steadyaku47

Sunday, 13 November 2011

Nak termuntah aku tengok blog Kelantan puja sultan depa!


with thanks to : 

Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?
Antara perkara yang paling saya meluat apabila membuka blog kawan-kawan dari Kelantan ialah pujian yang entah apa-apa terhadap sultan depa kini (gambar sebelah). Pada mereka, sultan depa macam bagus sangat. Saya nak muntah!


Yang saya bertambah hairan kalau depa tu orang PAS. Mulut tak habis-habis Isle, Isle. Tapi memuja feudalisme.


Bila melihat berita mStar Online hari ini bertajuk "Sultan Kelantan mahu rakyat waspada anasir anti-golongan berkuasa", saya semakin benci melihat orang mengangkat raja ke tahap yang bukan-bukan. Saya benci sangat-sangat!


Berita itu menyebabkan saya nak siarkan kembali posting saya bertajuk "Pembangkang tak payah perasan raja simpati kat hampa":
Anda mahu mengenali raja-raja Melayu dan mahu tahu khidmat mereka kepada siapa? Kalau anda boleh faham Bahasa Inggeris sikit-sikit pun jadilah, pergi baca komen-komen bawah artikel yang ditulis oeh Raja Petra Kamaruddin bertajuk "Feudalism rules".


Saya hanya hendak tulis dua perkara dan tanya satu perkara.


Pertama yang saya hendak tulis ialah untuk membatalkan apa yang saya tulis beberapa kali sebelum ini. Masa tu saya kata, di kalangan raja-raja Melayu, hanya kepada Sultan Kedan dan Sultan Terengganu yang ada perasaan hormat dalam hati saya. Itu dulu. Sekarang tidak ada walau secebis pun lagi perasaan itu dalam hati saya.


Saya tidak boleh menentang sistem raja berperlembagaan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang direka oleh hakim Orang Putih, hakim India dengan nama Islam yang berfikir dan hidup macam Orang Putih dan hakim Pakistan yang juga hidup dan berfikir macam Orang Putih. Walau bagaimanapun, tidak ada lagi sama sekali perasaan hormat dalam hati tidak bermakna menentang sistem yang hakim-hakim common law itu tulis.


Kedua yang saya hendak tulis ialah untuk menyatakan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana sejak saya di sekolah menengah lagi, saya tidak angkat tangan setiap kali jemaah sembahyang Jumaat berdoa untuk raja. Hari ini, saya akan bersujud syukur sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. atas apa yang tidak saya lakukan sejak sekolah menengah itu.
Dan hari ini (12/11/11), dengan jasa berita berita mStar Online di atas juga, kalau saya solat Jumaat di Kelantan, saya memohon perlindungan Allah dari mengangkat tangan mengaminkan doa untuk raja! Sekuat mana pun pendirian saya, saya manusia lemah. Saya sungguh-sungguh merayu perlindungan Allah s.w.t. dari melakukan perbuatan khurafat dan hina seperti menyembah sesama manusia. Sungguh-sungguh, tolonglah lindungi dan pelihara saya ya Allah! Tolonglah sangat-sangat ya Allah!!!!!

3 comments:

  1. Update 13/11/11 2.05 ptg

    Saya ingat orang faham. Rupa-rupanya ramai yang tak faham.

    Subjek saya bukan orang Kelantan. Jangankan orang Kelantan yang setiap hari saya makan minum dengan depa (majoriti kawan saya di Restoran Thaqwa tu orang Kelantan), malah ketika hampir semua orang menghentam Mamak kerana mereka merasa jijik sangat-sangat dengan buruk dan busuk kelaku orang-orang Umno Pulau Pinang yang kebanyakannya keturunan Mamak dan sebelum itu kerana mereka benci sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, saya tidak bantai Mamak walaupun ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

    Subjek saya bukan orang Kelantan. Subjek saya ialah feudalisme yang berkembar siam dengan Umno. Subjek saya ialah orang-orang istana yang bercakap dengan bahasa yang sama dengan bahasa Umno. Jika orang-orang Kelantan beriman dengan keyakinan bahawa sultan mereka suci dari Umno, itu hak demokratik mereka.

    Ambillah hak demokrasi Saudara semua untuk berfikir seperti yang Saudara nak fikir. i am not in the business of usurping your rights. Salam persaudaraan Islam dari saya.

    ReplyDelete
  2. Malaysian,not just Kelantanese and their obssession with their Raja......its a gone case,be it Umno people,Pas people,any Tok Guru that you can imagines,Profesers,Doctors,Engineers and what not,they are all bunch of stupiditos and idiot when they come face to face with their Raja,Ya ku,Patik ku,Baik ku,Patik bodo ku,this are common words when they are in conversation with their Raja.....so can somebody tell me what do we call this kind of people if not stupiditos and idiot?

    ReplyDelete
  3. I have watched with interest the videos of the recent Kelantan succession and listened to the discourse on the imfamous criminal misdeeds and the royal excesses.
    How do you answer truthfully your children's queries of the unroyal behaviour when they recite "kesetiaan kepada raja dan negara"?

    ReplyDelete