggal Dunia, dan beli tanah tu dari balu yg belum habis Eddah..usung ADO Pejabat Tanah datang rumah buat urusniaga, pertukaran nama dalam hak milik...Semuanya kerana kesumat dan dendam depa pada Husam dan Amanah, hari ini Allah perlihat kan wajah jahat depa,
tak hairan mcm tu lah,depa singkirkan Husam sebagai Exco, gantikan Tok Guru sebagai MB Kelantan (rampasan Kuasa) dalam hanya dalam tempoh 24 jam selepas keputusan PRU 13 diumumkan.. Sejarah ni ramai yg tak tahu..depa datang rumah Tok guru selepas subuh 6 Mei untuk tandatangan urusan peralihan kuasa.. 
nanti depa jawab, Tok Guru memang nak berhenti.. Paklah pun berhenti, Mahathir pun letak jawatan.. tapi takda dgn cara hina dan cepat macam lebai jahat PAS..jahat2 UMNO pun, Mahathir dan Paklah pun ada tempoh peralihan, penyerahan kuasa dibuat secara tertib.. Selalaunya bekas PM, bekas PM akan hadir majlis angkat sumpah.. TG Nik Aziz hadir ker Majlis angkat sumpah peganti beliau.. Tok Guru yg berjasa 22 tahun, depa rampas kuasa macam koboi..
kenapa tak tunggu seminggu peralihan kuasa di kelantan? tunggu Tok Guru sendiri serah kuasa, buat dulu Mesyuarat Perhubungan PAS negeri..kenapa tergesa gesa tukar MB pada subuh 6 Mei ? waktu tu Tok Guru dah nazak ker ? kenapa tak hormat Tok guru ?atau PAS ketika itu hanya berkelebihan 1 kerusi ? semuanya adalah demi rampasan kuasa.. 
PRU13 pada 5 mei, tengah malam 5 mei baru dapat keputusan, tengah hari 6 mei Ahmad yacob dan Exco dah angkat sumpah.. sedangkan Pulau Pinang dan Selangor seminggu selepas itu baru angkat Sumpah.. persoalan, kenapa perlu tergesa gesa ? sebab nya untuk elak kan Tok Guru sendiri bagi nasihat kepada pimpinan dan Sultan..
Tak hairan Tok Guru merajuk.. mengasingkan diri dari Politik dan Mesyuarat PAS, menghadiri Muktamar di tahun2 terakhir Tok Guru.. Tok Guru tak melawan sebab nak jaga kepentingan Jamaah dan Pakatan Rakyat jer.. 
hari ini Allah perlihat kan wajah jahat dan gelojoh depa depan mata kita.. lagi jahat lebai PAS dari UMNO.. Alhamdulillah.
IpohMali



Monday, 25 September 2017

Thursday, 3 August 2017

Sarawak Report : So who is paying for the RM3,000 per hour Solicitors to attend each of PAS court hearings?



So Who Is Supporting 'Opposition" PAS Leader, Hadi Awang, In His Suit Against SR?

So Who Is Supporting 'Opposition" PAS Leader, Hadi Awang, In His Suit Against SR?

Anxious not to be identified? High Commission official outside Hadi's High Court hearing
Anxious not to be identified? High Commission official outside Hadi’s High Court hearing
Britain’s most aggressive libel lawyers do not come cheap.  However, PAS President Hadi Awang has hired solicitors Carter Ruck (at over £500/RM3,000 per hour) over the past several months plus a top barrister to attend each of their court appearances, even for the preliminary case management stages.
A reasonable assessment of the costs incurred so far would be around £100,000/ RM600,000 , even before the trial itself has got going.
So, is Hadi Awang footing this humungous bill himself, lawyers for Sarawak Report have repeatedly asked?
However, Carter Ruck has refused to answer this question on behalf of their client, who has himself embarked on a public campaign to raise money for the court case from members of the congregations at their mosques.

PAS Say They Can’t Pay

Meanwhile, PAS spokesmen have explained that the party itself cannot pay, and claimed that it cannot even afford its electricity bills.  Hadi has his MP’s salary (admitedly recently inflated by Najib to RM16,000/ £2,800 per month) but on the face of it that would not appear to be up to servicing the voracious invoices of Carter Ruck.
The PAS fundraising campaign did announce in March that it had raised a relatively megre £13,000towards the case, which its spokesman has acknowledged could cost millions.  Since that time there have been no further public announcements about money raised to bridge the gap, although the case has continued unabated.
So, has some entity stepped in to assist Hadi Awang in funding the case?
Certainly, PAS is refuting Sarawak Report’s earlier observation (the cause of all their anger) that many in Malaysia believe that like other parties allied to UMNO/BN it has started to receive support from the PM – support that spokesmen from the MIC and others have openly acknowledged on the grounds they see nothing wrong with taking cheques signed by Najib to support their political campaigns.
So, if this is not the case, we ask why it is that the party’s UK legal team are refusing to acknowledge how and by whom they are being paid?

