steadyaku47
Saturday, 5 May 2018
Komentar Dr. Mohd Shah, Pakar Psychiatrist ATM tentang Ustaz Nik Omar...
Menonton ucapan Ustaz Nik Omar semalam.. tak sangka Nik Omar mempunyai keupayaan berucap dengan baik, bkn shj menyentuh soal agama, malah soal Politik dan pentadbiran negeri . Beliau dpt menghuraikan sesuatu perkara agama dan politik itu dengan baik , tdk seperti Nik Abduh , ucapan dan penulisannya selalu hilang sesat entah kemana , hingga masuk ke alam CIA .
Boleh dikatakan Ustaz Nik Omar ni "Faqeh" dalam politik . sayangnya kepakaran dan bakat Nik Omar tidak dimanfaatkan oleh pas . Rupanya Almarhum Tok Guru Nik Aziz telah lama meninggalkan pewarisnya cuma selama ini mutiara Tok Guru itu tersimpan rapi sebagaimana dalam Surah Al waqiah disebut sebagai lu'lu;il maknun .
كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ..
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya...
Kalau aku lah sebagai anak Kelantan , Pengundi Kelantan , aku tdk akan teragak agak beralih kepada Pakatan Harapan.. Menyokong Nik Omar bukan sahaja sebagai bakal YB, tetapi layak sebagai bakal MB masa depan..
Kalau beginilah watak Politik masa depa gerakan islam..Kalau Nik Omar menyertai Amanah..aku juga tak teragak agak untuk bersama.. ia membawa fikrah yang betul dalam Politik dan harakah Islam..
Tuduhan Tok Guru Hj Hadi dan Nik Abduh ternyata meleset.. Kisah cemburu sesama saudara ini bukan perkara baru, ia diceritakan dalam Surah Yusuf...
Iktibar dari Surah Yusuf ayat 8 -
إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَى أَبِينَا مِنَّا وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ...
(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."
اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ وَتَكُونُوا مِنْ بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ ..
(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna (9)".
Jika Nik Omar diumpamakan mutiara.. nampaknya kata kata kesat Nik Abduh lah pulak seperti Mani yang terbuang Hina.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment