steadyaku47

Monday 17 April 2017

MyWatch : IGP KHALID ABU BAKAR SILA LETAK JAWATAN SEGERA


Rakyat Malaysia masih menunggu jawapan balas dari pihak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar setelah beberapa siri pendedahan dilakukan oleh MyWatch dan Sarawak Report berkaitan syarikat milik anak dan abang Tan Sri Khalid.
Syarikat yang dimaksudkan itu adalah Unggul Shooting Academy dan Nilai Arms & Ammunition dan Unggul Arms Ammunition. Unggul Shooting Academy dan Unggul Arms Ammunition dimiliki oleh abang kepada Tan Sri Khalid yang bernama Abdullah Bin Abu Bakar. 
Manakala Nilai Arms Ammnunition pula dimiliki oleh anak perempuan Tan Sri Khalid yang bernama Juwiza Binti Khalid yang baru berusia 33 tahun.
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, tiada mana-mana pegawai polis yang telah berkhidmat lama dalam PDRM yang berjaya mendapat lesen menjalankan perniagaan senjata api tetapi dengan tiba-tiba abang dan anak perempuan Tan Sri Khalid berjaya mendapatkan lesen dan membuka syarikat senjata api. Pelik bukan?
Apa yang perlu rakyat Malaysia tahu lagi ialah syarikat-syarikat ini ditubuhkan selepas Tan Sri Khalid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada tahun 2011 dan Ketua Polis Negara pada tahun 2013. Dan apa yang MyWatch persoalkan ialah berkaitan integriti Tan Sri Khalid, adakah beliau telah menganugerahkan beberapa projek PDRM kepada syarikat keluarganya ini?
Antara yang MyWatch persoalkan ialah benarkah terdapat satu tender membekalkan senjata api untuk PDRM yang mana projek bernilai lebih RM8 juta ini pada mulanya dianugerahkan kepada SME Ordnance dan kemudiannya disub-kontrak kepada Unggul Arms & Ammunition?
Selain itu MyWatch turut mempersoalkan mengapa motorsikal Demak milik Tan Sri Khalid tanpa insuran dan cukai jalan yang sah boleh bertukar kepada kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire tetapi didaftarkan di bawah nama syarikat Maju Gemilang Motor? 
Semua pendedahan-pendedahan ini gagal dijawab oleh Tan Sri Khalid walhal ini isu besar berkaitan konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Ketua Polis Negara. Saya mendesak Tan Sri Khalid jika anda anak jantan sila jawab segera pendedahan ini jika merasakan ianya fitnah. Jika tidak, lebih baik anda meletakkan jawatan segera dan pergi berniaga bersama abang dan anak anda.
Khalid Abu Bakar telah mencipta sejarah dengan menjadi satu-satunya Ketua Polis Negara di mana anak/abangnya memiliki 3 buah syarikat berkaitan senjata api ketika masih sedang berkhidmat. Adakah ini namanya INTEGRITI?
“Fight Injustice Everywhere”
Dato’ Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Pengerusi MyWatch






No comments:

Post a Comment