Kepada
semua kawan, saya ingin menarik perhatian kepada perkembangan dalam
negara kita yang cukup membimbangkan, terutamanya bagi generasi muda dan
masa hadapan mereka. [Kita sudah tua]
Sejak terbongkarnya kes 1
MDB ini kita sudah lihat TS Muhyidin, Dato Shafie Apdal dan Dato Mukhriz
disingkir. Terawal dari itu, Tan Sri Ghani Patail, a senior public
officer,dinyahkan dari jawatan. Pertukaran pegawai di MACC dilakukan
dalam pertengahan siasatan 1 MDB. Malah, wakil rakyat anggota PAC, yg
sedang menyiasat 1 MDB, dipecahkan dengan mengangkat pangkat mereka jadi
menteri dan timbalan menteri; pengerusi PAC diganti dengan orang yg
lebih "sesuai". Semua ini membawa kesan kepada institusi pentadbiran
negara. kesan negatif!
Paparan laporan Auditor General mengenai 1
MDB yg dirahsiakan menunjukkan ada usaha pehak berkuasa untuk lari dari
kebenaran. Surat dari Bank Negara kepada PAC menunjukkan kerja salah
telah berlaku melalui Jho Low. Sebahagian dari laporan PAC dipadamkan
oleh pengerusinya untuk menyenangkan pehak tertentu. Apa maknanya semua
ini?
The country, our country, has gone to the dogs!
Negara ini amnya diperentah oleh orang Melayu; Bangsa Melayu. Ternampak
jelas bahawa dibawah pemerentahan Bangsa Melayu ini, institusi kerajaan
telah gagal berfungsi, kebelakangan ini.
Kemanakah semangat Perlembagaan Negara?
Kemanakah semangat Perundangan [judiciary] Negara?
Kemanakah majlis Raja Raja?
Kemanakah hakim hakim mahkamah?
Kemanakah Perkhidmatan Awam? Dan
Kemanakah rakyat keseluruhannya?
60 tahun Bangsa Melayu memerentah Negara ini. Telah ada pembangunan
besar. Ekonomi contuh bagi negara dunia ketiga! Dunia Islam!
Tiba tiba pandangan dunia terhadap kita pudar. Mereka nampak macam
Bangsa Melayu ini tidak boleh dipercayai; untrusworthy and hopeless!
Tidak boleh diharapkan dalam menjalani demokrasi berparlemen, perasuah!
Dunia memandang bahawa Bangsa Melayu kita adalah pengurus awam yang
tidak cekap, rendah kekuatan moralnya dan ini terpapar jelas dalam
pengurusan perbankan, institusi ketatanegaraan serta pejabat awam.
Semuanya tak boleh diletakkan harapan!
Hopeless!
Inilah tanda tanda serius yang Negara kita yg tercinta ini sedang menjunam kearah "a failed state."
Sedang perkembangan begini pantas melilit kehidupan kita sebangsa,
orang Melayu pula tidak menunjukkan apa apa kesedaran mengenai nya!
Mereka macam tidak tahu implikasi perkembangan ini terhadap ekonomi
masyarakat, negara dan keluarga mereka!
Jenayah ekonomi seperti
salah urus yang berlaku dalam 1 MDB sehingga berbiliun ringgit wang
hilang dan rakyat terbeban hutang besar bertahun tahun tidak langsung
menghenyak dada Bangsa Melayu!!!!!!
Buktinya?
Lihat cara Bangsa Melayu mengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru baru ini!
Lihat gelagat ketua ketua parti politik Bangsa Melayu yang terbesar,
UMNO. Mereka terus tidak bergenjak dari menyokong dan memberi taat setia
kepada pemimpin yang terpalit dengan kerja yang mungkar. Dan diketika
begini pula datang parti orang Melayu, Parti yg berasaskan Islam,
mendampingi UMNO!
Perkiraan politik dan pertimbangan apakah yang berlaku dalam pemikiran Bangsa Melayu dan pemimpinnya?
Hanya nafsu untuk terus berkuasa?
Keuntungan kebendaan?
Kemanakah prinsip, etika, moral dan kesinambungan keamanan dan kemakmuran Bangsa, negara dan Ugama?
Pengundi Bangsa Melayu yang majoriti melenggang lenggok pergi kutip
habuan buat tukaran bagi undi mereka!!! Mereka tidak mampu menyedari
implikasi kelakuan "RASUAH" mereka keatas Negara, Kerajaan, Masyarakat
dan keluarga mereka sendiri.
Kerana orang Melayu adalah Bangsa
Majoriti Negara ini, makanya Bangsa Melayu lah yang bertanggungjawab.
Kaum lain penting tetapi tanggungjawab mereka tidaklah seberat
tanggungjawab Bangsa Melayu.
Sama samalah kita berfikir dan mencari jalan baru untuk keluar dari arah "failed state" ini.
No comments:
Post a Comment