Wajarkah kita biar UMNO-BN terus memerintah Malayais sampai kiamat !?...terasuk dengan mantra Najib, "Sesuap nasi adalah hasil perjuangan UMNO" !...terus terpengaruh dengan dakyah bahawa DAP adalah anti-Melayu dan komunis !? Tentu tidak !!
Oleh itu saya merayu kapada semua rakan saya dalam UMNO, BN, perkhidmatan awam ( termasuk polis & tentera ) dan di seluruh negara ( termasuk Sabah dan S'wak ) supaya kali ini kita pilih PAKATAN HARAPAN !
("Ini kalilah bah !" kata orang Sabah.)
Cuma dengan cara ini sahaja kita dapat tahu dengan nyata dan terbuka semua skandal yang melibatkan ribuan juta ringgit duit rakyat yang telah diseleweng (secara terus atau melalui pengubahan haram dan manipulasi) oleh MO1 serta kebanyakan pemimpin UMNO-BN, ketua bahagian, kroni, proksi, isteri, ahli keluarga (termasuk anak tiri) mereka, sedangkan kebanyakan rakyat sengsara.
Cuma dengan cara ini kita dapat menyekat kleptokrasi dan korupsi besar-besaran dari berterusan dan menjadi parah kapada ekonomi negara. Kita pasti akan tahu kenapa kos projek-projek dengan negara China seperti ECRL berlipat ganda!
Berapa banyak tanah negara tergadai?
Memilih UMNO-BN bermakna kita bersekongkol dengan penyanggak negara uutuk mereka "joli sakan" duit kita.
Memilih UMNO-BN bermakna juga, semua kes skandal 1MDB, FELDA, MARA dan lain-lain akan berkubur selama-lamanya!
Saya percaya ramai diantara tuan/puan nanti demi kedaulatan undang-undang akan bersama saya sanggup membantu kerajaan baru Pakatan Harapan untuk mengorek balik kes-kes berkenaan, mengesan dan mendakwa penjenayah2 itu serta merampas harta2 yg mereka perolehi secara haram. Saya sendiri pun ada beberapa maklumat berkaitan!
Mungkin ada baiknya juga pemimpin2 UMNO-BN yang jujur dan bersih selepas 9 Mei ini menjadi pembangkang yang berwibawa dan kental untuk menentukan kerajaan baru ini menjadi lebih cekap, mantap dan maju demi kepentingan negara. Saya yakin kerajaan di bawah PH akan membawa lebih kemajuan, perpaduan, keadilan dan keselamatan.
Jika kerajaan PH gagal, kita akan hukum mereka dalam PRU kemudian !!
Terima kasih.
Yang benar,
Dato' Hi Abdul Razak Idris, mantan pegawai SB (PDRM), Pengarah Perisikan (Intelligence) & Pengarah Siasatan SPRM, anggota Jawatankuasa Disiplin UMNO (sehingga April 2018.) Ahli UMNO selama lebih dari 30 tahun.
No comments:
Post a Comment