steadyaku47

Tuesday 23 January 2018

Sopian Ahmad : Jadi apakah sebab sebenarnya yang PAS kali ini tiba tiba berkelakuan seperti orang tak tahu berpolitik?






Sopian Ahmad Sejarah membuktikan bahawa bila PAS bersendirian PAS hilang kerusi, tak boleh menang. PAS tahu hakikat ini tetapi PAS masih mahu bertanding juga walaupun ditempat yang PAS tahu terang terang PAS tak boleh menang.

Jadi apakah sebab sebenarnya yang PAS kali ini tiba tiba berkelakuan seperti orang tak tahu berpolitik?

Semua pengundi sedar bahawa PAS, dari sebuah parti politik yang dari mula keujudannya sehinggalah kebelakangan ini, dibawah kepimpinan haji Hadi, menentang sekuat kuatnya umno. Tetapi sudah bertukar warna terhadap umno dalam permainannya. Ayat ayat PAS sudah condung mengapongkan umno yg hampir tenggelam. 

Mengapa? umno lebih Islam sekarang dibawah najib dengan 1 MDB, keruntuhan FELDA, kandang lembu, RM2.6 Biliun, 42 juta dalam akaun persendirian najib?.....apakah ini amalan Islam?

PAS sudah hilang pegangan. PAS sudah buang prinsip dan nilai Islam kerana mengapongkan kleptocracy.

Akibat pertandingan PAS ditempat tempat yg nayata PAS akan kalah hanyalah bertujuan untuk memecahkan undi penentang umno dan najib. PAS hanya hendak menolong memenangkan umno dan najib dengan memecahkan undi pembangkang.

Harapan PAS hanyalah untuk mendapat dua atau tiga jawatan timbalan menteri kalau najib menang pilihanraya nanti!

Inilah yg dikatankan "undi PAS adalah undi umno"!

Ahli PAS pasti tahu menilai nilai undi mereka untuk menentang kemungkaran dan membersihkan Malaysia dari kekotoran kleptocracy pimpinan najib ini.

No comments:

Post a Comment