Malaysian Officials Attending In Force In UK Court!

Under such circumstances Sarawak Report was surprised to see that no fewer than six senior Malaysian High Commission officials saw fit to take a day out of their busy diplomatic schedules in order to attend Hadi’s case management hearing against Sarawak Report in the High Court in London, today 2nd August. They listened carefully and took notes.
On the other hand, there were no other Malaysian figures attending the court, for example to represent PAS or Hadi.
First secretary
At last his hand came down to reveal Hadrizammi from the Political & Security Dept of the High Commission
So, what is the interest of the Malaysian Government in a libel suit pressed by an ‘opposition politician’ against a lone campaigning journalist and why have they invested so much time and deployment of their staff?
Sarawak Report was able to photograph three of the six High Commission staff, who appeared to be familiar with the plaintiff’s legal team and had clearly been briefed fully on the session – where, what time etc.
These Malaysian government representatives were not happy to be photographed, in fact they complained and one covered his face in an attempt to shield his identity.
We later revealed the man who tried to hide his face as Mr Mohd Hadrizammi Mustafa (above) who is listed at the High Commission as a ‘Political Counselor’ under a department entitled ‘Political and Security’. Sources close to the High Commission have told Sarawak Report that he is believed to have an intelligence role.
Arrived at 1st Secretary
Arrived at First Secretary
According to the High Commission’s own instagram (above) Hadrizammi arrived two years ago in the capacity of First Secretary.
Caught outside the court
Caught outside the court
Two other staff members photographed at the court were also displeased to be identified and asked the photographer to stop.
These have been identified as (left) Embassy Media Officer, reponsible for photography, social media and press releases, Wan Rosli Wan Osman.
On the right is Mr Jesse Quiban, Second Secretary of Bi-lateral Affairs, also in the ‘Political and Security’ division of the High Commission.
Sources say that Mr Quiban, who is from Sabah, is known as being Head of Chancery.
Social media postings make clear that both men are currently employed in the London High Commission and Mr Quiban has come from key official roles earlier in KL.
Quibban's Twitter illustrates he is in London in an official role
Jesse Quibban’s Twitter illustrates he is in London in an official role
Today Hadi’s UK legal team argued (successfully) that Sarawak Report should be made to go and chase its own costs in KL, should it win, on the basis that it would have no problem whatsoever in extracting its costs from Hadi through the Malaysian courts.
Wan Roslin Wan Othman at the High Commission
Wan Roslin Wan Othman at the High Commission
This is because, Carter Ruck argued, there is no evidence at all of political interference in court proceedings in Malaysia and no evidence of any risk of political pressure being brought to bear on the country’s “objective and independent” judiciary.
Carter Ruck also said that there is no evidence of corruption in high places in Malaysia, so Sarawak Report would have no problems executing a British court order against Hadi through the KL courts if it were to win against Hadi’s libel action, which has been stated as representing PAS.
On the other hand, Carter Ruck generously advised in court that Sarawak Report might wish to drop its defences referring to corruption and just stick to its other defences (if it was really so very worried about the effects of annoying Najib).
Najib has been one of Hadi's most frequent visitors after his operation and "phones almost daily" say sources
Najib has been one of Hadi’s most frequent visitors after his operation and “phones almost daily” say sources

Public Policy Exemption?

There is, in fact, what might be seen as a rather lethal “Public Policy” exemption in the Reciprocal Act between the UK and Malaysia of 1958 (to allow enforcement of court decisions) which allows Malaysia to reject enforcement of orders that conflict with Malaysia’s own ‘Public Policy’.
However, Hadi’s lawyers have reassured the UK’s case managers that in no way would a ruling that happened to besmirch the reputation of the Prime Minister and find him culpable of corruption fail to be enforced by a Malaysian court on such a pretext against a website which has been banned for “spreading false news”.
No matter that this “false news” over 1MDB has now been upheld by the United States Dept of Justice, the Singapore Courts and the Swiss Attorney General. No matter that the French court has just identified the Malaysian Prime Minister as a man who took a massive bribe from their defence contractors, now indicted (along with Najib’s henchman Razak Baginda).
What a relief!  Anyone would have thought that the emergency debates later this very week called by Malaysia’s Bar Council, deploring political interference with the judiciary might have amounted for something, but apparently not.
This being the case, surely answers should be expected as to why all these representatives from the ‘Political and Security’ division of the High Commission were there in court today, following the case management of this ‘non-politically interfered with case’ and who is paying for Hadi’s lawyers?
In the words of one observer of the case said today “It appears that this is not a case being brought Hadi but by the Malaysian Government”. If that is not true, who is supporting Hadi?
Quibban and Hadriz
Quibban and Hadrizammi leave court together